Cara Tukar No Telefon OCBC Bank

OCBC Online Banking adalah perkhidmatan yang diperkenalkan OCBC Bank untuk memudahkan aktiviti harian pelanggannya agar dapat menjalankan transaksi keluar wang dan masuk wang secara online. Perkhidmatan ini boleh Anda akses pada bila-bila masa selama 24 jam melalui peranti handphone, laptop dan komputer.Bagi melaksanakan urusan online banking di OCBC Online Banking, pelanggan mesti mempunyai nombor telefon yang telah berdaftar agar dapat menerima kod atau no TAC/OTP.

Lalu macam mana sekiranya no telefon yang Anda daftar sebelum ini telah disekat, hilang atau tamat perkhidmatan atau Anda mahukan menukar ke no telefon yang baru?

Disini kami kongsikan cara update nombor telefon OCBC Online Banking bagi keperluan OTP.

Cara Tukar No Telefon OCBC Bank

Kenapa Perlu Menukar Nombor Telefon OCBC?

Kepada pengguna yang hadapi masalah seperti nombor telefon sudah tidak aktif (expired)/disekat, no telefon hilang dan tidak boleh digunakan lagi untuk membuat urusan perbankan dan juga ingin update no HP untuk menerima no TAC/OTP atas beberapa perkara berikut:

  • Anda perlu mendaftar no HP Anda sahaja untuk tujuan TAC/OTP
  • Jangan sesekali mendaftar no HP orang lain.
  • TAC diperlukan untuk transaksi online banking dan TAC/OTP berfungsi untuk melindungi daripada akses tidak dibenarkan ke akaun anda
  • Anda hanya dibenarkan mendaftar satu nombor telefon bimbit bagi setiap pendaftaran.

Cara Tukar Nombor Telefon OCBC Bank Melalui ATM

Langkah-langkah cara tukar no telefon OCBC Bank melalui ATM:

  1. Sila pergi ke mesin ATM OCBC yang berhampiran.
  2. Masukkan Kad Debit OCBC Bank Anda serta PIN Kad.
  3. Kemudian, pergi ke menu Pertukaran/Kemaskini no telefon.
  4. Masukkan Nombor Telefon Asal Anda.
  5. Seterusnya, masukkan No Telefon Baru.
  6. Ikuti arahan seterusnya sehingga berjaya.
  7. Ambil resit transaksi sebagai rujukan.
  8. Selesai.

Kemaskini No HP OCBC Bank Melalui Cawangan

Ikuti juga panduan cara tukar no telefon OCBC Bank melalui cawangan OCBC:

  1. Sila pergi ke cawangan OCBC Bank terdekat.
  2. Pastikan Anda membawa beberapa dokumen mengenai akaun Anda seperti Kad ATM, buku simpanan dan Kad Pengenalan.
  3. Bincangkan kepada pegawai Bank OCBC bahawa Anda ingin tukar nombor telefon.
  4. Isikan borang permohonan tukar No Telefon.
  5. Tunggu beberapa minit untuk mengesahkan.
  6. Pegawai bank berjaya kemaskini nombor telefon Anda.
  7. Selesai.

Cara Tukar No Telefon OCBC Bank Melalui Online

Langkah-langkah cara tukar no telefon OCBC Bank melalui pautan rasmi OCBC Bank:

  1. Lawati pautan rasmi OCBC Bank https://internet.ocbc.com.my
  2. Masukkan Login ID akaun Anda.
  3. Klik Next.
  4. Klik Confirm untuk sahkan Security Image dan Security Phrase.
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Klik Login.
  7. Selepas Anda login, klik Settings untuk kemaskini nombor telefon.
  8. Ikuti arahan seterusnya sehingga berjaya.
  9. Selesai.

Cara Tukar No Telefon OCBC Bank Melalui Perkhidmatan Pelanggan OCBC Bank

Cara terakhir iaitu, Anda dapat tukar no telefon OCBC Bank melalui Perkhidmatan pelanggan OCBC Bank:

  1. Hubungi Perkhidmatan Pelanggan OCBC Bank di 03-8317-5000
  2. Maklumkan kepada pegawai OCBC Bank bahawa Anda ingin tukar no telefon.
  3. Seterusnya, Anda akan diminta beberapa maklumat mengenai akaun Anda.
  4. Tunggu beberapa minit untuk proses pengesahan, no telefon Anda berjaya dikemaskini.
  5. Selesai.

Apa itu One Time Passcode (OTP)?

One Time Passcode (OTP) adalah password 6 digit angka yang dihantar ke telefon bimbit Anda jika Anda membuat transaksi kewangan online. Anda akan menerima kod OTP Anda dalam masa sepuluh (10) saat dari masa maklumat kad Anda dihantar ke laman sesawang saudagar. OTP hanya sah untuk satu kali transaksi dan hanya boleh digunakan dalam masa tiga (3) minit sahaja.