Lupa Nombor PIN ATM Public Bank Disekat Kena Block

Lupa nombor PIN ATM Public Bank boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, termasuk Anda. Terdapat pelbagai sebab mengapa terlupa PIN kad ATM Public Bank.

Sama ada kerana terlalu memikirkan tentang pekerjaan, dah lama tak keluarkan wang di mesin ATM, nombor PIN sukar diingat dan banyak lagi.

Izinkan kami berkongsi cara dapatkan PIN ATM Public Bank baharu, baca penuh artikel ini.

Lupa Nombor PIN ATM Public Bank
Lupa Nombor PIN ATM Public Bank

Apakah Itu PIN

PIN (Personal Identification Number) atau Nombor Pengenalan Peribadi merupakan kod rahsia yang diberikan kepada ahli kad bagi membuktikan mereka adalah pemilik sah kad pembayaran tersebut. Kebanyakan PIN untuk kad Malaysia mempunyai 6-digit.

Mengapa perlu sentiasa merahsiakan PIN ATM? Sebab PIN boleh membantu pemilik kad agar elakkan dari kecurian dan penipuan serta kehilangan.

Anda boleh menukar PIN ATM Public Bank di melalui mesin ATM atau melalui hubungi perkhidmatan Respons Suara Interaktif (IVR) sila lihat nombor VR di bahagian belakang kad ATM.

PIN yang Anda gunakan untuk pengeluaran wang di mesin ATM dan pembelian di tempat jualan adalah sama. Jadi, setiap kali Anda belanja atau keluarkan wang di mesin ATM gunakan satu PIN tersebut.

Kad ATM Public Bank Disekat

Pemegang kad ATM dibenarkan untuk membuat beberapa percubaan sebelum PIN Anda disekat. Pengehadan percubaan untuk memasukkan PIN adalah bagi mengelakkan kemungkinan kad Anda digunakan oleh penjenayah.

Jika PIN Anda disekat, hubungi Public Bank untuk membuat PIN baharu.

Lupa Nombor PIN Kad ATM Public Bank

Tersalah masukkan PIN sebanyak 3x dapat menyebabkan kad ATM disekat. Jika perkara tersebut berlaku kepada Anda, jangan risau Anda boleh ikuti langkah cara tukar kad ATM Public Bank di bawah ini.

  1. Pergi ke mana-mana cawangan Public Bank yang berhampiran.
  2. Ambil no giliran, setelah nombor giliran Anda dipanggil.
  3. Beritahu pegawai bank bahawa Anda mahu unlock dan tukar nombor PIN.
  4. Pegawai kaunter akan buat pengesahan, sila berikan kad pengenalan dan kad ATM lama Anda.
  5. Buat PIN baharu.
  6. RM12 akan ditolak dari akaun Anda.
  7. Kad ATM Public baru berjaya di aktifkan dan boleh Anda gunakan.

Cara Tukar PIN ATM Public Bank di Mesin ATM

Untuk keselamatan, Anda dinasihatkan menukar PIN ATM secara berkala sila ikuti langkah berikut.

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM Public Bank yang berhampiran.
  2. Masukkan kad dan PIN ATM Anda.
  3. Tekan Others
  4. Tekan ATM/Debit/Credit Card
  5. Pilih Change PIN
  6. Isikan PIN baru
  7. Masukkan sekali lagi PIN baru
  8. Selesai

Setelah mengetahui cara menyelesaikan PIN ATM Public Bank yang terlupa, kini Anda tidak perlu risau jika mengalami masalah ini.

Malangnya untuk menyelesaikan masalah ini tidak boleh dilakukan secara dalam talian. Semoga perkongsian diatas dapat membantu Anda.