Loan Kereta Toyota Capital

Pembiayaan kenderaan adalah penyelesaian untuk membeli kenderaan idaman Anda secara ansuran. Sama ada kenderaan baru atau terpakai.

Sememangnya mekanisme ini memang menjadi pilihan banyak orang yang ingin memiliki kenderaan tetapi tidak mempunyai wang yang banyak. Atau boleh juga bagi mereka yang dananya belum dikumpul.

Bagi Anda yang ingin mengetahui butiran lanjut tentang kemudahan ini, cara memohon, dan bagaimana bayaran balik, berikut maklumat penuh mengenai loan kereta dengan Toyota Capital.

Loan Kereta Toyota Capital
Loan Kereta Toyota Capital

Apakah Pinjaman Kereta?

Secara takrifan, pinjaman kenderaan ditakrifkan sebagai kemudahan kredit yang disediakan oleh bank atau syarikat pembiayaan lain, untuk pembelian kenderaan baharu atau terpakai.

Khusus untuk pinjaman kenderaan terpakai, bank atau syarikat kewangan terbabit biasanya menetapkan had umur kenderaan yang boleh dibiayai mengikut peraturan bank. Jadi, bukan semua kenderaan terpakai boleh dibiayai. Pinjaman kenderaan boleh dikemukakan oleh individu atau agensi.

Salah satu kelebihannya ialah seseorang itu boleh mendapatkan kenderaan yang diingini tanpa perlu membayar penuh. Bagaimanapun, setiap bulan mereka perlu membayar ansuran untuk pembelian kenderaan tersebut.

Pembiayaan Kenderaan Pra-Milik Toyota Capital

Bagi sesiapa sahaja yang ingin mempunyai kenderaan secara cepat dan mudah boleh cuba mohon loan kereta di Toyota Capital. Pelbagai jenis pembiayaan kenderaan pra-milik kini ditawarkan oleh Toyota Captial.

Selain itu, pelanggan juga boleh memilih jenis perkhidmatan pembiayaan sesuai dengan keinginan. Perkhidmatan pembiayaan yang disediakan oleh Toyota Capital ini mempunyai kadar yang menarik dan kompetitif dengan tempoh maksimum sehingga 9 tahun.

Jenis Pembiayaan Kenderaan Toyota Capital

Toyota Capital menawarkan 7 jenis pelan pembiayaan yang boleh Anda pilih.

1. Jom Drive

Jom Drive merupakan produk terkini daripada Toyota Capital Malaysia khas untuk penjawat awam. Pemohon Jom Drive yang layak akan menikmati faedah khas dan boleh memilih pelbagai variasi pelan pembiayaan kenderaan ditawarkan oleh Toyota Capital Malaysia seperti Toyota EZ Beli, Toyota Flexi Plan, Toyota Drive, AITAB dan Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan.

Jom Drive dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang bekerja di sektor awam atau kerajaan. Anda boleh beli semua model Toyota kecuali Hiace dan Hilux S/Cab.

Jom Drive memberikan Anda peluang permohonan mudah lulus, segera dan pantas. Manfaat istimewa bagi penjawat awam yang memohon Jom Drive.

Macam mana jika saya seorang pekerja di sektor swasta? sekiranya Anda adalah pekerja di sektor swasta dan ingin memohon pelan pembiayaan kenderaan Toyota, Anda masih dapat buat permohohan kerana peluang untuk memohon pelan-pelan Toyota Capital Malaysia sangat besar.

Cara mohon Jom Drive

Untuk buat permohonan pinjaman kereta Anda dapat ikuti langkah di bawah:

  1. Hubungi Toyota Capital Malaysia
  2. Buat permohonan
  3. Sediakan 3 dokumen seperti KP, Lesen Memandu dan 1 bulan Penyata Gaji Bulanan
  4. Itu sahaja, pandu pulang Toyota Kegemaran Anda segera.

Syarat Pembiayaan

Apa sahaja syarat pembiayaan yang mesti sedia ada?

  • Kelayakan: Penjawat kerajaan / penjawat awam berumur 18 tahun dan ke atas. Pendaftaran peribadi sahaja. Perlu menyediakan 1 bulan penyata gaji.
  • Margin Pembiayaan: Tertakluk kepada produk pembiayaan kewangan Toyota Capital yang dipilih.
  • Tempoh: Tertakluk kepada produk pembiayaan kewangan Toyota Capital yang dipilih.

2. Toyota EZ Beli

Ramai yang bertanyakan apa itu Toyota EZ beli? Toyota EZ beli adalah pelan pembiayaan kenderaan inovatif terbaru daripada Toyota Capital.

Toyota EZ Beli menggunakan skim ansuran bulanan berbeza dari pinjaman konvensional. Toyota EZ Beli menawarkan pinjaman sehingga 9 tahun yang dibahagikan kepada 3 peringkat kategori bagi kemudahan pelanggan.

Toyota EZ Beli merupakan pelan Sewa Beli dimana Anda menikmati ansuran bulanan yang lebih rendah dalam tempoh 3 tahun pertama dan peningkatan secara beransur sepanjang tempoh pinjaman.

Kelebihan Toyota EZ Beli

Di bawah ini adalah kelebihan dari Toyota EZ Beli.

  • Ansuran bulanan yang terendah dan kompetitif untuk 3 tahun pertama
  • Kenaikan ansuran dalam Peringkat 2 (Tahun ke-4 – 6) selari dengan perkembangan kerjaya anda
  • Pilihan fleksibel untuk Peringkat 3 (Tahun ke-7 – 9): meneruskan bayaran balik ATAU tukar kepada Toyota baharu

Pelan Toyota EZ Beli

Loan Kereta Dengan Toyota Capital

Macam mana pelan Toyota EZ Beli berfungsi:

  • Pelan pembiayaan kenderaan 9 tahun
  • Tahun 1 – 3 ansuran terendah
  • Tahun 4 – 5 ansuran meningkat sedikit
  • Tahun 7 – 9 ansuran lebih tinggi atau tukar kepada Toyota baharu di tahun ke 6
  • Dibahagi kepada 3 peringkat
  • Dan nikmati semula pengalaman memandu toyota baharu

Syarat Pembiayaan

Syarat pembiayaan EZ Beli yang perlu Anda ketahui.

  • Kelayakan: Individu berusia 18 tahun dan ke atas sahaja dan untuk pendaftaran kenderaan peribadi
  • Margin pembiayaan: Pembiayaan maksimum sehingga 90%, tertakluk kepada jumlah minimum pinjaman.
  • Tempoh: 9 tahun sahaja

3. Toyota EZ Beli AITAB

Toyota EZ Beli AITAB merupakan skim pembiayaan automotif Islamik terbaru dari Toyota Capital, patuh Shariah, kadar keuntungan tetap sepanjang tempoh pembiayaan dan skim pembayaran bulanan yang lebih rendah, berbeza dengan pembiayaan konvensional.

Singkatan AITAB adalah dari Al-Ijarah Thumma Al-Bai ‘(AITAB), yang merupakan pelan pembiayaan kenderaan patuh Shariah berdasarkan prinsip-prinsip pajakan (Ijarah) diikuti dengan penjualan (Al-Bai’).

Pengguna dikehendaki membuat pembayaran yang dipersetujui dalam jangka masa tertentu semasa kontrak penyewaan. Setelah tamat tempoh penyewaan, pelanggan boleh membuat pilihan untuk membeli aset dari TCAPM dengan harga yang dipersetujui.

Pelan Toyota EZ Beli AITAB

Loan Kereta Toyota Capital Malaysia

Toyota EZ Beli AITAB merupakan pembiayaan selama 9 tahun yang dibahagikan kepada 3 peringkat kategori bagi kemudahan pelanggan. Pelanggan bukan Islam juga boleh menikmati pelan pembiayaan automotif Islamik ini.

  • Pelan pembiayaan Islamik 9 tahun
  • Dibahagi kepada 3 peringkat
  • Tahun 1 – 3 pembayaran terendah
  • Tahun 4 – 6 pembayaran meningkat sedikit
  • Tahun 7 – 9 pembayaran lebih tinggi atau trade in Toyota baharu di tahun ke 6
  • Dan nikmati semula pengalaman memandu toyota baharu

4. Toyota Flexi Plan

Toyota Flexi Plan merupakan cara terbaik untuk memiliki kereta Toyota baharu sebab Anda dapat mengurangkan jumlah faedah yang dibayar dan tempoh pinjaman dengan membayar ekstra sekiranya berkemampuan. Ini bermaksud, Anda membayar kurang dalam jangka masa panjang dan mampu menyelesaikan pinjaman dengan pantas.

Kelebihan

  • Nikmati fleksibiliti bagi menyesuaikan bayaran bulanan ATAU tempoh berdasarkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) berubah.
  • Kadar Pinjaman Asas : 5.50% setahun
  • Penjimatan faedah
  • Kawalan sepenuhnya bagi menyelesaikan Pinjaman dengan PANTAS
  • Berkuatkuasa dari 1 Ogos 2020

Syarat Pembiayaan

  • Kelayakan: Individu berusia 18 tahun dan ke atas sahaja dan untuk pendaftaran kenderaan peribadi
  • Margin pembiayaan: Pembiayaan maksimum sehingga 90%, tertakluk kepada jumlah minimum pinjaman.
  • Tempoh: 9 tahun maksimum

5. Toyota Drive

Pelan Pembiayaan Islam yang inovatif menawarkan pelbagai ciri dan faedah yang tidak terdapat seperti sewa beli. Skim ini mempunyai faedah dalam menjimatkan bayaran muka, menikmati Nilai Akhir Jaminan Pajakan (LEV, Lease-End Value) dan Jaminan Perlindungan Kenderaan (GAP), menjadikan anda lebih selesa untuk memandu Toyota baharu.

Kelebihan

  • Insurans dan cukai jalan anda diuruskan bersama penghantaran PERCUMA serta tiada caj tersembunyi
  • Fleksibiliti pilihan sama ada anda ingin trade-in untuk kenderaan Toyota baharu, memulangkan semula atau menyimpan kereta sedia ada pada akhir tempoh pembiayaan anda
  • Toyota memastikan pengguna berharga tidak terjejas oleh risiko susut nilai atau turun naik harga pasaran dengan Nilai Akhir Jaminan Pajakan (LEV)
  • Tiada Bayaran Pendahuluan
  • Jaminan Nilai Akhir Pajakan (LEV)
  • Jaminan Perlindungan
  • Pilihan Pemilikan Pada Akhir Pembiayaan

6. Pembiayaan sewa beli kenderaan

Toyota Capital menyediakan kadar yang kompetitif di pasaran bagi mana-mana individu untuk memiliki kereta impian mereka. Dengan syarat pembayaran yang fleksibel, prosesnya mudah diatur dan tentu sahaja tidak akan membebankan pelanggan.

Kelebihan

  • Proses dan kelulusan yang pantas
  • Kadar yang menarik dan kompetitif
  • Bayaran ansuran bulanan mudah menerusi pelbagai mod pembayaran
  • Pembaharuan serentak bagi auto insurans dan cukai jalan

Syarat Pembiayaan

  • Kelayakan: Individu berusia 18 tahun dan ke atas, Pemilikan Tunggal, Perkongsian, Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) & Berhad (Bhd)
  • Margin pembiayaan: Pembiayaan maksimum sehingga 90%, tertakluk kepada jumlah minimum pinjaman.
  • Tempoh: 9 tahun maksimum

7. AITAB

Al-Ijarah Thumma Al-Bai ‘(AITAB) merupakan pelan pembiayaan kenderaan patuh Syariah berdasarkan prinsip pembiayaan (Ijarah) diikuti dengan jualan (Al-Bai’). Pelanggan semasa kontrak pembiayaan perlu membayar pada bayaran sewa yang dipersetujui dalam tempoh tertentu.

Apabila tamat tempoh pembiayaan, pelanggan mempunyai pilihan untuk membeli aset dari TCAPM pada harga yang dipersetujui. Pelanggan bukan Islam juga dialu-alukan untuk menggunakan Pelan Pembiayaan kenderaan Islamik ini.

Kelebihan

  • Produk pembiayaan kenderaan patuh Syariah
  • Proses dan kelulusan yang pantas
  • Bayaran ansuran bulanan mudah menerusi pelbagai mod pembayaran

Syarat Pembiayaan

  • Kelayakan: Individu berusia 18 tahun dan ke atas sahaja untuk pendaftaran kenderaan peribadi
  • Margin Pembiayaan: Pembiayaan maksimum sehingga 90%, tertakluk kepada jumlah minimum pinjaman.
  • Tempoh: 9 tahun maksimum

Cara Mohon Loan Kereta Dengan Toyota Capital

Ada 2 cara memohon pembiayaan kereta Toyota Capital iaitu secara online dan pergi ke pejabat terdekat.

Mohon Loan Toyota Capital Malaysia Online

Jika Anda tidak mempunyai banyak waktu untuk mohon pinjaman di Toyota Capital, kami nasihatkan Anda untuk membuat permohonan secara dalam talian.

  1. Lawati pautan https://www.toyotacapital.com.my/onlineapplication
  2. Sila masukkan butiran maklumat Anda secara betul dan terperinci Mohon Loan Kereta Toyota Capital
  3. Seterusnya pihak Toyota Capital akan segera menghubungi Anda

Mohon Loan Toyota Capital Malaysia di Pejabat

Sila check Toyota Capital contact number dan waktu operasi terlebih dahulu. Selepas itu sila pergi ke mana-mana pejabat Toyota Capital terdekat untuk membuat permohonan.

Untuk membuat semakan pinjaman Toyota Capital, boleh rujuk artikel semak baki pinjaman Toyota Capital.

Cara Bayar Loan Toyota Capital

Kini lebih mudah bagi pelanggan untuk membuat bayaran ansuran bulanan. Bagi kemudahan pelanggan, Toyota Capital menerima pembayaran yang dilakukan menerusi pelbagai saluran seperti JomPAY, BSN, Maybank2u, CIMB Clicks dan bayar di Toyota Capital.

1. Cara Bayar Toyota Capital CIMB Cilcks

Sekiranya Anda belum pernah membayar pinjaman Toyota Capital Malaysia melalui CIMB Clicks sebelum ini, Anda dikehendaki mendaftarkan Payee Kegemaran baru terlebih dahulu.

  1. Pertama sekali, sila log masuk CIMB Clicks
  2. Pergi ke Akaun Saya pilih Kegemaran Saya
  3. Pilih Billers lalu Tambah Bil Baru
  4. Di bawah Kategori Penerima, pilih Pembiayaan Kewangan & Pinjaman
  5. Di bawah Nama Penerima, pilih Toyota Capital Malaysia Sdn Bhd.
  6. Kemudian klik Seterusnya
  7. Masukkan Bill Nickname untuk rujukan
  8. Masukkan Nombor Perjanjian 13-digit TCAPM Anda
  9. Selepas itu sila lengkapkan proses dengan memohon dan masukkan TAC, dan klik Hantar

Jika Anda telah mendaftarkan pinjaman Toyota Capital di akaun CIMB Clicks, seterusnya ikuti langkah di bawah:

  1. Klik Pembayaran Dari: dan pilih Nombor Akaun Anda.
  2. Klik Pembayaran Ke: dan pilih Toyota Capital Malaysia Sdn. Bhd.
  3. Di No. Akaun, masukkan Nombor Perjanjian Sewa Beli
  4. Di Nombor Pendaftaran Kenderaan, sila taip Nombor Pendaftaran Kenderaan Anda dan seterusnya masukkan jumlah yang perlu dibayar
  5. Seterusnya, klik Hantar dan skrin pengesahan akan muncul
  6. Selesai

2. Cara Bayar Toyota Capital BSN

  1. Sila pergi ke mana-mana ejen BSN yang dilantik (logo EB)
  2. Sediakan butiran bil Toyota Capital Ref 1: Nombor rujukan 13 digit dan Ref 2: Nombor Telefon.
  3. Sila bayar dengan tunai atau kad debit BSN
  4. Simpan resit, selesai

3. Cara Bayar Toyota Capital Maybank2u

Anda dikehendaki mendaftarkan payee kegemaran baharu terlebih dahulu:

  1. Sila log masuk Maybank2u.com.my
  2. Kemudian klik Akaun & Perbankan
  3. Pilih Pembayaran Bil
  4. Pilih Tambah Payee Kegemaran
  5. Selepas itu pilih Nama Penerima di Nama Perbadanan
  6. Kemudian pilih Toyota Capital Malaysia Sdn Bhd
  7. Klik Teruskan
  8. Isikan No Perjanjian
  9. Isikan Nama Pemegang Akaun Bil
  10. Klik Daftar
  11. Masukkan Kod TAC dan Klik Sahkan

Selepas Anda mendaftarkan pinjaman Toyota Capital dalam akaun Maybank2U, langkah seterusnya ialah:

Pergi ke Menu Utama (Laman Utama Maybank2u)

  1. Pilih Akaun & Perbankan
  2. Klik Pembayaran Bil
  3. Pilih Tambah Payee Kegemaran
  4. Pilih Toyota Capital Malaysia Sdn Bhd
  5. Klik Teruskan
  6. Masukkan jumlah untuk membayar dan klik Teruskan
  7. Klik Sahkan pada skrin pengesahan
  8. Semak status Berjaya
  9. Klik Cetak Resit untuk mencetak resit

4. Cara Bayar Toyota Capital JomPAY

  1. Sila log masuk internet banking BSN, CIMB, Public Bank, Maybank, Bank Islam atau bank lain di Malaysia.
  2. Cari logo JomPAY dan Kod Bil bagi Bil anda,
  3. Masukkan Kod Ejen Bil: 1115
  4. Masukkan Rujukan-1: Nombor perjanjian 13 digit anda
  5. Masukkan jumlah Ansuran
  6. Masukkan kod TAC/OTP untuk proses pengesahan.
  7. Selesai.

5. Cara Bayar Toyota Capital di Cawangan

Anda juga boleh melakukan pembayaran menerusi cek atau wang tunai di mana-mana cawangan Toyota Capital seluruh negara.

Dari Hari: Isnin hingga Jumaat (Kecuali Cuti Umum) dan Masa: 8:00 pagi hingga 5:30 petang

Itulah maklumat mengenai loan kereta Toyota capital semoga perkongsian diatas dapat membantu Anda.