Lupa Nombor PIN ATM RHB Bank Kena Block

Ramai pelanggan yang mengeluh sebab kad ATM RHB Bank disekat kerana tersalah masukkan PIN ATM sebanyak 3 kali. Mereka tak tahu apa yang perlu dilakukan agar kad tersebut tak kena block.

Sekiranya Anda adalah salah satu daripada yang mendapat masalah ini, kami nasihatkan jangan risau atau panik. Sebab, masalah tersebut boleh diselesaikan dengan mudah.

Berikut kami kongsikan maklumat mengenai lupa nombor PIN ATM RHB Bank, cara dapatkan PIN ATM RHB Bank baharu dan cara unlock kad debit RHB.

Lupa Nombor PIN ATM RHB
Lupa Nombor PIN ATM RHB

Lupa Nombor PIN ATM RHB Bank

Pertama sekali, diharap Anda dapat pastikan sekiranya Anda telah salah memasukkan nombor PIN kad Anda menerusi online banking atau ATM.

Sekiranya menerusi ATM, Anda perlu rujuk perkara ini ke cawangan RHB Bank yang berdekatan untuk mendapatkan PIN yang baru.

Anda boleh menghubungi Pusat Panggilan RHB di 03-9206 8118 atau kunjungi cawangan RHB RHB yang berhampiran untuk bantuan.

Cara Penggantian Kad ATM RHB

Sebelum pergi ke kaunter cawangan RHB, sila membawa kad ATM lama dan IC/kad pengenalan Anda.

  1. Pergi ke cawangan RHB terdekat.
  2. Lepas itu isikan borang penggantian kad debit RHB Bank.
  3. Kemudian ambil nombor giliran. Tunggu nombor giliran Anda dipanggil.
  4. Pegawai kaunter akan minta kad pengenalan dan kad ATM lama Anda.
  5. Selepas itu masukkan no PIN baharu.
  6. RM12 akan ditolak dari akaun Anda.
  7. Kad ATM RHB dan PIN baru telah siap digunakan.

Sekiranya kad bank hilang, Anda dinasihatkan untuk pergi ke cawangan RHB bank dengan membawa kad pengenalan dan duit RM20.

Cara Tukar PIN Kad Debit/Kredit RHB Online

Pertama sekali, pastikan Anda mempunyai akaun RHB online atau RHB Now. Sekiranya Anda tiada akaun tersebut, Anda boleh baca cara daftar RHB online.

Bagi Anda yang telah mempunyai akaun RHB online, boleh ikuti langkah berikut.

  1. Log masuk RHB Now
  2. Pilih menu Apply
  3. Klik Card PIN Selection
  4. Pilih Card Number
  5. Selepas pilih Card Number, sila masukkan OTP yang di hantar ke telefon Anda
  6. Anda akan diberikan PIN sementara.
  7. Masukkan 6-digit PIN sementara.
  8. Anda dikehendaki memasukkan PIN 6 digit pilihan Anda. Sebaik sahaja Anda memasukkan PIN 6 digit pilihan Anda, PIN Anda akan berjaya dikemas kini.

Apa Itu Kad Debit RHB

Kad Debit generik ini berfungsi sama seperti Kad ATM dan Kad Pembayaran.

Ia boleh digunakan untuk mengeluarkan wang tunai melalui mana-mana ATM di seluruh dunia dan boleh digunakan untuk membuat pembelian di mana-mana kedai runcit, restoran dan stesen minyak dan di mana-mana peniaga yang diterima MasterCard.

Apabila Kad Debit RHB digunakan, dana ditolak secara automatik daripada Akaun Semasa atau Simpanan pelanggan yang dipautkan kepada kad.

Kelayakan RHB Debit MasterCard

Mana-mana individu berumur 12 tahun dan ke atas yang mempunyai RHB Bank Current atau Savings account (kecuali Basic Savings Account atau Ordinary Savings Account).

Untuk individu berumur 18 tahun ke atas dengan akaun Semasa atau Simpanan RHB Bank (kecuali untuk Akaun RHB Junior, Akaun MaxCa$h dan akaun MySave)

Cara Dapatkan Kad Debit RHB

Kunjungi Cawangan RHB yang terdekat dengan Anda.

  • Isi Borang Permohonan Pembukaan Akaun (IMP008A) untuk pelanggan baharu Bank.
  • Isi Borang Perkhidmatan RHB (IMP020A) untuk pelanggan sedia ada.

Kelebihan Kad Debit RHB

Berikut kelebihan dari Kad Debit RHB dan manfaat yang didapatkan.

  1. Faedah dibayar dan dikira setiap hari tetapi dikreditkan ke dalam akaun Anda setiap setengah tahun.
  2. Perbankan Telefon RHB Bank

Kemudahan berikut boleh digunakan untuk Kad Debit RHB:

  • Akses kepada lebih 1,383 ATM RHB di seluruh negara untuk Pengeluaran Tunai percuma.
  • Urus / Jejaki akaun dan transaksi Anda melalui RHB Now (Perbankan Dalam Talian di
    www.rhbgroup.com.my)

Ingat, jangan harap salah tekan nombor PIN 3x salah lepas tu card Anda disekat, esok boleh aktif lagi ya. Anda mesti lakukan langkah-langkah yang telah kami kongsikan diatas untuk aktifkan semula kad ATM RHB Anda.