Lupa Nombor PIN ATM Bank Rakyat Tukar Reset PIN

Ramai yang bertanyakan bagaimana jika terlupa nombor PIN kad ATM Bank Rakyat, boleh kah nombor PIN tersebut di reset atau ada cara lain?

Jangan risau, apabila Anda lupa nombor PIN ATM Bank Rakyat, Anda hanya perlu ikuti panduan yang kami kongsikan berikut ini.

Apa itu PIN

PIN, atau Personal Identification Number (Nombor Pengenalan Peribadi), ialah kod rahsia yang diberikan kepada pemegang kad atau dipilih oleh mereka bagi membuktikan mereka ialah pemilik sah kad pembayaran tersebut.

PIN untuk kad di Malaysia mempunyai enam digit. PIN Anda mestilah sentiasa dirahsiakan dan jangan sekali-kali dicatatkan di mana-mana.

Lupa Nombor PIN ATM Bank Rakyat
Lupa Nombor PIN ATM Bank Rakyat

Lupa Nombor PIN ATM Bank Rakyat

Sekiranya Anda lupa no PIN kad Bank Rakyat, Anda perlulah hadir ke mana-mana cawangan Bank Rakyat untuk penggantian kad yang baru. Untuk makluman, pihak Bank tidak menyimpan sebarang maklumat berkenaan PIN pelanggan.

Bagi setiap penggantian kad, nombor akaun adalah tetap sama dan tidak akan berubah.

Sebelum pergi ke cawangan pastikan Anda membawa:

  • Kad Pengenalan
  • Kad ATM lama
  • Duit RM12 hingga RM20

Macam mana jika kad ATM lama hilang? Sila baca panduan cara dapatkan kad baru jika kad Bank Rakyat hilang.

Cara Penggantian Kad ATM Bank Rakyat

  1. Kunjungi cawangan Bank Rakyat terdekat
  2. Bawa kad pengenalan, kad ATM lama dan duit RM12
  3. Ambil no giliran, sekiranya nombor giliran Anda telah dipanggil pegawai kaunter.
  4. Beritahu pegawai kaunter bahawa Anda mahu menukra kad ATM kerana terlupa no PIN ATM.
  5. Pegawai bank akan minta kad pengenalan, duit RM12 dan buat pengesahan.
  6. Kad baru akan diberikan kepada Anda.
  7. Anda dikehendaki buat PIN baru untuk kad ATM tersebut.
  8. Selesai.

Cara Reset No PIN Melalui teleRakyat

Cara ini boleh dilakukan jika Anda masih ingat PIN ATM selepas ATM Bank Rakyat kena block.

  1. Pertama sekali siapkan kredit telefon bimbit Anda.
  2. Hubungi telerakyat di talian 1-300-80-5454.
  3. Beritahu pegawai bank bahawa Anda ingin unlock kad ATM atau reset PIN ATM.
  4. Pegawai bank akan buat pengesahan maklumat peribadi Anda seperti no kad pengenalan dan no kad ATM.
  5. PIN baru akan diberikan kepada Anda.

Cara Tukar PIN ATM Bank Rakyat

Jika ingin menukar PIN kad Bank Rakyat di mesin ATM boleh ikuti langkah berikut.

  1. Kunjungi mana-mana mesin ATM Bank Rakyat berhampiran.
  2. Masukkan kad ATM dan PIN ATM Anda.
  3. Pilih Penukaran PIN ATM.
  4. Masukkan PIN baru.
  5. Masukkan sekali lagi PIN baru .
  6. Anda berjaya tukar PIN kad ATM Bank Rakyat.

Soalan Lazim

Senarai soalan lazim berkaitan dengan PIN ATM Bank Rakyat.

1. Macam mana jika pemegang akaun meninggal dan saya sebagai waris tak tahu no PIN ATM tersebut?

Sekiranya pemegang akaun telah meninggal dunia, waris yang layak boleh membuat penutupan dan seterusnya membuat tuntutan terhadap akaun si mati.

Urusan tuntutan boleh dilakukan dengan membuat penutupan akaun terlebih dahulu.

Waris perlu hadir ke mana-mana cawagan terlebih dahulu untuk berurusan. Pihak cawangan akan membantu saudara sebaiknya.

2. Saya baru daftar akaun Bank Rakyat, tapi saya tidak diberi no PIN sementara, so macam mana saya nak guna kad ATM tu?

Anda perlu hadir semula ke cawangan untuk semakan semula.

3. Kalau saya lupa no PIN Bank Rakyat dan sudah cuba 3x kad bank kena blok tak?

Ya. Untuk semakan status kad, hubungi telerakyat di talian 1-300-80-5454.

4. Saya ingat no PIN Bank Rakyat selepas masukkan 3x PIN ATM, apa perlu buat?

Adalah dinasihatkan Anda untuk menghubungi telerakyat di talian 1-300-80-5454 terlebih dahulu untuk semakan status kad ATM saudara.

Pengesahan diri adalah diperlukan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

5. Bolehkah saya dapat no PIN istri saya?

Tidak boleh. Pihak Bank tidak menyimpan apa-apa maklumat berkenaan PIN bagi kad. Hanya pemegang kad sahaja dibenarkan untuk berurusan di cawangan Bank Rakyat dan untuk penukaran kad.

6. Saya lupa password utk kad debit siswa, boleh reset tak?

Pelajar diminta untuk ke cawangan Bank Rakyat berhampiran untuk mendapatkan kad baharu dengan caj sebanyak RM12.00. Dokumen yang diperlukan :

  • Kad Pengenalan asal serta salinan
  • Kad Pelajar asal serta salinan

7. Sekiranya saya salah masukkan TPIN Bank Rakyat bolehkah tele rakyat membantu saya?

TPIN hanya boleh digunakan 3 kali sahaja dalam tempoh 24 jam. Anda perlu mengambil TPIN yang baru semula di mana-mana mesin ATM Bank Rakyat.