Lupa Nombor PIN ATM BSN Cara Tukar Reset PIN

Ramai yang belum tahu bahawa kad Debit BSN sedia ada Anda mesti di tukar kepada Kad Debit PIN & Bayar baharu.

Pada masa ini PIN akan digunakan untuk menggantikan tandatangan jika Anda membuat pembayaran dengan Kad di terminal jualan di Malaysia.

Jadi kepada Anda pelanggan Bank Simpanan Nasional yang masih menggunakan kad ATM lama sila segera tukarkan dengan kad Debit BSN baru.

Anda boleh tukar kad debit di mana-mana cawangan BSN terdekat. Tak perlu tunggu lama, sebab kad ATM baharu akan Anda dapatkan serta merta.

Lupa Nombor PIN ATM BSN
Lupa Nombor PIN ATM BSN

Lupa Nombor PIN ATM BSN

Dah dapat kad ATM baru, macam mana jika lupa no PIN ATM BSN, apa perlu buat? Apabila Anda lupa no PIN kad Bank BSN, Anda dikehendaki hadirkan diri ke mana-mana cawangan BSN berdekatan untuk membuat pertukaran kad debit BSN yang baru.

Untuk makluman, pihak BSN tidak menyimpan sebarang informasi mengenai PIN pelanggan. Anda perlu ketahui bahawa bagi setiap pertukaran kad, no akaun adalah tetap sama dan tidak akan berubah.

Sebelum pergi ke kaunter atau cawangan sila membawa:

  • Kad ATM lama
  • Kad Pengenalan/IC
  • Duit RM12 hingga RM20

Bagaimana jika kad ATM lama dah rosak atau hilang? Jom baca panduan cara tukar kad BSN baharu apabila kad ATM BSN lama hilang/rosak.

Cara Pertukaran Kad ATM BSN

Ingat, pemegang akaun mestilah hadirkan diri di cawangan atau kaunter BSN.

  1. Kunjungi cawangan Bank Rakyat terdekat
  2. Bawa kad pengenalan, kad ATM lama dan duit RM12
  3. Ambil no giliran, sekiranya nombor giliran Anda telah dipanggil pegawai bank.
  4. Beritahu pegawai kaunter bahawa Anda mahu menukar kad ATM kerana terlupa no PIN ATM.
  5. Pegawai bank akan minta kad pengenalan, duit RM12 dan buat pengesahan.
  6. Kad baru akan diberikan kepada Anda.
  7. Anda dikehendaki buat PIN baru untuk kad ATM tersebut.
  8. Selesai.

Cara Reset No PIN Melalui Pusat Perhubungan Pelanggan BSN

Langkah berikut ini boleh digunakan apabila Anda masih ingat PIN ATM selepas ATM BSN kena block.

  1. Hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN di talian 1300881900
  2. Beritahu pegawai bank bahawa Anda ingin reset PIN ATM atau unlock kad ATM.
  3. Pengesahan diperlukan untuk proses reset atau unlock kad ATM, sila siapkan maklumat peribadi Anda seperti no kad pengenalan dan no kad ATM.
  4. Selepas itu PIN baru akan diberikan kepada Anda.

Cara Tukar PIN ATM Guna SMS

Perbankan SMS BSN membolehkan Anda menukar PIN ATM Debit BSN melalui SMS. Berikut langkah-langkah cara tukar PIN ATM melalui SMS.

  1. Sila guna no handphone yang telah berdaftar dengan bank
  2. Kemudian taip BSNPIN<jarak>No. KP<jarak>4-digits akhir No Kad ATM dan hantar ke 66300
  3. Contoh: BSNPIN 800703088888 6543
  4. Terima PIN Sementara Anda menerusi SMS
  5. Tukar PIN Sementara ke PIN Tetap Anda di mana-mana ATM BSN dalam tempoh 24 jam

Langkah seterusnya iaitu:

  1. Masukkan Kad ATM dan masukkan PIN Sementara.
  2. Tekan Penukaran PIN.
  3. Masukkan PIN baru
  4. Masukkan sekali lagi PIN ATM Baru untuk mengesahkan.
  5. Selesai.

Ingat, PIN sementara adalah sah untuk tempoh 24 jam sahaja. Jika PIN tamat tempoh, sila ulangi langkah-langkah di atas.