Cara Tukar Kad Bank Islam

Sebab kad ATM Bank Islam tidak boleh digunakan untuk transaksi di mana-mana mesin ATM, salah satu sebabnya ialah ia telah tamat tempoh, jadi penyelesaiannya kad tersebut mesti segera ditukar. Bagaimana mana cara tukar kad ATM Bank Islam yang telah tamat tempoh?

Kad debit Bank Islam mempunyai tempoh sah yang dihadkan oleh tarikh tamat tempoh. Jika kad tersebut telah melebihi tarikh tersebut, Anda tidak boleh menggunakan kad Bank Islam untuk transaksi seperti pengeluaran duit di ATM.

Bank Islam sebelum ini telah memaklumkan tentang penukaran jenis kad ATM daripada yang lama kepada kad ATM yang terbaru.

Jadi, jangan terkejut jika kad ATM Bank Islam lama Anda tidak boleh digunakan lagi. Penyelesaiannya, Anda perlu menukarnya dengan kad ATM jenis baharu di pejabat cawangan Bank Islam terdekat.

Cara Tukar Kad Bank Islam
Cara Tukar Kad Bank Islam

Cara Tukar Kad Bank Islam Tamat Tempoh, Expired atau Rosak

Seperti yang kita tahu, terdapat banyak kegunaan kad ATM untuk membantu menyokong aktiviti perbankan harian kita, salah satunya adalah sebagai alat pembayaran.

Kad ATM juga dianggap lebih cekap untuk menjalankan transaksi perbankan selama 24 jam apabila bank ditutup. Tetapi kerana kesibukan dan lain-lain, kadang-kadang kita terlupa untuk menyemak tempoh sah kad ATM Bank Islam.

Sebenarnya renew kad Bank Islam expired mudah sangat, Anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:

1. Syarat Tukar Kad Bank Islam

Berikut adalah syarat yang perlu Anda bawa sebelum menukar kad Bank Islam.

  • Kad debit/kredit Bank Islam
  • Kad pengenalan
  • Duit secukupnya

2. Cara Menukar Kad Bank Islam Expired

Panduan cara menukar kad Bank Islam:

  1. Datang ke pejabat cawangan Bank Islam berhampiran.
  2. Ambil nombor giliran.
  3. Tunggu no giliran dipanggil.
  4. Bagitahu pegawai bank bahawa kad ATM Bank Islam Anda telah tamat tempoh.
  5. Pegawai bank kemudian memberikan Anda satu borang untuk Anda isi.
  6. Selepas itu, pegawai bank berikan kad debit baharu untuk Anda.
  7. Anda diminta membuat PIN (boleh sama dengan kad lama).
  8. Selesai, Anda boleh membawa pulang kad ATM baharu Anda.

Petukaran kad Bank Islam adalah percuma, jika ada caj yang dikenakan boleh tanyakan terus kepada pegawai bank.

3. Cara Tukar Kad Bank Islam Online

Ramai yang bertanyakan boleh ke tukar kad Bank Islam secara online? Kami dan confirm melalui nombor +603 26 900 900 dan +603 2088 8000, pada masa ini Bank Islam tidak menyediakan perkhidmatan tukar kad Bank Islam secara online.

Pertukaran kad Bank Islam hanya boleh dilakukan di Bank Islam sahaja.

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan lazim berkaitan dengan kad Bank Islam tamat tempoh/expired dan rosak.

1. Adakah kad debit baru mempunyai no PIN yang sama?

PIN untuk kad debit baru Anda akan sama dengan yang lama, tapi Anda juga boleh menukar PIN lama dengan yang baru.

2. Saya ingin renew kad Bank Islam, tapi boleh ke kalau saya wakilkan ayah/ibu saya untuk tujuan pertukaran?

Urusan pertukaran perlu dilakukan oleh pemilik akaun sahaja.

3. Untuk pembaharuan kad debit, boleh ke kita buat awal sebulan dari tarikh expired dia?

Boleh. Sila bawa kad yang asal untuk tujuan pembaharuan tersebut di mana-mana cawangan Bank Islam yang berdekatan.

4. Saya dah memperbaharui kad saya pada hari ini. Bagaimana dengan transaksi pada kad lama saya? Bagaimana saya hendak tamatkan debit kad tersebut?

Adakah ini merujuk kepada pembayaran auto-debit dari kad lama ? Sekiranya ya, sila kongsikan maklumat kad baru kepada pihak berkenaan bagi meneruskan penolakan.

5. Kad debit tamat tempoh. Adakah urusan bank secara online juga tidak dapat dilakukan?

Untuk pembelian secara atas talian menggunakan Kad Debit Bank Islam ianya tidak dapat digunakan sekiranya kad tersebut telah tamat tempoh.

6. Saya punya kad bank islam dah expired. Saya nak pergi renew tapi kad bank tu dah hilang, macam mana ye?

Penggantian kad boleh dibuat di cawangan Bank Islam yang berdekatan dan caj RM 12 akan dikenakan. Sila hubungi Pusat Panggilan di talian 03 26900900 untuk menyekat kad tersebut dengan segera.

7. Kalau kad bank Islam saya expired, tapi dia admit dihospital sekarang ni, boleh hantar wakil tak untuk tukar kad baru?

Jika keadaan pemilik akaun tidak mengizinkan untuk hadir ke cawangan, waris terdekat boleh maklumkan kepada pihak cawangan keadaan pemilik akaun dengan membawa surat sokongan daripada pihak hospital. Pihak cawangan akan bantu berkenaan ini.

8. Untuk perbaharui kad kena buat temujanji dulu ke?

Tak perlu janjitemu Bank Islam. Boleh terus ke cawangan untuk urusan ini.