Cara Login RHB Online Banking RHB Mobile Banking

Ramai pelanggan baru RHB yang tak tahu cara login RHB online banking atau RHB mobile banking, izinkan kami kongsikan maklumat lengkap mengenai RHB online banking.

Internet banking adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh perbankan kepada pelanggan. Pada masa ini banyak bank di Malaysia menyediakan perkhidmatan perbankan internet. Salah satu bank yang menyediakan perkhidmatan ini ialah RHB.

RHB online banking atau dikenali sebagai RHB Now merupakan perkhidmatan yang dipersembahkan bagi memudahkan pelanggan melakukan transaksi. Dengan RHB internet banking, pelanggan boleh membuat pelbagai transaksi pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja tanpa perlu datang ke cawangan RHB.

Cara daftar RHB online banking sangat mudah. Pelanggan yang ingin mengaktifkan perkhidmatan perbankan internet RHB atau RHB Now hanya perlu mengikut arahan berikut.

Cara Login RHB Online Banking
Cara Login RHB Online Banking

Syarat Daftar RHB Online Banking

Terdapat beberapa syarat yang mesti Anda sediakan sebelum mendaftar RHB online banking.

  • Kad debit / kad kredit
  • Kad pengenalan
  • Butiran pengenalan diri
  • Telefon bimbit (untuk terima nombor OTP)

Cara Daftar RHB Online Banking

Selepas Anda sediakan syarat diatas, sila ikuti langkah cara daftar RHB online banking di bawah.

  1. Layari laman web https://logon.rhb.com.my/
  2. Pilih I want to register
  3. Pilih ATM / Debit Card
  4. Masukkan nombor Kad Debit atau Kad ATM Anda (16 digit, lihat pada bahagian depan kad debit/kad ATM)
  5. Cipta Username, Password, Email dan Secure Word/Secret Word
  6. Baca Terma & Syarat, klik I Agree
  7. Selesai,

Apakah Itu Secret Word

Secret Word ialah pengesahan bersama yang digunakan oleh RHB untuk mengesahkan bahawa halaman log masuk adalah daripada tapak RHB yang rasmi.

Anda akan diminta untuk mendaftarkan Secret Word Anda apabila Anda mula-mula mendaftar untuk menggunakan RHB Now. Anda boleh memilih mana-mana frasa minimum 6 hingga 10 abjad angka dan tiada aksara khas dibenarkan.

Kata Rahsia Anda akan muncul di Internet atau Perbankan Mudah Alih Anda apabila Anda log masuk. Sentiasa semak bahawa Secret Word adalah sama dengan yang Anda telah daftarkan sebelum Anda memasukkan kata laluan Anda.

Cara Login RHB Online Banking

  1. Layari laman web https://logon.rhb.com.my/
  2. Masukkan Username, klik Next
  3. Sahkan Secret Word, klik Yes Login RHB Online Banking
  4. Masukkan Password
  5. Tahniah Anda berjaya log masuk

Cara Daftar RHB Mobile Banking

RHB Now Mobile Banking ialah satu lagi saluran untuk pelanggan RHB mengakses RHB Now Internet Banking melalui peranti mudah alih seperti telefon pintar atau tablet.

Sekiranya Anda adalah pengguna RHB Now Internet Banking sedia ada, Anda boleh mula menggunakan aplikasi RHB Now Mobile Banking sebaik sahaja ia dimuat turun ke peranti mudah alih Anda. RHB Now Internet dan Mobile Banking berkongsi nama pengguna dan kata laluan yang sama.

Jika Anda belum pernah mendaftar RHB Internet Banking atau RHB Mobile Banking, Anda mesti mendaftar dahulu. Ada 2 cara untuk mendaftar RHB Mobile Banking, iaitu dengan menggunakan kad debit/kad kredit dan loan account number.

Cara Daftar RHB Mobile Banking Guna Kad Debit/Kad Kredit RHB

  1. Muat turun aplikasi RHB Mobile Banking di Google Playstore atau App Store
  2. Lancar atau buka aplikasi RHB Mobile Banking Cara Daftar RHB Mobile Banking
  3. Pilih Register with RHB
  4. Masukkan Nombor Kad Debit dan PIN ATM, klik Next
  5. Cipta Username, Password, Email dan Secure Word, klik Next
  6. Baca Terma dan Syarat, klik Submit
  7. Selesai

Cara Daftar RHB Mobile Banking Guna Loan Account Number

Anda hanya boleh mendaftar menggunakan nombor akaun pinjaman jika Anda tidak mempunyai kad kredit atau debit RHB.

  1. Masukkan nombor akaun pinjaman/loan account number
  2. Pilih jenis kad pengenalan, masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon
  3. Cipta Username, Password, Email dan Secure Word, klik Next
  4. Baca Terma dan Syarat, klik Submit
  5. Selesai

Cara Login RHB Mobile Banking

Berikut merupakan langkah cara login RHB Mobile Banking.

  1. Lancar atau buka aplikasi RHB Mobile Banking
  2. Masukkan Username
  3. Sahkan Secure Word Anda Cara Login RHB Mobile Banking
  4. Masukkan Password, klik Login
  5. Anda berjaya log masuk

Perlu Anda ketahui bahawa cara menggunakan RHB online banking atau RHB mobile banking sangat mudah. Sekiranya Anda mempunyai masalah, Anda dapat hubungi Customer Care Centre di nombor 03 920 68 118. Itu sahaja perkongsian mengenai cara login RHB online banking, semoga membantu.