Lupa Username dan Password BSN Online Banking

Dalam dunia perbankan, terdapat banyak kemudahan yang disediakan untuk memudahkan transaksi bagi setiap pelanggan. Sama ada mesin dan kad ATM, perbankan internet, perbankan SMS dan juga mobile banking.

Sekarang ini semua bank di Malaysia mempunyai semua kemudahan tersebut. Termasuk BSN atau Bank Simpanan Nasional, iaitu bank yang mempunyai banyak cawangan dan pelanggan terbesar di Malaysia.

Bercakap tentang BSN, sudah tentu kita tidak asing lagi dengan kemudahan perbankan internet MyBSN. Sebab ada banyak pelanggan yang menggunakan perkhidmatan perbankan MyBSN sebagai pelengkap kepada keperluan transaksi mereka.

Username dan password BSN online adalah peranan penting dalam akaun, kerana sebelum Anda melakukan pelbagai aktiviti pada akaun bank Anda, Anda mesti log masuk terlebih dahulu. Namun, macam mana jika Anda ingin log masuk BSN online tapi Anda lupa username dan password BSN online?

Lupa username dan kata laluan myBSN boleh terjadi sebab Anda sudah lama tidak log masuk myBSN.

Sekiranya Anda lupa username dan password BSN online, Anda tak perlu risau sebab kami akan berkongsi langkah cara dapatkan kembali maklumat username dan password BSN online banking Anda.

Lupa Username dan Password BSN Online Banking
Lupa Username dan Password BSN Online Banking

Syarat Reset Username dan Password BSN Online Banking

Sebelum Anda cuba reset password BSN online, Anda perlu sediakan senarai syarat di bawah ini:

  • Nombor telefon yang telah berdaftar BSN online
  • Kad Debit/Kad Credit BSN
  • PIN Kad Debit/Kad Credit BSN

Lupa Username BSN Online Banking

Anda dapat mengikuti langkah di bawah ini jika Anda terlupa username akaun BSN Anda.

  1. Sila hubungi Contact Centre BSN di 1300-88-1900/03-26131900
  2. Bincangkan kepada pegawai BSN mengenai masalah Anda.
  3. Kemudian, Anda akan diminta maklumat peribadi Anda seperti kad pengenalan dan no kad debit BSN.
  4. Tunggu beberapa minit, Anda akan diberi tahu username akaun Anda.
  5. Selesai.

Lupa Password BSN Online Banking

Sila ikuti langkah-langkah reset password BSN online banking berikut:

  1. Lawati pautan rasmi BSN https://www.mybsn.com.my
  2. Klik Forgot Password. Forgot Password Bank Simpanan Nasional
  3. Masukkan Username akaun Anda. Maklumat Forgot Password BSN
  4. Masukkan Nombor Kad Debit/Credit Anda.
  5. Masukkan Nombor PIN Kad Debit. Reset Password MyBSN
  6. Masukkan Nombor CVV2.
  7. Masukkan Expiry Date Kad Anda.
  8. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda.
  9. Kemudian, klik Submit.
  10. Pada New Password, sila buat password akaun Anda. Buat New Password BSN
  11. Pada Confirm New Password, masukkan password yang Anda tadi buat.
  12. Klik Request OTP.
  13. Masukkan Nombor OTP yang dihantar ke nombor handphone Anda.
  14. Klik Submit.
  15. Selesai.

Soalan Lazim

Beberapa soalan lazim berkaitan dengan nama pengguna dan kata laluan BSN:

1. Bolehkah saya gunakan Nama Pengguna sebagai Kata Laluan?

Sebagai langkah keselamatan, Anda dinasihati tidak menggunakan Nama Pengguna sebagai Kata Laluan. Sentiasa gunakan kata laluan yang berlainan daripada nama pengguna.

2. Adakah dikenakan bayaran menggunakan myBSN?

Tiada sebarang bayaran, BSN membantu menjadikan kehidupan lebih baik dan lebih mudah bagi semua.

3. Jika ada masalah untuk login, apa yang mesti saya buat?

Sila hubungi pusat khidmat pelanggan BSN di 1300-88-1900 atau +603-2613-1900 (luar negara). BSN sedia membantu ada 24 jam sehari.

4. Apakah password BSN online banking dengan password yang guna kad BSN kat bank tu berbeza kah?

Tentu sahaja berbeza, password online banking kena guna nombor, huruf dan simbol (contoh Kuda54321!). Password yang digunakan untuk kad ATM tu no pin ATM contoh 335533

5. Saya dapat informasi not allowed change password macam mana tu?

Sila hubungi pusat khidmat pelanggan BSN di 1300-88-1900 atau +603-2613-1900 (luar negara). BSN sedia membantu ada 24 jam sehari.

6. Kalau saya sudah tukar nombor handphone kena ke kaunter mintak dia kemas kini ke? Sebab request OTP dia hantar ke nombor handphone lama dan nombor handphone lama tu dah tak active, apa perlu buat?

Sila pergi ke mana-mana cawangan BSN berhampiran untuk kemaskini no telefon Anda. Atau Anda boleh cuba call pelanggan perkhidmatan BSN untuk tukar secara online, tapi ambil masa seminggu untuk tukar no telefon lama ke no telefon baru. Anda akan diminta no IC, alamat tempat tinggal, no kad debit BSN dan no handphone yang baru.

Sila baca artikel cara tukar no telefon BSN untuk dapatkan maklumat lengkap.

Diharapkan maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda.