Lupa Username Password Bank Rakyat Online Banking

Internet banking merupakan salah satu perkhidmatan perbankan yang telah digunakan oleh semua bank termasuk Bank Rakyat.

Perkhidmatan perbankan internet banking sememangnya sangat membantu pelanggan bank Rakyat. Kerana hanya dengan menggunakan telefon pintar, pelanggan boleh membuat pelbagai jenis transaksi dengan mudah di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Bagi Anda yang terlupa username atau password internet banking Bank Rakyat, berikut kami kongsikan langkah-langkah cara reset password iRakyat dan dapatkan semula username Anda.

Untuk menjaga keselamatan setiap transaksi menggunakan internet banking iRakyat, username dan password sangat diperlukan. Jadi setiap kali pelanggan ingin membuat transaksi menggunakan Bank Rakyat online banking, mereka mesti masukkan username dan password terlebih dahulu.

Jadi bagaimana jika saya terlupa username dan password iRakyat saya? jawapannya sudah tentu Anda tidak boleh membuat transaksi perbankan. Sebab username dan password digunakan untuk mengenal pasti pemilik akaun, transaksi boleh dibuat jika username dan password telah di masukkan ke sistem iRakyat.

Lupa Username Password Bank Rakyat Online Banking

Reset Username dan Password Bank Rakyat Online Banking

Sebelum Anda ikuti langkah-langkah di bawah ini, Anda mestilah sediakan syarat yang mesti sedia ada.

  • Kad ATM debit/kredit
  • No Handphone  yang berdaftar dengan sistem iRakyat/Bank Rakyat online banking

Kedua syarat tersebut mestilah ada, tanpa kad ATM/No handphone Anda tidak dapat reset kata laluan iRakyat ataupun mengetahui username iRakyat.

Sekiranya Anda sudah sediakan kedua syarat di atas, Anda dapat terus ikuti langkah-langkah di bawah ini.

  1. Buka laman https://www.irakyat.com.my
  2. Klik Login > Personal Banking
  3. Klik Forgot Username / Password
  4. Pilih Kad Debit-i/Credit Card-i
  5. Masukkan no Kad Debit-i / Credit Card-i Anda.
  6. Masukkan 6 digit Card PIN Anda.
  7. Masukkan no telefon/handphone Anda.
  8. Klik Submit.
  9. Sila klik Request TAC dan masukkan TAC yang dihantar ke no hp Anda. Klik Submit. Reset Password Internet Banking Bank Rakyat
  10. Bagi Anda yang tidak terima TAC dalam masa 5 minit, Anda boleh tekan link Resend TAC/Click Here untuk dapatkan kod TAC.
  11. Selepas itu, Anda akan ditunjukkan username i-Rakyat Anda bersama dengan pilihan untuk menetapkan semula kata laluan.
  12. Untuk tukar password, sila klik butang Change Password.
  13. Buat kata laluan baru Anda dan sahkan kata laluan baru. Tukar Password iRakyat
  14. Selepas itu Anda dah boleh log masuk i-Rakyat menggunakan password baru.

Sekiranya Anda tidak mendapatkan kod TAC/OTP di telefon bimbit Anda, sila baca panduan cara tukar no telefon Bank Rakyat.

Kami telah menerangkan cara untuk reset password bagi mereka yang terlupa dan ingin membuat semula kata laluan iRakyat mereka. Bagi Anda yang terlupa username, Anda juga boleh ikuti langkah-langkah tersebut. Semoga perkongsian diatas dapat membantu dan bermanfaat kepada Anda semua.