Lupa Nombor PIN ATM Maybank Cara Tukar Reset PIN

Saya tersalah PIN ATM Maybank dan saya lupa nombor PIN ATM Maybank apa perlu buat? Sekiranya Anda merupakan pelanggan Maybank dan kes tersebut berlaku kepada Anda, kami nasihatkan Anda jangan risau sebab ada pelbagai cara untuk dapatkan semula no PIN ATM Anda.

Lupa no PIN kad ATM Maybank merupakan masalah biasa, sila ikuti langkah-langkah yang kami kongsikan berikut ini bagi dapatkan no PIN ATM Maybank Anda.

Lupa Nombor PIN ATM Maybank
Lupa Nombor PIN ATM Maybank

Lupa Nombor PIN ATM Maybank

Jika Anda telah terlupa nombor PIN kad ATM Anda, pihak Maybank sarankan Anda untuk melakukan penggantian kad ATM di mana-mana cawangan terdekat. Sila bawa bersama kad pengenalan asal bagi tujuan pengesahan. Terdapat caj RM12 bagi setiap penggantian kad.

Maybank mencadangkan Anda menetapkan temujanji Maybank ke cawangan yang ingin dirujuk 1 hari bekerja sebelum rujukan Anda melalui Maybank EzyQ bagi memudahkan urusan perbankan Anda.

Cara Penggantian Kad ATM Maybank

  1. Pergi ke mana-mana cawangan Maybank terdekat
  2. Bawa kad pengenalan dan duit RM12
  3. Ambil nombor giliran, apabila nombor giliran Anda telah dipanggil.
  4. Beritahu pegawai kaunter bahawa Anda ingin tukar kad ATM sebab terlupa no PIN ATM.
  5. Pegawai bank akan minta kad pengenalan dan melakukan pengesahan serta buat kad baru.
  6. Anda diminta buat PIN baru untuk kad baharu Anda.
  7. Selesai.

Cara Tukar No PIN Melalui Customer Care

Sekiranya Anda suda banyak kali tekan no pin kad salah. Tapi yang last baru dapat tahu, Pastu dia kata dekat situ sila hubungai bank dalam masa 24jam.

Sila call pihak bank di no 1-300 88 6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (Overseas) untuk reset PIN kad ATM Maybank Anda.

Cara Tukar No PIN ATM

Sekiranya Anda mahu tukar PIN kad ATM boleh melalui mesin ATM.

  1. Pergi ke ATM Maybank terdekat.
  2. Masukkan Kad Maybank dan PIN Kad ATM Anda.
  3. Klik Urus Niaga Lain.
  4. Klik Tukar PIN.
  5. Masukkan PIN ATM Anda.
  6. Pilih Jenis Transaksi apa yang ingin ditukar.
  7. Klik PIN Kad.
  8. Masukkan PIN Baru yang Anda inginkan.
  9. Masukkan sekali lagi PIN Baru.
  10. Tukar no PIN Kad ATM Anda dah selesai.

Cara Tukar No PIN Melalui Online

Anda boleh tukar PIN kad melalui online, berikut langkah-langkahnya.

  1. Klik Log Masuk akaun Maybank2u Anda.
  2. Klik Accounts & Banking.
  3. Pilih All Cards
  4. Pilih Select PIN dan klik GO
  5. Masukkan PIN baru Anda.
  6. Klik Request for TAC dan masukkan kod TAC.
  7. Selesai.

Cara Daftar Maybank2u First Time

Tiada akaun Maybank2u? Berikut kami kongsikan cara register Maybank2u First Time

  1. Layari www.maybank2u.com.my
  2. Pilih Register Now
  3. Masukan nombor ATM / Debit / Credit Card / Access dan nombor PIN
  4. Reka account profile dan request TAC
  5. Pilih security image, phrase and question
  6. Pilih Done untuk melengkapkan pendaftaran

Semoga perkongsian ini dapat membantu Anda.