Cara Tukar Bahasa Maybank2u Inggeris ke Malaysia Melayu

Pada masa ini perbankan online sangat penting kerana dapat membantu pengguna membuat banyak transaksi secara online. Salah satu contohnya ialah semak baki, bayar bil, bayar pinjaman, semak sejarah transaksi dan banyak lagi.

Tak perlu kena pergi ke mesin ATM untuk check baki akaun, cukup gunakan aplikasi perbankan di handphone, maklumat mengenai baki akaun terkini akan dipaparkan di skrin.

Maybank2u adalah salah satu perkhidmatan perbankan yang disediakan oleh Maybank untuk pemilik akaun Maybank.

Maybank2u menawarkan kemudahan transaksi kewangan secara online, hanya dengan hujung jari sahaja Anda sudah boleh buat pelbagai transaksi.

Untuk dapat menggunakan perkhidmatan ini, Anda mestilah mempunyai akaun Maybank dan membuat pendaftaran terlebih dahulu.

Sekiranya Anda telah mempunyai akaun Maybank2u dan tak faham English sehingga tak boleh guna Maybank2u, tak perlu risau sebab pihak Maybank telah menambah sokongan bahasa Malaysia pada laman Maybank2u.

Cara Tukar Bahasa Maybank2u
Cara Tukar Bahasa Maybank2u

Cara Tukar Bahasa Maybank2u

Ramai yang bertanyakan macam mana cara menukar bahasa Maybank2u kepada Bahasa Malaysia atau Melayu?

Tentu sahaja dengan adanya pilihan bahasa Malaysia akan sangat memudahkan pengguna memahami fungsi dan menu yang ada di Maybank2u.

Berikut langkah-langkah cara tukar Maybank2u English ke Bahasa Malaysia.

  1. Buka laman web rasmi Maybank2u di pautan https://www.maybank2u.com.my
  2. Pada halaman utama, sila klik Back to the classic Maybank2u Cara Menukar Bahasa Maybank2u
  3. Pada bahagian atas, sila klik Bahasa Malaysia Tukar Bahasa Maybank2u.JPG
  4. Selepas itu sila log masuk akaun Anda untuk membuat sebarang transaksi.

Pada masa ini, Bahasa Malaysia hanya tersedia untuk Maybank2u Classic sahaja, sekiranya ada update terbaru, artikel ini akan kami perbaharui.

Untuk makluman, laman web classic Maybank2u akan segera di tamatkan (discontinued). Sekiranya ada rakan atau kawan yang ingin buka akaun Maybank baru boleh rujuk artikel ni cara buka akaun Maybank online.

Cara Menukar Bahasa di Aplikasi Maybank2u

Kami dah cuba tanya kepada Maybank di laman Facebook Maybank, bagaimana cara menukar bahasa di aplikasi Maybank2u? Jawapan Maybank:

Aplikasi Maybank hanya terdapat dalam bahasa Inggeris. Anda hanya boleh menukar bahasa operasi bagi laman web Maybank2u (www.maybank2u.com.my) daripada Inggeris kepada Bahasa Melayu.

Itu sahaja perkongsian kali ini mengenai cara menukar bahasa Maybank2u, semoga perkongsian diatas membantu Anda.