Lupa No Akaun Public Bank

Hari ini, orang memilih bank sebagai tempat untuk menyimpan kewangan. Termasuk untuk diri sendiri, untuk syarikat atau perniagaan.

Dengan mempunyai akaun simpanan, pelbagai transaksi dapat dilakukan dengan sangat mudah. Banyak faedah yang diperoleh dengan memiliki akaun bank, dapat memudahkan kita menjalankan aktiviti dalam merancang keperluan kewangan.

Seiring dengan zaman, bank terus memberikan inovasi untuk meningkatkan perkhidmatan untuk memuaskan setiap pelanggan.

Kehadiran mesin ATM, kemudian diikuti oleh internet banking, dan mobile banking menjadi terobosan baru bagi masyarakat.

Dengan adanya ciri-ciri yang ditawarkan, memudahkan pelanggan melakukan transaksi tanpa dibatasi oleh masa atau selama 24 jam tentunya.Lupa No Akaun Public Bank

Lupa No Akaun Public Bank

Nombor akaun biasanya terdiri daripada nombor panjang dan tidak mudah untuk Anda ingat.

Ada kalanya Anda memerlukan maklumat nombor akaun Anda untuk melakukan transaksi seperti menerima wang dari orang lain.

Tetapi macam mana jika Anda terlupa nombor akaun Public Bank? Artikel ini akan membincangkan beberapa cara untuk memeriksa nombor akaun Publci Bank Anda dengan mudah.

Buku Bank

Anda hanya perlu mencari buku bank atau buku simpanan Anda. Di dalamnya terdapat maklumat mengenai nombor akaun Anda.

Sila buka buku simpanan Anda, pada halaman pertama di bahagian atas Anda akan menemukan no akaun Public Bank milik Anda.

ATM Public Bank

Sila pergi ke mesin ATM Public Bank berdekatan, seterusnya sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Masukkan kad ATM/Debit Public Bank dan PIN
  2. Pilih menu Balance Inquiry.
  3. Maklumat no akaun Public Bank Anda akan terpapar dengan jelas.

Online Banking PBE

Sila buka laman web PbeBank selepas itu sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Masukkan User ID dan Password
  2. Pilih menu My Accounts.
  3. Maklumat no akaun Public Bank Anda akan terpapar dengan jelas.

Baca panduan cara daftar akaun Public Bank

PB Engage MY

Sekiranya Anda mempunyai aplikasi PB engage MY di smartphone Anda, sila cuba langkah-langkah dibawah:

  1. Buka aplikasi PB engage MY.
  2. Masukkan user ID dan Password.
  3. Sila lihat menu Account.
  4. Makluma nombor akaun Public Bank Anda akan terlihat.

Resit ATM

Anda boleh menyemak nombor akaun melalui resit yang dikeluarkan oleh mesin ATM, sila periksa resit yang Anda miliki pada masa berbelanja atau menghantar wang.

Cawangan Public Bank

Macam mana jika buku simpanan hilang, resit ATM tidak ada, tidak mempunyai akaun perbankan internet atau mobile banking, apa boleh buat ?

Sila pergi ke cawangan Public Bank berdekatan untuk membuat buku bank baru, jangan lupa untuk membawa kad pengenalan dan kad ATM Anda.

Itulah cara dapatkan nombor akaun Public Bank sekiranya Anda terlupa no akaun Public Bank.