Kenapa BSN Online Tiada Transfer Cara Aktifkan Fungsi

Ramai yang tanya kenapa mybsn tidak mempunyai fungsi transfer dan fungsi-fungsi yang lain. Kenapa BSN online tiada transfer dan hanya ada 2 option sahaja iaitu account overview dengan manage account?

Jadi untuk artikel kali ini kami akan kongsikan khas kepada Anda yang mengalami masalah sebegini. Semoga artikel ini dapat membantu Anda dan juga ahli keluarga Anda semua.

Kenapa BSN Online Tiada Transfer
Kenapa BSN Online Tiada Transfer

Kenapa BSN Online Tiada Transfer

Biasanya bila Anda buka akaun MyBSN Anda selepas membuat pendaftaran untuk kali pertama memang pada halaman utama hanya ada 2 option sahaja.

Kenapa 2 sahaja? sebab Anda belum Anda belum lagi mengaktifkan akaun MyBSN Anda. So, apa yang perlu Anda buat adalah perlu aktifkan akaun MyBSN Anda.

BSN Online Tiada Transfer

Perlu Anda ketahui bahawa, sekiranya Anda pelanggan yang baru mendaftar akaun perbankan internet myBSN, selepas pendaftaran pertama kali berjaya dilakukan melalui www.mybsn.com.my

Anda perlu menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di 1300881900 atau BSN customer service untuk membuat pengesahan bagi mengaktifkan akaun perbankan internet Anda dan membolehkan urusan perbankan dapat dilakukan melalui myBSN.

Selepas Anda hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN, fungsi lain dalam MyBSN Anda akan dipaparkan. Macam ni.

Kenapa BSN Online Tiada Fungsi Transfer

Cara Aktifkan Akaun MyBSN

Langkah-langkah hubungi customer service BSN bagi pengaktifan akaun MyBSN.

  1. Sediakan baki kredit dalam handphone Anda
  2. Hubungi 1300 88 1900
  3. Bagi tahu dekat pegawai bahawa Anda ingin aktifkan akaun MyBSN Anda
  4. Setelah itu, pegawai akan tanya beberapa soalan untuk tujuan pengesahan, biasanya maklumat yang ditanya adalah nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat dan baki akhir akaun BSN Anda.
  5. Selepas itu, pegawai akan bantu Anda mengaktifkan akaun MyBSN Anda, lepas pegawai BSN dah mengaktifkan akaun MyBSN Anda secara automatik dekat halaman utama akan keluar fungsi yang ada dalam MyBSN.

Soalan Lazim

Berikut adalah beberapa soalan lazim mengenai MyBSN.

1. Pertama sekali, auto dia minta kita untuk tekan nombor. So, untuk mengaktifkan account MyBSN saya kena tekan nombor berapa?

Pilih nombor untuk bercakap dengan perunding ye

2. Kenapa apps BSN kat playstore tu bila saya login dia kata invalid yer, apa perlu buat?

Apps tu tak boleh digunakan, mybsn hanya boleh melalui website sahaja ye

3. Kenapa bila call number centre tu tak dapat, ringing pun takde seolah olah number tu tak aktif?

Memang pun, kami pun ada cuba jugak mungkin centre BSN tengah mengalami masalah teknikal kot, Anda cuba semula ye

4. Kenapa ye saya dah register guna website tu, masa nak log in guna apps tu dia kata invalid username dan password?

MyBSN masih belum ada apps lagi, kena guna melalui website sahaja ye