Cara Dapatkan Kod DuitNow QR Bank Islam Perniagaan

Kehadiran sistem pembayaran dengan teknologi terus berkembang. Salah satunya, sistem pembayaran dengan QR Code (Quick Response Code) atau teknologi QR Payment yang diramalkan menjadi kaedah pembayaran utama, kerana ia lebih praktikal dan efisien.

DuitNow QR ialah rangkaian pembayaran dengan kod respons pantas yang membantu peniaga menerima pembayaran melalui aplikasi berasaskan QR di Malaysia. Hanya imbas kod QR yang disediakan, proses transaksi boleh dilakukan dengan mudah.

Sekiranya Anda adalah seorang peniaga atau pemilik perniagaan, berikut langkah-langkah cara dapatkan kod DuitNow QR Bank Rakyat untuk perniagaan dan personal.

Cara Dapatkan Kod DuitNow QR Bank Islam
Cara Dapatkan Kod DuitNow QR Bank Islam

DuitNow QR Bank Islam

DuitNow QR ialah perkhidmatan pemindahan wang segera yang mudah dan selamat yang membolehkan Anda membuat pembayaran dan menerima wang dengan hanya Kod QR. DuitNow QR ialah ditubuhkan oleh PayNet di bawah Interoperable Credit Transfer Framework (ICTF) Bank Negara Malaysia (BNM).

Dengan DuitNow QR, Anda boleh mengimbas kod QR DuitNow untuk membayar kepada peniaga atau memindahkan dana kepada orang lain. Anda juga boleh menerima wang dengan memilih Scan Me dalam halaman imbasan, dan tunjukkan kod QR DuitNow Anda untuk diimbas oleh orang lain.

DuitNow QR mempunyai keupayaan untuk bekerja dengan bank lain dan eDompet (eWallets) dari segi pengimbasan dan penerimaan kod QR. Contohnya, sebuah restoran memaparkan kod QR DuitNow yang disediakan oleh Bank Islam. Pelanggan boleh menggunakan mana-mana aplikasi perbankan mudah alih (mobile banking) yang mengambil bahagian atau eWallet untuk mengimbas kod QR untuk membayar.

Senarai perkhidmatan yang tersedia untuk DuitNow QR

  • Imbas kod QR DuitNow orang lain atau pedagang untuk memindahkan dana atau membuat pembayaran.
  • Hasilkan kod QR untuk menerima wang.

Limit harian DuitNow QR

  • Imbas dan bayar kepada peniaga Rm1,000.00
  • Imbas dan pindahkan dana kepada orang lain RM50,000.00 (had bersama dengan had pindahan dana pihak ketiga)

Cara Dapatkan Kod DuitNow QR Untuk Perniagaan

Pertama sekali pastikan Anda install aplikasi GO by Bank Islam di telefon Anda. Berikut adalah langkah-langka cara dapatkan kod duiutNow QR Bank Islam melalui aplikasi Go by Bank Islam.

  1. Buka aplikasi Go by Bank Islam
  2. Klik pada ikon DuitNow QR Kod DuitNow QR Bank Islam
  3. Masukkan Password Bank Islam Anda, klik Proceed
  4. Apabila Anda pengguna kali pertama, Anda dikehendaki membuat pendaftaran terlebih dahulu, sila klik Continue DuitNow QR Bank Islam
  5. Lepas tu, Anda pilih akaun Bank Islam Anda.
    • Preferred Funding Account – pilih akaun anda inginkan
    • Preferred Purchase Daily Limit – had limit perbelanjaan harian
    • Preferred Cumulative Limit
  6. Kemudian Anda perlu masukkan limit untuk harian dan juga limit cumulative
  7. Lepas Anda masukkan kedua-dua limit tersebut, sila tick pada Terma dan Syarat, klik Let’s Register Cara Dapatkan Kod DuitNow QR Untuk Perniagaan
  8. Seterusnya Anda klik Confirm
  9. Kemudian, masukkan No IAC. Nombor IAC ini akan dihantar melalui SMS, jadi Anda semak sahaja SMS dan salin semula nombor IAC yang Anda terima tu.
  10. Untuk langkah yang seterusnya, Anda perlu klik pada bahagian Let’s DuitNow QR
  11. Klik pada Allow bagi Picture dan Record Dapatkan Kod DuitNow QR
  12. Selepas itu akan ada 2 pilihan yang mana, pilihan yang pertama adalah Scan dan yang kedua adalah Receive
  13. Kita akan gunakan Scan ni bila kita pemilik akaun nak membuat pembayaran atau pindahan kepada pihak ke 3
  14. Dan untuk Anda dapatkan kod DuitNow QR untuk perniagaan, klik pada bahagian Receive. Kod QR DuitNow
  15. Selepas itu QR kod akan dipaparkan, Anda boleh share QR tersebut atau print untuk memudahkan pembayaran dilakukan terus ke akaun Anda
  16. Selesai

Untuk maklumat lanjut mengenai kod DuitNow QR, Anda dapat lawati laman website rasmi DuitNow QR https://www.duitnow.my Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga bermanfaat.