Cara Tukar No Telefon Agrobank Kemaskini No HP

Terdapat beberapa sebab mengapa pelanggan Agrobank ingin menukar nombor HP mereka yang telah digunakan selama ini. Bermula dari no telefon expired, nombor telefon hilang ataupun masalah keselamatan.

Dalam artikel ini, kami akan tunjukkan kepada Anda cara menukar nombor telefon Agrobank yang betul.

Ada dua pilihan yang boleh Anda lakukan iaitu kemaskini no telefon Agrobank di ATM dan menukar nombor telefon melalui cawangan Agrobank terdekat.

Cara Tukar No Telefon Agrobank
Cara Tukar No Telefon Agrobank

Cara Tukar No Telefon Agrobank di Kaunter

Cara seterusnya untuk menukar nombor telefon Agrobank Anda adalah dengan mengunjungi cawangan Agrobank yang berhampiran. Cara ini boleh menjadi pilihan kepada Anda yang berada di lokasi sekitar cawangan Agrobank.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh Anda ikuti untuk menukar nombor Agrobank Anda di cawangan terdekat:

1. Sediakan Dokumen

Langkah pertama yang perlu Anda ambil ialah menyediakan dokumen peribadi. Dokumen yang dimaksudkan, seperti kad debit Agrobank, buku bank (optional), kad pengenalan dan nombor telefon baharu.

2. Kunjungi cawangan terdekat

Langkah seterusnya pergi ke cawangan Agrobank terdekat. Selepas masuk ke bank, Anda akan diminta untuk mengambil nombor giliran. Tunggu di ruang yang disediakan sehingga nombor giliran Anda dipanggil.

3. Minta Pegawai Menukar Nombor Telefon Agrobank

Apabila nombor giliran Anda dipanggil, beritahu pekerja bank bahawa Anda ingin menukar nombor telefon Anda.

Berikan dokumen yang diminta oleh pegawai bank. Untuk proses pengesahan, Anda akan ditanya beberapa soalan oleh pegawai bank. Jawab semua soalan ini dengan betul.

4. Tunggu Sehingga Proses Penukaran Nombor Telefon Agrobank Selesai

Pegawai bank akan memproses penukaran nombor telefon Agrobank Anda. Anda hanya perlu menunggu sehingga proses selesai.

Untuk menukar kad bank, Anda boleh baca artikel cara tukar kad debit Agrobank.

Kemaskini Nombor Telefon Agrobank di ATM

Pada masa ini, Anda boleh menukar nombor Agrobank Anda melalui ATM. Anda boleh memilih kaedah ini apabila Anda tidak mempunyai masa lapang untuk pergi ke bank.

Berikut adalah langkah yang boleh Anda ambil untuk menukar nombor Agrobank Anda melalui ATM:

  1. Sila pergi ke mesin ATM Agro Bank terdekat.
  2. Masukkan Kad Debit dan PIN Anda.
  3. Pilih menu Others/Lain-Lain.
  4. Pilih Update Phone Number atau Kemaskini No HP.
  5. Masukkan Nombor Telefon Baru Anda.
  6. Tekan Teruskan/Proceed.
  7. Selesai.

Cara Tukar Nombor Telefon Agrobank Online

Ramai yang bertanya, macam mana cara kemaskini nombor telefon Agrobank secara online? Pada masa ini, penukaran no HP Agrobank hanya boleh dilakukan di kaunter sahaja. Di laman website AgroNet atau aplikasi AgroNet, tiada tersenarai menu tukar nombor telefon.

Adalah dimaklumkan, untuk sebarang permohonan pengemaskinian nombor telefon bagi akaun perbankan internet (AgroNet) ianya hanya boleh dilaksanakan setelah pelanggan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Agrobank di talian 1-300-88-2476 untuk pengesahan makumat bagi tujuan keselamatan.

Pengesahan keselamatan pemilik akaun perlu dilakukan sebelum membuat sebarang pindaan. Namun, sebarang pertukaran maklumat peribadi bagi akaun simpanan Agrobank ianya boleh dilakukan dimana-mana cawangan Agrobank yang berdekatan.