IBG Transfer Affin Bank Berapa Hari Bila Duit Masuk

Affin Bank adalah salah satu bank terbaik di Malaysia. Selain mempunyai banyak pelanggan, Affinbank juga terus membangunkan inovasi, salah satunya adalah perkhidmatan perbankan yang dikenali sebagai pemindahan IBG dan IBFT.

Interbank Giro Transfer merupakan pemindahan dana yang ditawarkan melalui PayNet. IBG juga ditawarkan melalui kaunter dan perbankan internet.

Caj perkhidmatan untuk IBG iaitu RM0.10 pada setiap transaksi. Bagi Anda yang mempunyai pertanyaan mengenai IBG transfer berapa hari dan bila duit masuk akaun, Anda boleh dapatkan jawapan tersebut dalam artikel ini.

IBG Transfer Affin Bank Berapa Hari
IBG Transfer Affin Bank Berapa Hari

Cara Transfer Registered Interbank Account

Berikut adalah cara buat transfer interbank account:

  1. Buka website rasmi Affin Bank online https://www.affinalways.com
  2. Klik Personal.
  3. Masukkan Username akaun Anda. Klik Login.
  4. Sahkan Secure Word dan Image.
  5. Masukkan Password akaun Anda. Klik Login.
  6. Setelah Anda login, klik Transfer dari menu utama.
  7. Pilih Manage Transfer.
  8. Pilih Interbank GIRO.
  9. Seterusnya, pilih akaun simpanan atau semasa Anda. Klik Transfer To.
  10. Kemudian, pilih penerima di senarai Registered Transfer.
  11. Masukkan Amaun (RM).
  12. Masukkan Rujukan Penerima.
  13. Masukkan Butiran Pembayaran Lain dan Catat masing-masing. Klik Continue.
  14. Masukkan Nombor TAC 6 digit. Klik Confirm.
  15. Selesai.

IBG Transfer Affin Bank Berapa Hari

Bagi permindahan segera (Instant Transfer melalui ATM), akaun penerima akan dikredit dengan kadar segera dan Anda perlu mengesahkan nama penerima yang tertera di ATM.

Sementara bagi perkhidmatan Interbank GIRO, akaun penerima akan dikredit pada hari yang sama atau selewat-lewatnya hari berikutnya pada hari bekerja.

Pembayaran Dimulakan oleh PelangganDana Diterima oleh PenerimaBayaran Balik untuk Transaksi Yang Tidak Berjaya
Business Days (Monday - Friday) Before 5:00 amSame Business dayBy 5:00 pm
Business Days (Monday - Friday) 5:01 am to 8:00 amSame Business dayBy 8:20 pm
Business Days (Monday - Friday) 8:01 am to 11:00 amSame Business dayBy 11:00 pm
Business Days (Monday - Friday) 11:01 am to 2:00 pmSame Business dayBy 11:00 am, next business day
Business Days (Monday - Friday) 2:01 pm to 5:00 pmSame Business dayBy 11:00 am, next business day
Business Days (Monday - Friday) After 5:00 pmNext business dayBy 5:00 pm
Non-Business Days
(Saturday, Sunday and Federal Territory Public Holidays)
Next business dayBy 5:00 pm

Had Interbank Giro Melalui ATM

Untuk Interbank Giro melalui ATM, had boleh dinaikkan sehingga RM50,000 sehari digabungkan dengan had Pemindahan Segera.

Pelanggan memiliki pilihan untuk meminta atau menukar had di mana-mana cawangan atau semasa permohonan kad MyDebit.

  • RM1,000
  • RM3,000
  • RM5,000
  • RM10,000
  • RM20,000
  • RM30,000
  • RM40,000
  • RM50,000

Nak tingkatkan limit transfer? Jom baca cara tukar limit transfer Affin Bank.

FAQ IBG Transfer Affin Bank

Beberapa soalan lazim berkaitan dengan Affin Bank:

1. Bolehkah saya membuat pengesahan nama penerima semasa membuat transaksi ini?

Tidak, Anda tidak boleh membuat pengesahan kerana nama penerima tidak akan dipaparkan di ATM.  Pastikan akaun penerima adalah betul sebelum Anda meneruskan transaksi tersebut.

2. Berapakah caj perkhidmatan untuk Interbank Giro?

RM0,10 caj akan dikenakan.

3. Bolehkah saya menjadualkan pembayaran bil masa hadapan?

Ya, Anda boleh menjadualkan pembayaran bil masa hadapan, pada tarikh akan datang, atau malah secara berulang. Anda boleh menjadualkan pembayaran bil masa hadapan untuk pengebil berdaftar sahaja.