Lupa Nombor PIN ATM Bank Islam Tukar Reset PIN

Bank Islam sampaikan bahawa kad debit lama perlulah ditukar dengan Kad Debit-i baru bercirikan PIN 6 digit. Selepas berjaya menukar kad ATM Bank Islam lama dengan yang baru dapat dipastikan akaun Bank Islam Anda semakin selamat.

Dalam menggunakan kad ATM, pemegang kad dikehendaki memasukkan nombor PIN sebagai satu bentuk keselamatan. Namun, ramai pemegang kad kadangkala tersilap atau terlupa PIN mereka, menyebabkan kad ATM disekat.

Sekiranya kad ATM telah disekat, pelanggan tidak boleh membuat transaksi kewangan. Ramai yang bertanyakan, macam mana jika lupa nombor PIN ATM Bank Islam dan bagaimana sekiranya tersalah memasukkan no PIN sebanyak 3x, apa perlu buat?

Lupa Nombor PIN ATM Bank Islam
Lupa Nombor PIN ATM Bank Islam

Apa itu kad PIN & PAY

Kad PIN & PAY adalah kad PIN yang membolehkan Anda membuat pembayaran di terminal tempat jualan (POS) dengan memasukkan PIN (Nombor Pengenalan Peribadi) 6-digit. Tiada tandatangan diperlukan.

Jenis kad ini akan meningkatkan tahap keselamatan transaksi kad pelanggan sebab dapat melindungi pengguna daripada penipuan akibat kehilangan atau kecurian kad kerana kedua-dua kad dan PIN diperlukan untuk membuat pembayaran. Pemegang kad disarankan sentiasa merahsiakan PIN.

Lupa Nombor PIN ATM Bank Islam

Apabila Anda lupa nombor PIN kad ATM Bank Islam, pihak Bank Islam sarankan Anda untuk melakukan penggantian kad ATM lama dengan yang baru. Anda boleh kunjungi mana-mana cawangan Bank Islam terdekat Anda boleh buat temujanji Bank Islam terlebih dahulu agar tak perlu beratur di bank.

Sila bawa bersama IC dan kad debit lama bagi tujuan pengesahan. Terdapat caj RM12 bagi setiap penggantian kad.

Cara Penggantian Kad ATM Bank Islam

Sebelum pergi ke kaunter cawangan Bank Islam, sila bawa kad ATM lama Anda dan IC.

  1. Pergi ke mana-mana cawangan Bank Islam terdekat pada hari bekerja (Isnin-Jumaat).
  2. Isi borang penggantian kad ATM Bank Islam.
  3. Selepas isi borang, ambil nombor giliran.
  4. Tunggu nombor giliran Anda dipanggil.
  5. Apabila nombor giliran Anda telah dipanggil, pegawai bank akan minta IC dan check cap jari kat mesin,
  6. Kemudian masukkan no PIN baru untuk kad ATM baru.
  7. RM12 akan ditolak dari akaun Anda.
  8. Kad ATM dan PIN baru dah siap.

Sekiranya kad debit Bank Islam hilang, baca artikel kad Bank Islam hilang.

Reset No PIN ATM Bank Islam Online

Kami dah confirm melalui private message di Facebook kepada pihak Bank Islam, bahawa reset PIN ATM Bank BSN hanya boleh dilakukan di cawangan.

Bank Islam beritahu kami bahawa, mereka tidak menyimpan rekod nombor PIN pelanggan.

Jadi bagi menyelesaikan masalah lupa PIN kad debit ATM pemegang akaun perlu hadir ke cawangan berhampiran.

Cara Dapatkan PIN Bank Islam Melalui Telefon

Berikut adalah cara untuk dapatkan no PIN kad ATM Anda.

  1. Pertama sekali sediakan kredit atau topup handphone Anda.
  2. Kemudian hubungi Pusat Panggilan Bank Islam di talian 03 2088 8000 atau 03 26 900 900 untuk mendapatkan PIN baharu.
  3. Pihak Bank Islam akan hantarkan PIN 6-Digit yang baharu ke alamat surat menyurat Anda melalui pos.
  4. Anda dapat menetapkan semula PIN Kad Debit/ ATM di mana-mana cawangan Bank Islam.
  5. Sila gunakan kad ATM Bank Islam lama sebab Anda tidak perlu mengantikan kepada kad baharu.

Cara Tukar No PIN ATM di Mesin ATM

Sekiranya Anda mahu tukar PIN kad ATM boleh melalui mesin ATM, perkara ini hanya berlaku apabila Anda mengetahui PIN lama dan ingin tukar ke no

  1. Pergi ke ATM Bank Islam terdekat.
  2. Masukkan Kad Maybank dan PIN Kad ATM Anda.
  3. Klik Tukar PIN/PIN Change
  4. Masukkan PIN Baru yang Anda inginkan.
  5. Masukkan sekali lagi PIN Baru.
  6. Selesai.

Semoga perkongsian diatas mengenai terlupa nombor PIN kad Bank Islam boleh membantu menyelesaikan masalah Anda.