Cara Batal atau Disable Fungsi Secure2u Maybank

Pada artikel kali ini kami akan kongsikan cara untuk membuat pembatalan fungsi Secure2u Maybank. Apa itu fungsi Secure2u? Secure2u merupakan satu sistem TAC yang lebih canggih dan lebih mudah, sistem ini sebenarnya untuk menggantikan fungsi SMS TAC.

Untuk Secure2u ni, pengguna hanya perlu tekan butang approve yang ada pada skrin telefon kita untuk meneruskan transaksi tanpa perlu membuat permintaan SMS TAC. Mudah aja kan step dia, hanya perlu tekan butang approve dan pembayaran ataupun transaksi Maybank2u kita secara automatik akan selesai.

Walaupun cara ini mudah, tapi ada sesetengah individu dia lagi suka kan cara yang lama iaitu dengan menggunakan SMS TAC. So kepada Anda yang dah terdaftar Secure2u dan Anda nak cancel fungsi ini, Anda boleh ikuti langkah yang kami akan tunjukan dalam artikel ini.

Cara Disable Fungsi Secure2u Maybank
Cara Disable Fungsi Secure2u Maybank

Cara Disable Fungsi Secure2u Maybank

Bagi Anda yang nak cancel atau nak batalkan fungsi Secure2u Maybank, Anda perlu menggunakan website Maybank2u.

  1. Seperti biasa, sila log masuk akaun Maybank2u Anda
  2. Masukkan Username, lepas tu masukkan Password, klik Login
  3. Dekat paparan utama, klik Settings Cara Batalkan Fungsi Secure2u Maybank
  4. Lepas tu, klik Security Cara Cancel Fungsi Secure2u Maybank
  5. Pilih Secure2u
  6. Untuk matikan fungsi Secure2u, klik Disable
  7. Pastikan status keluar Secure2u Successfully Update

Lepas Anda matikan atau disable fungsi Secure2u ini, bila Anda membuat pemindahan wang ataupun sebarang pembayaran pada bahagian pengesahan dia dah ada pilihan SMS TAC. So Anda boleh menggunakan fungsi SMS TAC ini untuk membuat pengesahan transaksi.

Tapi Anda perlu ingat ya, sebarang transaksi sama ada pembayaran ataupun pemindahan wang mestilah tidak melebihi RM1,000 sekiranya Anda nak membuat sebarang transaksi RM1000 ke atas, Anda perlu menggunakan pengesahan secure2u.

Soalan Lazim

Berikut senarai soalan lazim mengenai secure2u.

1. Kalau guna balik TAC SMS dah tutup secure2u adakah masih selamat?

Tentu sahaja selamat. Secure2u pun adalah fungsi baru untuk pastikan keselamatan akaun Anda juga ye. Sekiranya Anda tak ada SMS TAC dihantar, baca ni kenapa tak dapat nombor TAC Maybank2u

2. Kalau keluar macam ini macam mana accept balik (you have reached maximum attempts for secure2u registration)?

Sila daftar semula selepas 24jam ye, ataupun sila call customer service maybank ye

3. Kalau button secure2u tu tak dapat tekan macam mana ya?

biasanya sebab sistem tengah bermasalah, sila cuba semula ye

4. Saya dah disable secure2u. Nak transfer guna tac pun tak boleh juga?

Betul, memang sekarang nie kena pakai secure2u.

Itu sahaja perkongsian kali ini semoga perkongsian diatas dapat membantu Anda.