Kad Bank Rakyat Hilang

Sekiranya kad bank Rakyat hilang, perkara pertama yang harus Anda lakukan ialah menghubungi pusat panggilan bank Rakyat untuk menyekatnya agar tidak digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Nombor pusat panggilan bank Rakyat untuk menyekat kad ATM adalah 03-2692 4600. Apabila Anda menghubungi pusat panggilan untuk menyekat kad, Anda akan ditanya beberapa soalan untuk pengesahan.

Tujuan pengesahan adalah untuk memastikan bahawa orang yang menghubungi pusat panggilan benar-benar pemilik akaun dan kad sebenar. Selepas itu Anda boleh pastikan bahawa baki akaun Anda tetap selamat dengan membuat semakan baki secara online.

Sila baca panduan semak baki akaun bank Rakyat online dengan cepat dan selamat.

Kad Bank Rakyat Hilang

Prosedur Kad Bank Rakyat Hilang

Untuk membuat gantian kad bank Rakyat yang hilang sehingga digantikan dengan kad ATM baru, Anda perlu membawa kad pengenalan dan buku simpanan/buku bank.

Anda tidak perlu pergi ke polis untuk membuat sijil kehilangan, tetapi sila bawa kad pengenalan dan buku bank Anda sahaja.

Selain membawa buku bank dan kad pengenalan, Anda juga perlu membawa sejumlah wang untuk kos pembuatan kad bank Rakyat baru sebesar RM12.00 dan biaya duti setem.

Prosedur ini berlaku juga untuk Anda yang kehilangan buku bank atau buku simpanan, kad bank Rakyat rosak, kad bank Rakyat dicuri dan terlupa nombor PIN dan sebagainya.

Cara Mohon Kad Bank Rakyat Baru

Cara mohon kad gantian baru bank Rakyat mudah sahaja, sila ikuti langkah-langkah dibawah ini:

  1. Sila kunjungi pejabat cawangan bank Rakyat yang terdekat pada hari dan waktu bekerja.
  2. Setelah tiba di pejabat cawangan, sila ambil nombor giliran terlebih dahulu. Pastikan Anda mengambil nombor giliran perkhidmatan pelanggan, bukan perkhidmatan Teller.
  3. Selepas nama Anda dipanggil oleh perkhidmatan pelanggan, beritahu perkhidmatan pelanggan bahawa Anda ingin buat kad ATM baru kerana kad ATM lama Anda telah hilang.
  4. Anda akan diminta sejumlah wang untuk biaya gantian kad ATM baru. Caj pembuatan kad baru RM12.00 dan duti setem.
  5. Proses terakhir adalah pembuatan PIN kad bank Rakyat.
  6. Selepas itu, Anda akan mendapatkan kad bank Rakyat baru dan boleh digunakan semula.

Itulah maklumat terkini bagaimana nak buat kad bank Rakyat baru sekiranya kad bank Rakyat hilang, rosak atau dicuri.