IBG Transfer Public Bank Berapa Hari

Sekarang teknologi perbankan telah berkembang sehingga Anda boleh membuat pemindahan wang secara online. Walau bagaimanapun, sebelum buat pemindahan dana Anda mesti mengetahui jenis pemindahan yang akan Anda gunakan adakah menggunakan IBG transfer atau IBFT.

Sebetulnya beberapa pelanggan Public Bank yang sering menggunakan IBG Transfer untuk transfer wang kepada akaun Bank Lain. Namun ada sebahagian orang yang tidak tahu apa itu IBG transfer dan berapa hari waktu yang diperlukan agar transaksi berjaya.

Untuk makluman, IBG Transfer ialah pemindahan antara bank yang disediakan dan diuruskan oleh MyClear. Berikut kami kongsikan maklumat detail dan jadual IBG Transfer serta cara buat IBG Transfer.

IBG Transfer Public Bank Berapa Hari

Cara Buat IBG Transfer Public Bank

Pastikan Anda telah mempunyai akaun profile PBe terlebih dahulu, jika telah mempunyai akaun PBe Anda boleh ikuti langkah-langkah cara Transfer IBG Public Bank di bawah ini, :

  1. Buka website Public Bank online banking https://www.pbebank.com
  2. Masukkan User ID Anda.
  3. Klik Next.
  4. Sahkan Login Phrase Anda.
  5. Masukkan Password Anda.
  6. Klik Login.
  7. Selepas Anda login, klik Fund Transfer.
  8. Klik Other Bank Account.
  9. Kemudian, klik Interbank GIRO (IBG)>To Other Account.
  10. Pada From Account, pilih akaun Anda yg ingin transfer IBG.
  11. Pada Payment Type, klik Funds Transfer.
  12. Pada Beneficiary Name, masukkan nama penerima.
  13. Pada Beneficiry Bank, pilih bank penerima.
  14. Pada Beneficiary Account No, masukkan nombor akaun penerima.
  15. Pada Recipient Reference, masukkan rujukan.
  16. Pada Recipient Amount (RM), masukkan jumlah yang akan dihantar.
  17. Klik Next.
  18. Klik Request PAC Now.
  19. Masukkan Nombor PAC yang dihantar ke nombor handphone Anda melalui SMS.
  20. Klik Confirm.
  21. Pastikan maklumat transaksi Anda betul.
  22. Selesai.

Baca juga langkah-langkah cara tukar limit transfer Public Bank secara online.

IBG Transfer Public Bank Berapa Hari

Berikut ini jadual IBG Transfer Public Bank:

Jadual IBG Transfer yang akan tersedia dalam akaun penerima:

Pembayaran Dimulakan oleh Pelanggan melalui PbePembayaran Dimulakan oleh Pelanggan melalui PBe*Dana Diterima oleh Penerima*Dana Diterima oleh Penerima
Business Days
(Monday – Friday)
Before 5:00 a.m. Same business dayBy 11:00 a.m.
Business Days
(Monday – Friday)
5:01 a.m. to 8:00 a.m Same business dayBy 2:00 p.m.
Business Days
(Monday – Friday)
8:01 a.m. to 11:00 a.m. Same business dayBy 5:00 p.m.
Business Days
(Monday – Friday)
11:01 a.m. to 2:00 p.m. Same business dayBy 8:20 p.m.
Business Days
(Monday – Friday)
2:01 p.m to 5:00 p.m. Same business dayBy 11:00 p.m.
Business Days
(Monday – Friday)
After 5:00 p.m.Next business dayBy 11:00 p.m.
Non-Business Days (Saturday, Sunday and Federal Territory Public Holiday)Non-Business Days (Saturday, Sunday and Federal Territory Public Holiday)Next business dayBy 11:00 p.m.

IBG transfer semasa hari bekerja (Isnin hingga Jumaat)

Contoh:

  • Jika transfer sebelum jam 5.00 pagi, duit akan diterima pada jam 11.00 pagi dalam hari yang sama
  • Jika transfer antara jam 5.01 pagi – 8.00 pagi, duit akan diterima pada jam 2.00 petang dalam hari yang sama
  • Jika transfer selepas jam 5.00 petang, duit akan diterima pada jam 11.00 pagi hari bekerja berikutnya

IBG transfer semasa hari cuti (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)

Pada hari tidak bekerja, iaitu Sabtu, Ahad dan cuti umum, Anda masih lagi dapat melakukan transaksi IBG pada bila-bila masa (tidak termasuk Instant Transfer). Namun, ada sedikit perbezaan tempoh waktu duit yang akan diterima.

  • Waktu duit akan diterima: Pada hari bekerja seterusnya, jam 11.00 pagi
  • Bayaran balik untuk transaksi yang tidak berjaya: Pada hari bekerja seterusnya, jam 5.00 petang

Nota:

  1. Untuk semua pembayaran IBG dan pemindahan dana ke Akaun Semasa dan Akaun Simpanan.
  2. Untuk pembayaran pinjaman dan kad kredit yang dimulakan sehingga dan termasuk 5:00 p.m pada Hari Perniagaan, dana akan tersedia dalam akaun benefisiari sebelum jam 12:00 tengah malam pada hari yang sama.

Jadual jika dana akan dikembalikan ke akaun jika institusi kewangan penerima menolak transaksi IBG:

Pembayaran Dimulakan oleh Pelanggan melalui PBePembayaran Dimulakan oleh Pelanggan melalui PBe*Dana Dipulangkan kepada Pelanggan Yang Membayar*Dana Dipulangkan kepada Pelanggan Yang Membayar
Business Days
(Monday – Friday)
Before 5:00 a.m.Same business dayBy 5:00 p.m.
Business Days
(Monday – Friday)
5:01 a.m. to 8:00 a.m.Same business dayBy 8:20 p.m.
Business Days
(Monday – Friday)
8:01 a.m. to 11:00 a.m.Same business dayBy 11:00 a.m.
Business Days
(Monday – Friday)
11:01 a.m. to 2:00 p.m.Next business dayBy 11:00 a.m.
Business Days
(Monday – Friday)
2:01 p.m to 5:00 p.m.Next business dayBy 11:00 a.m.
Non-Business Days (Saturday, Sunday and Federal Territory Public Holiday)Non-Business Days (Saturday, Sunday and Federal Territory Public Holiday)Next business dayBy 11:00 a.m.

Anda mesti tahu bahawa Interbank Giro transfer lambat hingga berapa hari terjadi kerana:

  • Anda transfer duit selepas 5.00 petang pada hari Isnin – Jumaat
  • Anda transfer duit pada hari Sabtu, Ahad atau Cuti Umum

Dah jelas? Jadi, elakkan waktu seperti yang dinyatakan di atas. Semoga perkongsian di atas membantu Anda