Lupa Nombor PIN Kad ATM CIMB Disekat Kena Block

Ramai yang belum tahu bahawa kad debit CIMB boleh digunakan di luar negara. Namun sebelum dapat gunakan kad tersebut di luar negara, Anda dikehendakan untuk aktifkan fungsi penggunaan luar negara melalui mesin ATM atau di cawangan CIMB terdekat.

Selain itu fungsi kad ATM CIMB yang utama adalah untuk keluarkan duit di mesin ATM, untuk keluarkan duit di mesin ATM pelanggan mestilah memasukkan kod rahsia yang dikenali sebagai PIN.

PIN (Personal Identification Number) adalah kod rahsia yang diberikan kepada pemegang kad. PIN kad ATM mestilah sentiasa dirahsiakan.

Tapi bagaimana jika terlupa nombor PIN kad ATM CIMB, apa perlu buat? Jangan risau, berikut kami kongsikan maklumat lengkap cara dapatkan no PIN kad ATM CIMB.

Lupa Nombor PIN Kad ATM CIMB
Lupa Nombor PIN Kad ATM CIMB

Lupa Nombor PIN Kad ATM CIMB

Terlupa no PIN kad ATM ATM CIMB boleh diselesaikan dengan cara pergi ke cawangan CIMB. Sila ke cawangan CIMB Bank yang terdekat untuk menetapkan semula PIN ATM Anda atau untuk mengaktifkan semula kad yang telah disekat.

Untuk maklumat Anda, bank akan menyekat kad Anda selepas 3 percubaan gagal memasukkan PIN yang betul bagi tujuan keselamatan.

Cara Aktifkan Kad ATM CIMB Disekat

Anda boleh buat pengaktifan kad ATM semula dengan mengikuti langkah berikut.

Diharap sebelum kunjungi cawangan CIMB, pastikan Anda membawa kad ATM lama dan IC/kad pengenalan Anda.

  1. Kunjungi cawangan CIMB berhampiran.
  2. Lepas itu isikan dan lengkapkan borang penukaran kad ATM CIMB.
  3. Langkah seterusnya, sila ambil no giliran dan tunggu no giliran Anda dipanggil.
  4. Pegawai kaunter akan buat pengesahan maklumat peribadi Anda, sila berikan kad pengenalan dan kad ATM lama Anda.
  5. Anda dikehendaki buat PIN baharu.
  6. RM12 akan ditolak dari akaun Anda.
  7. Kad ATM CIMB berjaya di aktifkan dan boleh Anda gunakan.

Tukar PIN Kad Debit CIMB Online

Langkah ini perlukan akaun CIMB Clicks, tiada akaun CIMB Clicks? Jom baca cara daftar CIMB online

Apabila Anda dah mempunyai akaun CIMB Clicks, boleh ikuti langkah di bawah.

  1. Log masuk akaun CIMB Clicks Anda
  2. Klik menu Perkhidmatan
  3. Pilih Akaun & Kad
  4. Klik pada Permintaan/Penukaran PIN dan pilih sama ada Kad Prabayar atau Kad Kredit dari senarai
  5. Masukkan no PIN kad untuk penukaran PIN
  6. Masukkan PIN lama yang ingin Anda tukar, selepas itu masukkan PIN baru
  7. Masukkan sekali lagi PIN baru Anda
  8. Anda akan menerima SMS yang beritahu bahawa PIN sedia ada anda akan ditimpa jika anda meneruskan permintaan ini.
  9. PIN sementara akan dihantar ke no handphone berdaftar
  10. Request TAC, Penukaran PIN akan disahkan dengan Pengesahan Tahap ke-2 (TAC). TAC akan dihantar ke nombor handphone Anda
  11. Masukkan TAC dan sahkan penukaran PIN
  12. Selepas itu Anda akan menerima SMS bahawa PIN telah berjaya ditukar

Kod TAC tak masuk telefon bimbit? Baca artikel no TAC CIMB kena block untuk kemaskini no telefon Anda.

Cara Tukar PIN ATM CIMB

Sekiranya Anda ingin menukar PIN kad ATM CIMB di mesin ATM boleh ikuti langkah di bawah.

  1. Kunjungi mana-mana mesin ATM CIMB terdekat.
  2. Masukkan kad dan PIN ATM Anda.
  3. Pilih Others
  4. Pilih ATM/Debit/Credit Card
  5. Pilih Change PIN
  6. Masukkan PIN baru
  7. Masukkan sekali lagi PIN baru
  8. Anda berjaya tukar PIN kad ATM CIMB

Itu sahaja perkongsian kali ini, ingat! hanya pemegang akaun yang boleh menetapkan semula PIN ATM dan aktifkan kad ATM apabila kad ATM kena block atau disekat.