Cara Tukar No Telefon BSN

Perkhidmatan Perbankan BSN (myBSN) adalah salah satu ciri yang disediakan oleh BSN untuk para pelanggannya, perkhidmatan ini dapat memenuhi pelbagai keperluan transaksi bukan tunai untuk pelanggannya.

Dengan ciri ini, para pelanggan BSN dapat membuat transaksi kewangan dengan mudah dan selesa.

Sebagai pelanggan perkhidmatan Bank Simpanan Nasional (BSN) saya betul-betul sangat terbantu dengan wujudnya perkhidmatan MyBSN.

MyBSN membantu saya dalam membuat pelbagai transaksi seperti bayar elektrik, semak baki, hantar wang dan topup kredit phone.

Untuk melakukan pelbagai transaksi di Bank BSN memerlukan nombor telefon yang aktif dan sudah berdaftar.

Cara Tukar No Telefon BSN

Cara Tukar No Telefon BSN

Ramai yang bertanya, macam mana tukar no telefon BSN sekiranya saya mau pakai nombor telefon baru sebab no telefon lama hilang atau tamat tempoh?

Penukaran no telefon BSN ini untuk tujuan internet banking, penerimaan no OTP atau TAC dan juga BSN SMS banking.

Sebagai makluman, untuk menukar no telefon BSN sekarang sudah tidak boleh dilakukan di mesin ATM. Makluman tersebut telah di maklumkan oleh pihak bank BSN.

Nota 1 Maret 2018 : Mengemas kini nombor telefon bimbit Anda melalui mesin ATM BSN tidak lagi akan disediakan. Sekiranya Anda telah menukar nombor telefon baru, sila lawati mana-mana cawangan BSN untuk mengemaskini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Contact Centre BSN di 1300 88 1900.

Anda hanya dibenarkan untuk membuat pertukaran atau pengemaskinian melalui kaunter BSN, jadi Anda perlu pergi ke mana-mana kaunter/cawangan BSN berhampiran untuk membuat pertukaran atau pengemaskinian nombor telefon.

Syarat Tukar Nombor Telefon BSN

Syarat yang mesti Anda sediakan semasa proses mengemas kini di cawangan bank BSN iaitu Anda mesti membawa:

  • Kad ATM Debit/Credit
  • Buku Simpanan (jika Anda tidak mempunyai kad ATM)
  • Nombor telefon baru.
  • Wang bila diperlukan.

Langkah Kemaskini No Telefon BSN

Untuk menukar no handphone BSN lama dengan yang baru di cawangan, Anda mestilah membawa senarai syarat diatas untuk memudahkan proses pergantian nombor telefon.

  1. Sila pergi ke mana-mana cawangan BSN terdekat dengan membawa syarat diatas.
  2. Ambil nombor giliran
  3. Tunggu sehingga nombor giliran Anda dipanggil oleh customer service BSN.
  4. Sila cakap bahawa Anda mahu mengemas kini nombor telefon MyBSN.
  5. Pegawai bank akan berikan borang yang mesti Anda isikan, berikan no IC dan no telefon baru Anda.
  6. Tidak perlu masa yang lama, nombor baru Anda sudah berdaftar.

Selepas Anda berjaya membuat pengemaskinian atau penukaran no HP BSN lama dengan yang baru, Anda dinasihatkan untuk log masuk atau mendaftar MyBSN Anda dalam tempoh 24 jam.

Sekiranya Anda mempunyai masalah selepas membuat pertukaran no telefon BSN, Anda boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan BSN di talian 1-300-88-1900

Waktu Operasi BSN

Sebelum pergi ke kaunter cawangan BSN, Anda mesti tahu terlebih dahulu waktu operasi BSN di Malaysia. Waktu operasi cawangan BSN di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak ialah Isnin hingga Jumaat sahaja.

Semua Negeri kecuali Kelantan, Terengganu & Johor

  • Isnin – Khamis: 10:00AM – 3:00PM
  • Jumaat: 10:00AM – 3:00PM
  • Sabtu/Ahad/Cuti Umum: TUTUP

Kelantan dan Terengganu

  • Ahad- Rabu: 10:00AM – 3:00PM
  • Khamis: 10:00AM – 3:00PM
  • Jumaat/Sabtu/Cuti Umum: TUTUP

Soalan Lazim

Berikut adalah senarai soalan lazim berkaitan dengan tukar no telefon BSN.

1. Kalau yang dah tukar kad baru dan no baru tapi acc bank yang sama kan? maksudnya kad tu active ke? Dan kalau nak ada online banking tu nak tunggu 24 jam juga ke?

Biasanya bila kita tukar kad bank kita kena buat pendaftaran online banking yang baru. Untuk tunggu 24 jam tu kami tak pasti, sila cuba buat dulu sahaja, kalau tiadak boleh cuba buat selepas 24 jam pula ye.

2. Saya pelajar tidak ada online banking, baru nak register. Kan ada minta OTP number guna no handphone lama, macam mana nak tukar no handphone baru tanpa pergi ke kaunter bank?

Anda perlu pergi ke kaunter untuk kemaskini no telefon lama dengan yang baru, sebab sekarang ini kebanyakan bank kena ke kaunter untuk kemaskini nombor telefon.

3. Boleh tak kalau satu number guna untuk 2 account mybsn?

Boleh

4. Kalau kita nak tukar number telephone akuan bank, berapa ringgit dia mintak ye?

Percuma, tapi kami nasihatkan Anda untuk membawa RM15.

5. Kalau nak pergi kemaskini no fon ni, wajib ke bawa buku bank atau ke kad kredit sahaja dah cukup?

Sila bawa kad bank dan IC sahaja, buku bank diperlukan jika Anda tidak mempunyai kad ATM.

6. Kemaskini no telefon BSN di ATM boleh ke?

Tak boleh, mesti pergi ke kaunter untuk kemaskini no telefon lama dengan yang baru.

Itulah maklumat terkini, bagaimana nak tukar no telefon BSN lama dengan yang baru.

Baca juga apa boleh buat sekiranya Anda lupa nombor akaun Bank BSN

Sebagai pelanggan BSN, Anda boleh menikmati perkhidmatan perbankan BSN untuk pelbagai transaksi kewangan yang Anda perlukan.

Untuk menikmatinya dengan selamat, pastikan Anda mematuhi semua arahan yang berkaitan dengan perkhidmatan ini.

Sentiasa berhati-hati, supaya semua urus niaga Anda dengan perkhidmatan ini dapat berjalan dengan selamat.