Cara Tukar No Telefon RHB

Pertukaran nombor telefon RHB lama dengan yang baru perlu dilakukan kerana pelbagai sebab, seperti no telefon lama hilang atau kena block.

Kami telah sediakan pelbagai cara tukar nombor telefon RHB, sila ikuti langkah kemaskini no telefon RHB berikut.

Cara Tukar No Telefon RHB
Cara Tukar No Telefon RHB

Cara Tukar No Telefon RHB Secara Online

RHBNow merupakan perkhidmatan online banking yang disediakan oleh RHB Bank, Anda boleh menukar no telefon lama dengan yang baru melalui perkhidmatan ini.

  1. Log masuk ke akaun RHB Now Internet Banking
  2. Pilih halaman profil (Profil Page).
  3. Kemaskini / Tukar Nombor Telefon dan semak nombor telefon baru, pastikan no yang Anda masukkan betul.
  4. Selesai.

Tukar No Telefon RHB Bank di ATM

RHB Bank menyediakan perkhidmatan kemaskini nombor telefon RHB melalui mesin ATM. Berikut adalah langkah cara kemaskini no telefon RHB di ATM:

  1. Pergi ke mesin ATM RHB Bank berhampiran.
  2. Masukkan kad ATM RHB Bank dan No PIN Anda.
  3. Tekan menu LAIN-LAIN (OTHERS).
  4. Tekan bahagian Pendaftaran / Kemaskini Nombor Telefon (Mobile Number Registration / Update).
  5. Pilih sama ada RHB Now OTP/Update Mobile Number.
  6. Masukkan no telefon baru Anda. Semak nombor telefon baru, pastikan nombor telefon Anda betul, selepas itu tekan Sahkan (Confirm).
  7. Selesai. Resit akan keluar dari mesin ATM sebagai rujukan bahawa kemaskini no telefon Anda berjaya.

Tukar Nombor Telefon RHB di Cawangan

Kami nasihatkan Anda untuk membuat penukaran no telefon lama dengan yang baru di bank RHB, sebab pegawai bank boleh bantu Anda dengan cepat dan boleh jawab pertanyaan Anda.

Sila ikuti langkah cara tukar no handphone RHB di bawah:

  1. Kunjungi cawangan RHB Bank terdekat dengan membawa IC/Kad Pengenalan, wang dan Kad Debit/ATM.
  2. Ambil nombor giliran
  3. Jika nombor giliran Anda dipanggil oleh customer service RHB.
  4. Beritahu pegawai bank bahawa Anda ingin mengemas kini nombor telefon lama dengan yang baru.
  5. Pegawai bank akan berikan borang yang mesti Anda lengkapkan, berikan no IC dan no telefon baru Anda.
  6. Tunggu 2 minit, no telefon baru Anda siap digunakan untuk keperluan OTP atau TAC.

Anda akan menerima panggilan pengesahan dari bank RHB. Dan notification email serta sms untuk beritahu yang proses tukar nombor handphone sudah berjaya.

Sekiranya Anda mahu, Anda juga boleh renew kad kad RHB Bank yang telah tamat tempoh.

Tukar No Telefon RHB Bank Melalui Customer Care

Selain tukar no telefon melalui ATM, Online dan Kaunter, Anda juga boleh membuat penggantian no telefon RHB lama dengan yang baru melalui customer cara RHB.

  1. Hubungi nombor Customer Care 1800 323 0100 atau Contact Centre at +603 9145 1388 (luar negara).
  2. Bagitahu pegawai bank bahawa Anda mahu tukar no telefon lama dengan yang baru.
  3. Pegawai bank akan minta informasi peribadi Anda seperti nama, no kad pengenalan, no kad ATM dan no account bank.
  4. Setelah itu, pegawai bank akan kemaskini nombor handphone lama dengan yang baru.

Soalan Lazim

Berikut adalah senarai soalan lazim yang boleh bantu jawab pertanyaan Anda.

1. Macam mana nak tukar no telefon lama dengan no telefon baru tanpa kad ATM?

Penukaran nombor telefon bagi tujuan OTP perlu dilakukan menerusi ATM. Sila rujuk langkah berikut:

  1. Masukkan kad Debit/ATM
  2. Masukkan PIN
  3. Pilih Bahasa
  4. Pilih Lain-Lain
  5. Pilih Pendaftaran Nombor Telefon Bimbit
  6. Pilih RHB Now OTP
  7. Masukkan Nombor Telefon
  8. Tekan Betul.

2. Bolehkah menukar nombor telefon melalui aplikasi RHB Now?

Anda perlu mengunjungi mana-mana Cawangan RHB Bank yang berhampiran untuk mengemaskini nombor telefon anda melalui kaunter untuk perkhidmatan OTP RHB Now atau transaksi kad / pembelian atas talian (3D OTP).

3. Boleh tak kalau nak tukar no handphone untnk online banking kita call centre sahaja?

Dimaklumkan sekiranya nombor telefon tersebut masih belum didaftarkan di Bank, anda perlu lakukan kemaskini di kaunter cawangan.

4. Saya dah pergi kaunter untuk tukar nombor OTP, dah isi borang dan staff RHB cakap kena tunggu dalam masa 24 jam untuk update. Sekarng ni dah lebih 24 jam tapi masih tak dapat lagi apa-apa message dari RHB, apa perlu buat?

Sila hubungi Customer Care 1800 323 0100 atau Contact Centre at +603 9145 1388 (luar negara) untuk dapatkan bantuan.