Jadual Bayaran Balik PTPTN

Pinjaman PTPTN adalah bantuan dalam bentuk kewangan yang akan diberikan kepada pelajar. Pinjaman PTPTN ini bertujuan agar pendidikan tetap berterusan. Pinjaman PTPTN akan diberikan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

Setiap peminjam mestilah mengetahui jadual bayaran balik PTPTN, sebab jika tak tahu macam mana mahu buat bayaran balik?

Jadual Bayaran Balik PTPTN
Jadual Bayaran Balik PTPTN

Jadual Bayaran Balik PTPTN

Setiap peminjam mestilah bertanggungjawab selepas mendapatkan wang pinjaman PTPTN. Bentuk tanggungjawab yang perlu dilakukan iaitu membuat bayaran balik mengikut tempoh yang ditetapkan tanpa perlu menunggu notis arahan balik daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

Sekiranya Anda membaca kembali perjanjian dalam kontrak PTPTN, di dalam perjanjian tersebut tidak ada peruntukan peminjam untuk membuat bayaran balik selepas mendapatkan notis daripada PTPTN.

PTPTN menasihatkan kepada peminjam untuk membuat bayaran balik lebih awal agar tidak dikenakan kos upah. Mengapa perlu buat bayaran balik lebih awal? Sebab jika Anda membuat bayaran balik selewat-lewatnya 27 haribulan, transaksi bayaran balik tersebut akan dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa.

Apabila Anda membuat bayaran selepas tarikh tersebut, transaksi akan dikemas kini dalam penyata pada bulan berikutnya. Macam mana jika saya membuat pembayaran akhir bulan di kaunter PTPTN? transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa.

Peminjam tidak dibenarkan untuk membuat bayaran balik kurang daripada jumlah ansuran bulanan. Jika Anda membayar balik kurang daripada jumlah ansuran, Anda akan dikenakan tindakan penguatkuasaan, selain itu dalam penyata akan terdapat tunggakan.

Jika Anda mahu, Anda boleh hadir berunding di kaunter PTPTN untuk mengurangkan ansuran bulanan, sehingga Anda akan dapatkan penstrukturan semula pinjaman.

Bagimana mana jika saya buat bayaran balik lebih daripada jumlah ansuran? Bagus! Sebab jika Anda membuat bayaran lebih, Anda boleh mendapatkan penjimatan kos upah sebab kos upah dikenakan sehingga tarikh penyelesaian penuh dibuat.

Cara Buat Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Bayaran balik PTPTN boleh dibuat melalui:

Kaunter

SALURANAGENSI/ EJEN
KaunterCawangan PTPTN di seluruh negara
KaunterBank Islam
KaunterBank Rakyat
KaunterPos Malaysia
KaunterCIMB Bank
KaunterBank Simpanan Nasional

Apabila Anda ingin buat pembayaran di kaunter bank atau pejabat Pos, Anda mestilah menyediakan:

  • Akaun Peminjam : No. MyKad peminjam.
  • Nama Peminjam : PTPTN-PINJAMAN (No. akaun PTPTN tidak diperlukan).
  • No. Bil/ Kontrak/ Rujukan : No. rujukan surat tawaran/ no. telefon peminjam.

Potongan Gaji

SALURANAGENSI/ EJEN
Potongan GajiPotongan gaji hendaklah melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) atau majikan
Bayaran balik melalui kaedah ini perlu dirujuk kepada PTPTN terlebih dahulu
Borang Kebenaran Potongan Gaji Bayaran Balik boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN
Peminjam perlu menghantar borang permohonan beserta nama dan alamat majikan kepada PTPTN

Perbankan Internet

SALURANAGENSI/ EJEN
Perbankan InternetMaybank
Perbankan InternetBank Islam
Perbankan InternetPublic Bank
Perbankan InternetRHB Bank
Perbankan InternetAmbank
Perbankan InternetBank Rakyat
Perbankan InternetPos Online
Perbankan InternetAgrobank
Perbankan InternetAffin Bank
Perbankan InternetCIMB
Perbankan InternetBank Simpanan Nasional

Portal Rasmi PTPTN FPX

SALURANAGENSI/ EJEN
Portal Rasmi PTPTN (FPX)Bank Islam
Portal Rasmi PTPTN (FPX)Bank Rakyat
Portal Rasmi PTPTN (FPX)Public Bank
Portal Rasmi PTPTN (FPX)Maybank
Portal Rasmi PTPTN (FPX)Ambank
Portal Rasmi PTPTN (FPX)Hong Leong Bank
Portal Rasmi PTPTN (FPX)RHB Bank
Portal Rasmi PTPTN (FPX)United Overseas Bank (UOB)
Portal Rasmi PTPTN (FPX)Bank Muamalat
Portal Rasmi PTPTN (FPX)Affin Bank
Portal Rasmi PTPTN (FPX)Alliance Bank
Portal Rasmi PTPTN (FPX)CIMB Bank
Portal Rasmi PTPTN (FPX)Visa
Portal Rasmi PTPTN (FPX)MasterCard
Portal Rasmi PTPTN (FPX)American Express

Melalui KWSP, EDC dan MyPay

SALURANAGENSI/ EJEN
Akaun II Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)Terdapat dua (2) kaedah pengeluaran iaitu:
Akaun II Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)i. Melalui Borang Permohonan Pengeluaran Pinjaman Pendidikan di Pejabat KWSP
Akaun II Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)ii. Melalui online (e-Pengeluaran)
Electronic Data Capture (EDC) TerminalPembayaran menggunakan kad kredit (Visa dan Mastercard sahaja), kad debit atau kad ATM bank-bank tempatan yang mempunyai logo MEPS di semua kaunter PTPTN di seluruh negara.
MyPay PTPTNPembayaran secara online melalui Portal Rasmi Perkhidmatan Mudah Alih Kerajaan Malaysia (www.mygovmobile.malaysia.gov.my).

Check Baki Pinjaman PTPTN

Sebelum buat pembayaran, kami nasihatkan Anda untuk membuat semakan baki pinjaman PTPTN terlebih dahulu, berikut adalah langkah semak baki hutang pinjaman melalui portal PTPTN.

  1. Log masuk portal PTPTN
  2. Pilih menu e-Perkhidmatan > Bayaran Balik > Penyata Pinjaman Online.

Soalan Lazim

Walau bagaimanapun, ada banyak pertanyaan yang kerap peminjam ingin tahu, seperti berikut:

1. Bolehkah saya buat pembayaran sekaligus?

Boleh, sila muat dahulu borang Permohonan Pengesahan Baki Pinjaman di portal PTPTN atau Anda boleh dapatkan borang tersebut di kaunter PTPTN terdekat.

Selepas itu, isi dan lengkapkan borang Permohonan Pengesahan Baki Pinjaman dan berikan borang tersebut kepada pegawai kaunter PTPTN lalu bayar penuh baki hutang pinjaman PTPTN Anda. Anda akan mendapatkan Surat Pelepasan Hutang (SPH) selepas berjaya membuat bayaran penuh.

Untuk makluman, sekiranya Anda buat bayaran penuh (full settlement), Anda boleh mendapatk diskaun bayaran balik PTPTN sehingga 15%.

2. Macam mana jika saya bayar ansuran kurang daripada jumlah ansuran asal?

Apabila Anda membayar ansuran kurang daripada jumlah ansuran asal, tentu sahaja akan menyebabkan berlakunya tunggakan dan boleh jadi Anda akan dikenakan tindakan penguatkuasaan.

PTPTN menawarkan rundingan kepada peminjam untuk mengurangkan ansuran bulanan, sehingga peminjam perolehi penstrukturan semula pinjaman terbaru.

3. Bagaimana jika peminjam meninggal dunia?

Bagi kes kematian peminjam, kaedah pemulangan lebihan bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:

A. Bagi jumlah lebihan bayaran balik yang kurang daripada RM3,000 – Waris hendaklah mengisi dan menandatangani Bon Tanggung Rugi Lebihan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN serta dokumen yang berkaitan yang mengikat dari segi undang-undang; dan

B. Bagi lebihan bayaran balik berjumlah RM3,000 dan ke atas – Waris hendaklah mengemukakan dokumen asal atau salinan dokumen berikut:

  1. Geran Surat Kuasa Mentadbir/Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau
  2. Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah; atau
  3. Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad, Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/ Arahan).

Itu sahaja perkongsian kali ini mengenai jadual bayaran balik pinjaman PTPTN, semoga bermanfaat.