Jadual Pinjaman Peribadi Agro Bank

Agro bank adalah salah sebuah bank terbesar di Malaysia. Di samping boleh menabung atau menjimatkan, pelanggan juga boleh membuat pinjaman di Bank ini dengan menggunakan jaminan gaji.

Dengan jaminan ini, pelanggan akan berpeluang memperoleh pinjaman wang sehingga RM200,000. Tetapi ada syarat dan dokumen yang harus dipenuhi terlebih dahulu oleh pelanggan.

Sila rujuk maklumat di bawah untuk maklumat lengkap tentang pinjaman Agro bank.

Jadual Pinjaman Peribadi AgroBank
Jadual Pinjaman Peribadi AgroBank

Apa itu AgroCash-i

AgroCash-i adalah pelan pembiayaan peribadi untuk pelanggan bagi tujuan pembiayaan pengguna yang berkaitan dengan aktiviti pertanian. Ramai korang yang ingat Agrobank hanya memberi perkhidmatan berkaitan sektor pertanian sahaja, tetapi sebenarnya tidak.

Tidak perlu sebarang cagaran penjamin kepada pihak Agro bank sekiranya Anda mahu mohon pinjaman.

Pelaksanaan pinjaman ini berdasarkan urus niaga Tawarruq.

Konsep Tawarruq yang melibatkan dua kontrak jual beli. Kontrak pertama melibatkan penjualan aset oleh penjual kepada pembeli secara tangguh. Seterusnya, pembeli bagi urus niaga penjualan yang pertama akan menjual aset yang sama kepada pihak ketiga secara tunai dan lain.

Jadual Pinjaman Peribadi Agro Bank

Di bawah ialah jadual pinjaman peribadi Agrobank AgroCash-i. Jadual ini hanya sebagai rujukan sahaja.

Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti kadar faedah atau keuntungan, base rate (BR), jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, dan sebagainya.

Jadual Pinjaman Peribadi Agro Bank

Caj Pinjaman Peribadi Agrobank

Agrobank mengenakan caj untuk pinjaman peribadi AgroCash-i kepada pelanggan. Di bawah ialah caj-caj yang dikenakan oleh pihak Agrobank yang mesti pelanggan ketahui.

  • Tiada caj penamatan awal (early termination fee).
  • Caj duti setem sebanyak 0.5% dari jumlah pinjaman yang lulus.
  • Caj Insurans Takaful sebagai pilihan sekiranya pelanggan berdaftar dengan Skim Takaful Kredit melalui panel Takaful Agrobank, atau skim Takaful pilihan pelangga.
  • Caj lewat bayar sebanyak 1% dari jumlah tunggakkan sekiranya pelangga lewat membuat pembayaran.
  • Caj proses sebanyak RM30.00 hingga RM50.00 (bayaran broker) akan ditolak dari jumlah pinjaman.
  • Bank akan memaklumkan pelanggan sekurang-kurangnya 21 hari sebelum tarikh efektif sekiranya sebarang perubahan dibuat kepada yuran dan caj.

Selepas Anda mengetahui jadual pinjaman peribadi Agrobank tersebut, sila buat pelan kewangan yang Anda mahukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *