Cara Tukar Kad ATM Bank Rakyat

Macam mana cara tukar kad debit ATM Bank Rakyat yang telah tamat tempoh/expired atau rosak? Pembaharuan kad debit Bank Rakyat adalah proses penukaran kad debit yang telah mencapai tarikh luput dan akan ditukarkan dengan kad debit yang mempunyai tempoh tarikh luput yang baru.

Kad ATM Bank Rakyat yang telah tamat tempoh biasanya tidak dapat digunakan untuk membuat transaksi di mesin ATM seperti pengeluaran atau membuat transaksi lain. Untuk membuat penggantian kad debit Bank Rakyat yang mencapai tarikh luput, pastikan baki minima akaun simpanan Anda sebanyak RM10.

Bagi Anda yang mempunyai Akaun Simpanan-i yang berstatus pendam dan mempunyai baki RM10 dan ke bawah, akaun Anda akan ditutup dan baki akaun akan diserap sebagai caj perkhidmatan cawangan.

Cara Tukar Kad ATM Bank Rakyat
Cara Tukar Kad ATM Bank Rakyat

Cara Tukar Kad ATM Bank Rakyat Secara Online

Bank Rakyat memberikan kemudahan kepada pelanggan untuk membuat penukaran kad ATM Bank Rakyat secara online melalui iRakyat.

Langkah-langkah cara renew kad ATM Bank Rakyat expired atau tamat tempoh melalui iRakyat.

  1. Lawati laman web i-Rakyat
  2. Log masuk akaun iRakyat Anda
  3. Pilih menu Update Information Tukar Kad ATM Bank Rakyat
  4. Pada laman Update Information sila masukkan Nama Penuh, No IC/Pasport dan Alamat Anda, lepas Anda masukkan maklumat tersebut, klik butang Submit.
  5. Request TAC dan masukkan TAC yang Anda dapat. Klik Submit. Penggantian Kad ATM Bank Rakyat
  6. Sistem akan bagi tahu Anda akan dapatkan kad bank baru dalam masa 14 hari bekerja.
  7. Kad ATM baru akan di hantar ke alamat terkini yang didaftar.
  8. Bila kad ATM Bank Rakyat baru Anda telah di pos/hantar, Anda akan mendapatkan SMS pemberitahuan yang berisikan informasi nombor PIN sementara untuk kad Bank Rakyat baru. Tukar Kad Debit Bank Rakyat
  9. Sekiranya kad ATM Bank Rakyat baru dah sampai, Anda kena tukar no PIN kad bank untuk aktifkan kad tersebut.

Tidak ada SMS yang masuk ke handphone Anda? Sila tukar no telefon Bank Rakyat atau kemaskini no handphone Bank Rakyat lama dengan yang baru.

Cara Tukar PIN Kad ATM Bank Rakyat

Apabila Anda mengemaskini maklumat alamat di i-Rakyat Anda akan menerima nombor PIN sementara melalui SMS dan Anda perlu membuat penukaran nombor PIN di mesin ATM Bank Rakyat yang berhampiran.

Langkah-langkah cara tukar PIN Kad Bank Rakyat untuk aktifkan kad ATM Bank Rakyat baru.

  1. Sila pergi ke mesin ATM Bank Rakyat
  2. Masukkan kad ATM Bank Rakyat baru
  3. Masukkan nombor PIN sementara yang telah Anda dapatkan daripada SMS
  4. Cari menu Tukar Nombor PIN
  5. Selepas itu, sila masukkan nombor PIN baru
  6. Sekiranya Anda telah berjaya tukar nombor PIN, Anda akan dapatkan resit yang keluar dari mesin ATM
  7. Selesai

Cara Tukar Kad ATM Bank Rakyat di Cawangan

Jika Anda tidak mempunyai Kad ATM dan Anda tidak mempunyai akaun i-Rakyat, Anda perlu hadir di cawangan Bank Rakyat terdekat bagi tujuan pembaharuan kad debit.

  1. Pergi ke mana-mana cawangan Bank Rakyat berhampiran dengan membawa kad pengenalan/IC dan kad ATM lama
  2. Ambil nombor giliran.
  3. Sekiranya nombor giliran Anda di panggil, bagi tahu pegawai bank bahawa Anda ingin menukar kad ATM Bank Rakyat lama dengan yang baharu.
  4. Berikan kad pengenalan dan kad ATM lama Anda kepada pegawai bank.
  5. Pegawai Bank Rakyat akan berikan form untuk Anda lengkapkan. Selepas itu bagi balik borang tersebut kepada pegawai bank.
  6. Tunggu 3 minit, kad ATM Bank Rakyat baru akan diberikan pegawai bank kepada Anda.

Sekiranya Anda telah dapatkan kad ATM baru di cawangan, Anda tidak perlu membuat pengaktifkan kad sebab kad tersebut dah aktif. Kami nasihatkan Anda untuk daftar Bank Rakyat online (iRakyat) untuk membantu memudahkan urusan kewangan Anda.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembaharuan kad Debit-i Bank Rakyat boleh diperolehi melalui:

  • Laman sesawang Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my
  • Perbankan Internet di www.irakyat.com.my
  • Pusat Kad Bank Rakyat di talian 03-26936880

Soalan Lazim

Berikut adalah senarai soalan lazim mengenai penggantian kad Bank Rakyat.

1. Berapa caj yang dikenakan semasa proses penggantian kad Bank Rakyat?

Tiada sebarang caj yang dikenakan kepada pelanggan.

2. Saya telah log masuk iRakyat, tapi tak boleh kemaskini alamat penghantaran, apa perlu buat?

Anda perlu menghubungi talian Pusat Kad di 03-26936880.

3. Macam mana jika saya tidak mempunyai akaun iRakyat dan kad debit Bank Rakyat telah tamat tempoh?

Anda perlu hadir di cawangan Bank Rakyat terdekat bagi tujuan pembaharuan kad debit.

4. Bagaimana jika saya hanya mempunyai Kad Siswa atau Kad Cashless dan telah tamat tempoh, adakah saya akan menerima kad yang sama semasa proses pembaharuan kad?

Pihak bank akan mengenalpasti kad debit pembaharuan yang diperlukan oleh pelanggan. Sekiranya pelanggan masih berada dalam tempoh pengajian dan merupakan pemegang kad cashless, pelanggan akan menerima kad cashless semasa proses pembaharuan kad.

5. Bila kad debit akan dihantar selepas saya mengemaskini maklmat di iRakyat?

Kad debit Anda akan dihantar secara pos ke alamat terkini yang didaftar oleh Anda di laman sesawang www.irakyat.com.my, sila tunggu 14 hari waktu bekerja.