IBG Transfer Berapa Hari

Transfer wang melalui sistem perbankan adalah aktiviti yang sering kita lakukan. Namun, kita tidak memahami mekanisme pemindahan wang antara bank, mengapa pemindahan ke akaun seseorang dengan bank yang berbeza mesti dikenakan caj? Terdapat juga pemindahan wang kepada seseorang tetapi dalam masa 2 hari, wang baru masuk ke akaun.

Secara sederhana, transfer adalah aktiviti perkhidmatan bank untuk memindahkan sejumlah dana sesuai dengan arahan pengirim untuk kepentingan seseorang yang ditunjuk sebagai penerima pindahan tersebut.

Berkat kemajuan teknologi, lebih mudah bagi kita untuk melakukan transfer wang dengan bank yang sama atau berlainan bank.

Sekiranya memindahkan wang ke akaun bank yang sama (contoh: Maybank ke Maybank), prosesnya lebih cepat dan percuma. Sebaliknya, jika transfer wang berlainan bank prosesnya memerlukan masa dan akan dikenakan caj.

Di Malaysia ada beberapa mekanisme yang digunakan untuk transfer wang, iaitu IBG (Interbank Giro) dan IBFT (Instant Transfer).IBG Transfer Berapa Hari

Apa Itu IBFT (Instant Transfer)

Instant Transfer adalah proses pindahan wang secara real time dan caj yang dikenakan bergantung kepada pihak bank.

Caj yang dikenakan biasanya antara RM0.5 sampai RM4. Wang yang dihantar tersebut akan langsung masuk ke akaun penerima dalam hitungan detik sahaja.

Apa Itu IBG Transfer

Interbank GIRO (IBG) iaitu sistem pembayaran pindahan wang/dana/duit secara elektronik yang membenarkan pindahan wang antara dua institusi kewangan yang terdapat di Malaysia. Contoh IBG transfer Maybank ke Bank BSN.

Wang yang dihantar menggunakan mekanisme IBG akan mengambil masa kira-kira 1 hingga 4 jam atau lebih cepat.

Berikut adalah jadual IBG transfer yang berlaku secara purata di bank-bank Malaysia:

Waktu Bekerja Isnin sampai Jum’at

 

Waktu Transaksi
(IBG Transfer)

Wang Diterima Bayaran Balik Untuk Transaksi Yang Tidak Berjaya
Masa Hari Masa Hari
Sebelum jam 5.00 pagi 11.00 pagi Hari yang sama 5.00 petang Hari yang sama
5.01 pagi – 8.00 pagi 2.00 petang Hari yang sama 8.20 malam Hari yang sama
8.01 pagi – 11.00 pagi 5.00 petang Hari yang sama 11.00 malam Hari yang sama
11.01 pagi – 2.00 petang 8.20 malam Hari yang sama 11.00 pagi Hari bekerja seterusnya
2.01 petang – 5.00 petang 11.00 malam Hari yang sama 11.00 pagi Hari bekerja seterusnya
Selepas 5.00 petang 11.00 pagi Hari bekerja seterusnya 5.00 petang Hari bekerja seterusnya

IBG Transfer Berapa Hari

Sekiranya Anda bertanya berapa lama duit masuk guna IBG transfer, jawapannya boleh dilihat pada jadual diatas.

Contoh : Anda membuat pindahan wang dengan menggunakan ibg transfer Cimb ke bank Islam pada jam 11:00 pagi di hari Isnin, maka wang tersebut akan masuk pada hari yang sama yaitu Isnin juga.

Sila tunggu masa 1 sampai 4 jam, lalu sila melakukan semak baki akaun bank Islam online untuk pastikan wang tersebut sudah masuk atau belum.

Bagaimana jika membuat pindahan duit jam 5:00 petang pada hari Isnin? kemungkinan duit tersebut akan masuk esok hari (selasa) ke rekening.

Jumlah Maksimum Pindahan IBG Transfer

Maksimum jumlah wang yang di transfer melalui IBG transfer bergantung kepada bank berkenaan, jumlah maksima bagi setiap pindahan wang ialah RM1 juta, berdasarkan kepada jumlah wang yang terdapat di dalam akaun pelanggan, sekiranya pindahan wang tersebut Anda lakukan di kaunter.

Jika Anda membuat pindahan melalui perkhidmatan perbankan internet (online banking) jumlah maksima iaitu  di antara RM5,000 hingga RM10,000 (pengguna perbankan Individu).

Bagi pelanggan korporat, sila semak dengan bank Anda kerana ada terdapat bank yang tidak menetapkan had bagi setiap pindahan wang selagi pelanggan mempunyai wang yang secukupnya di dalam akaun syarikat.

Bolehkan kita memindahkan duit kepada mana-mana jenis akaun di bank yang berlainan?

Tentu sahaja boleh, Anda boleh membuat pindahan duit ke akaun orang lain atau akaun milik Anda sendiri. Pindahan duit menggunakan IBG transfer boleh dilakukan untuk akaun simpanan, akaun semasa, kad kredit dan akaun pinjaman.

Itulah maklumat terkini beza IBG dan Instant Transfer dan untuk Anda yang keliru lalu bertanya ibg transfer ambil masa berapa lama?. Semoga maklumat yang kami kongsi dapat bermanfaat.