Cara Tukar No Telefon Affin Bank Online Kemaskini

Posted on

Ramai pelanggan Affin Bank yang ingin mengetahui cara tukar no telefon Affin Bank online yang telah didaftarkan dengan Affin Bank dengan nombor baharu tetapi tidak faham langkah-langkahnya.

Jangan risau, kami akan kongsikan cara mudah untuk menggantikan nombor telefon bimbit yang didaftarkan dengan Affin Bank dengan nombor baharu.

Cara Tukar No Telefon Affin Bank
Cara Tukar No Telefon Affin Bank

Cara Tukar No Telefon Affin Bank Online

Ramai yang bertanyakan macam mana cara kemaskini nombor telefon Affin Bank melalui online? Perlu Anda ketahui bahawa, penukaran no telefon Affin Bank hanya boleh dilakukan di cawangan Affin Bank sahaja.

Cara Kemaskini Nombor HP di Cawangan

Untuk membuat penukaran nombor telefon bagi menerima kod TAC, Anda dikehendaki untuk melawat mana-mana cawangan Affin Bank terdekat. Kemudian Anda diminta untuk mengisi borang untuk penukaran nombor di kaunter Affin Bank.

Langkah-langkahnya sebagai berikut.

  1. Kunjungi mana-mana cawangan Affin Bank terdekat.
  2. Pastikan Anda membawa kad pengenalan, no telefon baru dan kad ATM (optional)
  3. Beritahu pegawai kaunter bahawa Anda ingin menukar nombor telefon lama dengan nombor telefon baharu
  4. Pegawai bank akan berikan Anda borang yang mesti Anda isikan
  5. Bagi balik borang tersebut, pegawai bank akan tanyakan soalan maklumat peribadi Anda seperti nama ibu dan no telefon baharu
  6. Tunggu 2 minit, nombor telefon Affin Bank berjaya diperbaharui

Waktu Operasi Affin Bank

Dimaklumkan bahawa waktu operasi semua cawangan Affin Bank adalah sebagai berikut.

Semenanjung Malaysia

  • 9:15 pagi – 4:15 petang (Isnin hingga Khamis)
  • 9:15 pagi – 4:00 petang (Jumaat)
  • ​​​​​​​1:00 petang – 2:00 petang (Jumaat) (Tutup untuk cawangan AFFIN ISLAMIC)

Kelantan dan Terengganu

  • 9:15 pagi – 4:15 petang (Ahad hingga Rabu)
  • ​​​​​​​9:15 pagi – 4:00 petang (Khamis)

Sabah dan Sarawak

  • 9:00 pagi – 4:00 petang (Isnin hingga Khamis)

Sila kunjungi cawangan Affin Bank pada hari dan jam bekerja.

Akaun Affin Bank Online Tak Aktif

Sekirannya akaun perbankan Anda tidak aktif, Anda boleh aktifkan selepas mengemaskini data nombor telefon Anda untuk menerima TAC dengan klik OK di mesej ralat yang diterima dan kemudian Anda perlu memasukkan data Anda di Profile Reactivation dan klik Request TAC kemudian Anda perlu klik Continue.

Selepas itu, Anda boleh membuat tetapan baru untuk kata laluan perbankan internet Anda.

Soalan Lazim

1. Apa yang berlaku jika saya kehilangan telefon bimbit saya?

Jika Anda kehilangan telefon bimbit Anda, sila hubungi Pusat Perhubungan Affin Bank di 03-8230 2222 untuk menyekat permintaan TAC.

2. Bagaimanakah cara untuk menukar nombor telefon mudah alih saya untuk TAC dan apakah akibat jika tidak mengemas kini nombor telefon bimbit?

  • Sila daftarkan nombor baharu Anda di cawangan Affin Bank yang berhampiran.
  • Anda tidak dapat melakukan transaksi kerana TAC akan dihantar ke nombor telefon mudah alih yang didaftarkan semasa pendaftaran AffinAlways Anda.

3. Saya mendapat mesej ralat apabila saya memasukkan TAC saya seperti yang diminta, apakah yang perlu saya lakukan?

Pastikan TAC dimasukkan dengan betul dan ia adalah TAC sekali guna, ia belum digunakan lebih awal. Anda boleh menghubungi Pusat Perhubungan Affin Bank di 03 8230 2222 untuk mendapatkan bantuan

4. Apakah yang berlaku jika saya memasukkan TAC yang salah?

Jika Anda memasukkan TAC yang tidak sah sebanyak 3 kali, TAC Anda akan disekat serta-merta. Sila hubungi Pusat Perhubungan Affin Bank di 03 8230 2222 untuk bantuan menyahsekat TAC Anda. Anda juga perlu meminta TAC baharu untuk meneruskan transaksi Anda.

5. Bagaimanakah saya boleh tahu bahawa TAC yang saya terima pada telefon bimbit saya adalah daripada AffinAlways?

Semua TAC daripada AffinAlways akan dihantar daripada nombor kod pendek 66300. Jika terdapat sebarang gangguan perkhidmatan yang tidak dijangka kepada mana-mana platform syarikat telekomunikasi, Anda harus menerima TAC Anda daripada nombor kod panjang yang dibenarkan.