IBG Transfer BSN Berapa Hari

IBG transfer BSN berapa hari? Jika Anda mahukan buat pindahan wang secara Interbank Giro (IBG), sebaiknya Anda fahami dahulu pada perbezaan IBG dengan Instant Transfer (IBFT).

Kenapa perlu fahami dahulu? Sebab untuk mengelakkan pertanyaan seperti Interbank Giro transfer berapa lama, kenapa duit tak masuk akaun penerima/saya dan adakah ini penipuan/scam?

Apa Itu Interbank Giro

MyClear ialah salah satu anak syarikat Bank Negara Malaysia (BNM) yang menguruskan perkhidmatan Interbank Giro. Jadi setiap transaksi yang berlaku dan menggunakan ciri IBG transfer semuanya diuruskan oleh MyClear.

IBG sendiri merupakan cara pemindahan duit dari satu bank ke satu bank yang lain. IBG memerlukan masa/waktu semasa pemindahan duit dari satu bank ke bank lain.

Jadi IBG sangat berbeza dengan Instant Transfer yang buat pindahan secara realtime.

IBG Transfer BSN Berapa Hari
IBG Transfer BSN Berapa Hari

IBG Transfer BSN Berapa Hari

Sekiranya Anda tanyakan Interbank Giro BSN berapa hari, Anda boleh rujuk jadual IBG Transfer BSN berikut ini.

HariPerbankan Internet & OTCHari*Dana diterima oleh Benefisiari
Hari Perniagaan
(Isnin - Jumaat)
Sebelum 5:00 pagi Hari perniagaan yang samaPada
11:00 pagi
Hari Perniagaan
(Isnin - Jumaat)
5:01 pagi hingga
8:00 pagi
Hari perniagaan yang samaPada
2:00 petang
Hari Perniagaan
(Isnin - Jumaat)
8:01 pagi hingga
11:00 pagi
Hari perniagaan yang samaPada
5:00 petang
Hari Perniagaan
(Isnin - Jumaat)
11:01 pagi hingga
2:00 petang
Hari perniagaan yang samaPada
8:20 petang
Hari Perniagaan
(Isnin - Jumaat)
2:01 petang hingga
5:00 petang
Hari perniagaan yang samaPada
11:00 petang
Hari Perniagaan
(Isnin - Jumaat)
Selepas
5:00 petang
Hari perniagaan yang berikutnyaPada
11:00 pagi
Hari Bukan Perniagaan
(Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Wilayah Persekutuan)
Hari Bukan Perniagaan

(Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Wilayah Persekutuan)
Hari perniagaan yang berikutnyaPada
11:00 pagi

Masih tak faham? OK kami ringkas dengan contoh berikut:

IBG transfer semasa hari bekerja (Isnin hingga Jumaat)

Jika Anda buat transaksi IBG transfer pada hari bekerja iaitu Isnin hingga jumaat.

  1. Jika Anda transfer sebelum jam 5.00 pagi, duit akan diterima pada jam 11.00 pagi dalam hari yang sama
  2. Jika Anda transfer antara jam 5.01 pagi – 8.00 pagi, duit akan diterima pada jam 2.00 petang dalam hari yang sama
  3. Jika Anda transfer antara jam 8.01 pagi – 11.00 pagi, duit akan diterima pada jam 5.00 petang dalam hari yang sama
  4. Jika Anda transfer antara jam 11.01 pagi – 2.00 petang, duit akan diterima pada jam 8.20 malam dalam hari yang sama
  5. Jika Anda transfer antara jam 2.01 petang – 5.00 petang pagi – 2.00 petang, duit akan diterima pada jam 11.00 malam dalam hari yang sama
  6. Jika Anda transfer selepas jam 5.00 petang, duit akan diterima pada jam 11.00 pagi hari bekerja berikutnya

IBG transfer semasa hari cuti (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)

Macam mana jika saya atau orang lain buat IBG transfer pada hari tidak bekerja seperti hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, bilakah duit tersebut masuk akaun penerima?

Pada hari tidak bekerja, iaitu Sabtu, Ahad dan cuti umum, Anda masih lagi dapat melakukan transaksi IBG pada bila-bila masa.

Namun perlu Anda fahami sebab ada sedikit perbezaan tempoh waktu duit yang akan diterima (masuk akaun penerima).

  • Waktu duit akan diterima: Pada hari bekerja seterusnya, jam 11.00 pagi
  • Bayaran balik untuk transaksi yang tidak berjaya: Pada hari bekerja seterusnya, jam 5.00 petang

Jadi jika Anda transfer duit guna IBG transfer pada hari Ahad, maka duit tersebut akan masuk akaun penerima pada hari Isnin.

Perkhidmatan IBG Transfer BSN

Transaksi perbankan yang boleh gunakan IBG transfer:

  • Pembayaran atau pemindahan ke bank lain.
  • Pembayaran daripada bank lain
  • Pengkreditan ke akaun Anda daripada syarikat atau majikan
  • Pendebitan daripada akaun Anda.

FI Transaksi IBG BSN

Adapun fi dan caj bagi transaksi IBG BSN:

  • Saluran ATM dikenakan caj RM0.10 dan had sehingga RM50,000 (Had Gabungan)
  • Saluran Kaunter dikenakan caj RM2.00 dan had sehingga RM1 juta (Had Gabungan dengan IBFT)
  • Saluran Perbankan Internet dikenakan caj RM0.10 dan had sehingga RM10,000 bagi setiap transaksi.

Soalan Lazim

Di bawah ini beberapa soalan lazim yang berkaitan dengan BSN:

1. Bolehkah saya memindahkan wang kepada mana-mana jenis akaun di bank yang berlainan?

Anda dapat melakukan pindahan wang ke akaun milik Anda sendiri atau akaun pihak ketiga di bank-bank yang terlibat. Pindahan wang IBG dapat dilakukan untuk akaun simpanan, akaun semasa, kad kredit dan akaun pinjaman.

2. Macam mana cara saya boleh memaklumkan kepada penerima bahawa saya telah memindahkan wang ke dalam akaun beliau?

Notis pemberitahuan akan dihantar kepada penerima jika:

  • Bank menyediakan ruangan untuk mengisi maklumat seperti alamat email dan
  • Pengirim mengisi alamat email penerima dengan betul di ruangan yang berkenaan.

3. Berapakah had maksimum harian untuk transaksi IBG melalui myBSN?

Had maksimum harian untuk Transaksi IBG iaitu RM10,000.00. Jika Anda mahu tingkatkan limit transfer, Anda boleh baca artikel cara tukar limit transfer BSN.

Semoga maklumat mengenai IBG transfer BSN yang kami kongsikan diatas dapat membantu Anda.