Cara Tukar Nombor Telefon BSN Melalui SMS dan ATM

Kemaskini nombor telefon BSN perlu dilakukan agar setiap transaksi yang Anda buat di BSN online dan perbankan SMS dapat selalu berjaya. Mengapa perlu kemaskini no telefon BSN? Sebab utama Anda mesti kemaskini no telefon BSN adalah setiap transaksi yang Anda buat di perbankan SMS BSN dan MyBSN memerlukan kod atau no TAC/OTP.

OTP/TAC diperlukan untuk proses pengesahan transaksi dan berfungsi sebagai alat keselamatan. OTP/TAC hanya dapat digunakan sekali sahaja bagi setiap transaksi.

Berikut kami kongsikan maklumat cara tukar nombor telefon BSN melalui BSN dan di ATM.

Cara Tukar Nombor Telefon BSN Melalui SMS

Tujuan Kemaskini No Telefon BSN

Penukaran no telefon BSN untuk tujuan.

  • Internet banking BSN
  • Penerimaan no TAC atau no OTP
  • BSN SMS Banking

Sekiranya Anda menggunakan salah satu daripada senarai perkhidmatan diatas, contoh perkhidmatan perbankan BSN online, sila segera kemaskini no telefon Anda agar proses transaksi Anda selalu berjaya. Sebab kod OTP hanya akan dihantar ke no telefon berdaftar di Bank BSN.

Cara Tukar Nombor Telefon BSN Melalui SMS

Ramai pelanggan yang tidak tahu bahawa BSN menyediakan perkhidmatan perbankan SMS BSN. Sekiranya Anda berhasrat untuk daftar perkhidmatan ini, berikut adalah langkah-langkahnya.

  1. Pergi ke mana-mana cawangan BSN terdekat
  2. Beritahu staff bank bahawa Anda ingin daftar perbankan SMS BSN.
  3. Staff bank akan berikan kod UAC (4 digit) kepada Anda melalui cetakan pada Borang SMP-1.
  4. Lepas pendaftaran berjaya dilakukan, Anda akan menerima SMS di handphone Anda, SMS tersebut mengandungi M-PIN (6 digit) dan UAC (2 digit).
  5. Sila aktifkan perkhidmatan perbankan SMS.
  6. Langkah aktifkan perbankan SMS iaitu buat SMS baru lalu masukkan ACTM-PIN6 digit UAC (4 digit + 2 digit) lalu hantarkan ke 36898 atau 019-2866180 (Celcom), 017-3776180 (Maxis) dan 014-3386180 (DiGi)
  7. Perbankan SMS telah aktif.

Senarai transaksi yang boleh di buat melalui perbankan SMS BSN.

TransaksiKod Transaksi
Pembelian Top-UpTOPUP <> mpin <> kod.topup <> (no. penerima)
Senarai Kod Top-UpLIST<>TOPUP<>NILAI
Pertanyaan Baki BAL <> mpin 
Pembayaran BilBILL <> mpin <> kod.bil <> no.akaun.bil <> amaun 
Bayaran Kad Kredit BSNCARD <>mpin <> no.kad kredit <> amaun
Kod Top-Up BilLIST<> BIL
Pemindahan Dana TRF <> mpin <> akaun penerima <> amaun 
Pembelian Pin PIN <> mpin <> kod.kursus <> no.KP calon 
Kod Senarai KursusLIST<> PIN 
Pembelian SSP SSP <> mpin <> amaun
Tukar BahasaCHG <> LANG <> mpin <> bahasa.pilihan

Bagi Anda yang ingin mengetahui cara tukar nombor telefon melalui SMS, kami beritahukan bahawa pada masa ini kemaskini no telefon BSN hanya boleh dilakukan melalui cawangan sahaja.

Cara Tukar Nombor Telefon BSN Melalui ATM

Macam mana tukar nombor telefon BSN melalui ATM? Dahulu, penukaran nombor telefon melalui mesin ATM masih dapat dilakukan, namun pada masa ini pelanggan mesti kena pergi ke cawangan untuk buat penukaran no telefon BSN.

Cara Kemaskini No Telefon BSN di Cawangan

Pelanggan BSN hanya boleh membuat penukaran atau pengemaskinian no hp BSN melalui kaunter cawangan BSN yang berhampiran.

Selepas no telefon di kemaskini di kaunter, Anda perlu log masuk portal myBSN dalam tempoh 24 jam selepas urusan kemaskini maklumat yang dilakukan melalui kaunter cawangan BSN.

Langkah-langkah tukar nombor fon BSN di cawangan

Hadirkan diri ke cawangan BSN terdekat

  1. Pemohon atau pemilik akaun BSN perlu hadir ke bank BSN.
  2. Sesampai di bank, beritahu sebab kehadiran untuk tukar nombor telefon Anda.
  3. Staff bank akan berikan borang pengemaskinian nombor telefon. Apabila Anda mahu mengemas kini alamat dan emel juga, Anda boleh lakukan sekaligus.
  4. Isi borang dengan betul, pastikan maklumat yang Anda masukkan tepat dan benar.
  5. Apabila Anda dah kemaskini nombor telefon Anda, tapi masih mengalami masalah, Anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di 1300 88 1900.
  6. Sekarang Anda dah boleh membuat transaksi di portal perbankan internet myBSN seperti biasa.

Sekiranya Anda tidak dapat no TAC BSN selepas pengemaskinian, Anda perlu segera hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1300881900 untuk semakan lanjut.

Syarat Kemaskini No Telefon BSN

Pemilik atau pelanggan BSN perlu membawa syarat-syarat berikut sebelum membuat kemaskini nombor telefon di cawangan BSN. Antaranya adalah seperti berikut:

  • MyKad anda
  • Wang secukupnya
  • Nombor telefon baru Anda.
  • Kad debit atau ATM

Waktu Operasi BSN

Anda dinasihatkan untuk datang ke cawangan BSN pada waktu operasi BSN atau pada hari bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat.

Cawangan BSN dibuka dari jam 9 pagi hingga 4.45 petang. Waktu rehat dari 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang pada hari Jumaat sahaja. Pada hari biasa, waktu rehat hanya 1 petang hingga 2 petang. Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga membantu.