Kad ATM Maybank Kena Telan ATM Apa Nak Buat

Kad ATM Maybank kena telan mesin ATM, apa perlu buat? Pengguna perkhidmatan perbankan pastilah sudah tahu apa itu mesin ATM. Setiap kali Anda ingin membeli sesuatu, Anda akan pergi ke mesin ATM untuk buat pengeluaran wang. Begitu juga apabila Anda ingin membuat transaksi lain, seperti membayar atau membuat pemindahan.

Untuk dapat menggunakan mesin ATM Maybank, tentu sahaja kad ATM Maybank diperlukan. Kad ATM bukan sahaja boleh digunakan untuk pengeluaran wang, kad ATM juga boleh digunakan untuk pelbagai transaksi lain, seperti membeli-belah.

Namun, kadangkala Anda mendapati mesin ATM mengalami ralat (error) apabila digunakan, sehingga kad ATM Anda kena telan mesin ATM. Apabila kad ATM kena telan, kebanyakan orang biasanya risau sebab takut kad tersebut akan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Berikut kami kongsikan langkah-langkah yang perlu Anda lakukan untuk dapatkan kad ATM Maybank baru.

Kad ATM Maybank Kena Telan Mesin ATM
Kad ATM Maybank Kena Telan Mesin ATM

Kad ATM Maybank Kena Telan Mesin ATM

Langkah yang perlu Anda buat.

  1. Cuba tekan butang BATAL (merah) pada mesin ATM. Tekan berterusan 2-3 kali berturut- turut. Kad Anda mungkin akan keluar sekejap sebelum ditarik semula ke dalam mesin. Sambil tekan butang sambil tangan ready untuk tarik kad Anda. Kalau tak dapat, segera hubungi bank Maybank 1-300-88-6688
  2. Call Maybank untuk keperluan block kad. Biasanya customer service Maybank akan minta no mesin ATM atau waktu/time dan lokasi.
  3. Kemudian kunjungi cawangan Maybank terdekat untuk buat kad baru. Kalau kena telan mesin ATM tak perlu bayar (caj). Caj RM12 akan dikenakan jika kad Maybank hilang.
  4. Pastikan Anda membawa kad pengenalan untuk proses pengesahan.
  5. Apabila ada penolakan tapi duit tak keluar info sahaja. Sebulan lebih tak silap dia refund balik lepas siasat.

Selepas mendapat kad ATM baru, semak sama ada kad tersebut boleh berfungsi dengan baik atau tidak. Pastikan juga mesin ATM tidak berada dalam keadaan error ketika digunakan agar kad ATM kena telan lagi.

Sebab Kad ATM Maybank Kena Telan

Perlu Anda ketahui bahawa sebab kad ATM Maybank kena telan berbeza-beza. Dalam banyak kes, sebab perkara di bawah adalah yang paling banyak.

Elektrik Mati

Berdasarkan maklumat yang kami kumpulkan, ATM ialah mesin komputer. Mesin ATM memerlukan kuasa elektrik untuk digunakan. Gangguan elektrik secara tiba-tiba boleh menyebabkan kad ATM di dalamnya tersekat atau tidak boleh dikeluarkan.

Kerosakan atau Ralat Mesin

Mesin ATM yang rosak kebiasaanya akan memaparkan maklumat pada bahagian skrin. Jangan masukkan kad ATM Anda apabila tulisan error terpapar di skrin mesin ATM.

Tersalah Input No PIN

Apabila Anda salah memasukkan nombor PIN tiga kali berturut-turut, kad ATM akan disekat secara automatik.

Namun, sekiranya mesin ATM rosak, mesin ATM tidak mengeluarkan kad tersebut tetapi menyimpannya di dalam. Jika Anda telah menunggu cukup lama dan dah tekan butang cancel/batal tetapi kad ATM tidak keluar, ini bermakna kad Maybank Anda kena telan.