Cara Tukar No Telefon Public Bank

Nombor telefon yang Anda gunakan untuk transaksi perbankan internet Public Bank mungkin perlu ditukar segera. Sebab ia perlu ditukar kerana nombor itu tidak aktif, hilang, disekat, atau telefon bimbit dicuri. Jika hal ini berlaku kepada Anda, Anda dinasihatkan untuk segera menukar nombor HP Public Bank Anda agar Anda dapat menerima kod PAC Public Bank.

Kenapa perlu diganti secepat mungkin? Jika nombor itu hanya ditamatkan atau disekat ia tidak akan menjadi masalah besar. Walau bagaimanapun, jika nombor tersebut hilang atau dicuri, ia mungkin memberi kesan negatif pada baki akaun Public Bank Anda.

Pencuri HP boleh membuat transaksi kewangan, sama ada pemindahan atau pembayaran e-commerce tanpa kebenaran/izin Anda. Atau Anda juga ingin kemaskini no telefon untuk menerima PAC.

Cara Tukar No Telefon Public Bank

Cara Tukar No Telefon Public Bank di Cawangan

Ikuti langkah-langkah cara update mobile phone number Public Bank melalui cawangan di bawah ini:

  1. Kunjungi cawangan Public Bank yang berhampiran.
  2. Pastikan Anda membawa beberapa dokumen sokongan seperti Kad ATM, buku simpanan Public Bank dan Kad Pengenalan.
  3. Maklumkan kepada pegawai Public Bank bahawa Anda ingin menukar no telefon public bank anda.
  4. Pegawai Public Bank akan meminta nombor telefon baru Anda.
  5. Tunggu beberapa minit, pegawai Bank akan mengemas kini nombor telefon Anda.
  6. Selesai.

Cara Menukar No Telefon Public Bank Melalui ATM

Anda juga dapat tukar no telefon Public Bank melalui ATM:

  1. Pergi ke ATM Public Bank terdekat.
  2. Masukkan Kad Debit Public Bank Anda.
  3. Masukkan PIN ATM.
  4. Kemudian, pilih Register/Change PAC Mobile.
  5. Masukkan Nombor Telefon Baru Anda.
  6. Akan tertera maklumat pengesahan tukar telefon Anda.
  7. Ambil resit sebagai bukti.
  8. Tahniah, Anda berjaya tukar No Telefon melalui ATM.

Macam mana jika kad ATM Public Bank rosak, hilang atau tamat tempoh? Sila baca cara tukar kad ATM Public Bank hilang, rosak atau expired untuk dapatkan kad ATM baru.

Penukaran Nombor Telefon Melalui Khidmat Pelanggan

Cara terakhir iaitu, Anda boleh tukar no telefon melalui Perkhidmatan Public Bank:

  1. Sila hubungi Khidmat Pelanggan Public Bank di 03-2179-9999
  2. Bincangkan kepada pegawai Public Bank bahawa Anda ingin tukar no telefon.
  3. Kemudian, Anda akan ditanya mengenai beberapa maklumat peribadi akaun Public Bank Anda.
  4. Tunggu beberapa minit, nombor telefon Anda berjaya dikemas kini.
  5. Selesai.

FAQ Public Bank

Berikut ini beberapa soalan lazim yang berkaitan dengan Public Bank:

1. Apa itu PAC?

PAC merupakan kod pengesahan 6 digit yang dihasilkan oleh sistem. Setiap PAC adalah unik dan bertindak sebagai lapisan keselamatan tambahan untuk melindungi akaun perbankan Anda.

2. Bagaimana jika saya tidak log masuk lebih daripada enam bulan?

Akaun PBe Anda akan disekat kerana kebimbangan keselamatan. Anda dapat hubungi Sokongan Pelanggan PBe di 03-2179-9999 untuk menyahsekat akaun Anda.

3. Bolehkah saya melakukan transaksi perbankan online pada hujung minggu?

PBe memberi Anda kemudahan untuk melakukan transaksi perbankan pada bila-bila masa dan pada bila bila hari, malah pada hujung minggu dan cuti.

4. Macam mana cara menukar no telefon Public Bank secara online?

Buat masa kini penukaran nombor telefon tiada tersenarai dalam Perkhidmatan Pbe Bank

Jika Anda mendapat permasalahan untuk proses penukaran nombor phone Public Bank Anda atau tiada penerimaan PAC selepas kemaskini nombor telefon Anda, Anda boleh hubungi Pusat Panggilan Public Bank di talian 03-2179 9999 atau kunjungi cawangan Public Bank terdekat.