Bank Rakyat mempunyai sejumlah kemudahan yang bertujuan untuk membantu melancarkan dan juga memudahkan pelbagai transaksi kewangan yang dilakukan oleh pelanggan.
Hal ini tentunya akan menjadi jalan penyelesaian untuk jumlah transaksi kewangan yang tinggi dan juga aktiviti perbankan yang sibuk yang dilakukan oleh pelanggan.
Salah satu perkhidmatan yang diberikan oleh bank Rakyat untuk pelanggan iaitu Interbank GIRO (IBG).
Apa Itu Interbank Giro
Interbank GIRO (IBG) adalah sistem pemindahan wang secara elektronik daripada bank ke bank tanpa dokumen berbentuk fizikal seperti cek.
Perkhidmatan ini mengurangkan masa transaksi di antara akaun terutama transaksi luar bandar. Di antara transksi yang dapat dilaksanakan dengan Interbank GIRO adalah seperti berikut:
- Pemindahan tunai kepada akaun di mana-mana bank yang menyertai IBG.
- Pembayaran pinjaman dan kad kredit kepada mana-mana bank yang menyertai IBG.
- Pemindahan tunai atau debit akaun simpanan sehingga RM1,000,000.00 setiap transaksi di kaunter.
Perkhidmatan IBG boleh diakses oleh individu atau syarikat melalui iRakyat, ATM dan kaunter bank.
Waktu beroperasi IBG transfer adalah 24 jam untuk perkhidmatan iRakyat dan ATM, sementara kaunter bank berdasarkan waktu operasi bank (hari bekerja).
Walau bagaimanapun terdapat yuran permindahan yang berlaku, bagi kaunter bank RM2, perkhidmatan iRakyat dan ATM iaitu RM0.10
Jika Anda belum mempunyai akaun iRakyat, sila baca cara daftar akaun Bank Rakyat online.
Jadual IBG Bank Rakyat
Berikut adalah jadual IBG Bank Rakyat:
WAKTU TRANSAKSI | Transfer | DITERIMA OLEH PENERIMA | WAKTU PEMULANGAN SEMULA TRANSAKSI (REFUND TIME) |
---|---|---|---|
Isnin-Jumaat | Sebelum 5.00 pg | Hari yang sama pada 11:00 pg | pada 5:00 ptg |
Isnin-Jumaat | 5:01 pg– 8:00 pg | Hari yang sama pada 2:00 ptg | pada 8:20 ptg |
Isnin-Jumaat | 8:01 pg-11:00 pg | Hari yang sama pada 5:00 pg | pada 11:00 ptg |
Isnin-Jumaat | 11:01 pg – 2:00 ptg | Hari yang sama pada 5:00 pg | pada 11:00 pg, hari bekerja berikutnya |
Isnin-Jumaat | 2:01 ptg – 5:00 ptg | Hari yang sama pada11:00 ptg | pada 11:00 pg, hari bekerja berikutnya |
Isnin-Jumaat | Selepas 5:00 ptg | Hari yang sama pada 11:00 ptg | pada 5:00 ptg, hari bekerja berikutnya |
Hari Minggu (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) | bila-bila masa | Hari bekerja berikutnya pada 11:00 pg | pada 5:00 ptg |
IBG Transfer Bank Rakyat Berapa Hari
Seperti terlihat pada jadual yang dinyatakan diatas, bahawa transaksi IBG berdasarkan jam bekerja.
Contoh: Anda melakukan transaksi hari Isnin pada 2:01 ptg, duit akan diterima oleh penerima pada hari yang sama (Isnin). Sekiranya Anda melakukan transaksi hari minggu (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum), duit diterima oleh penerima pada hari bekerja berikutnya.
Jika Anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat ditalian 1-300-80-5454.