Cara Transfer Duit Dari Bank Rakyat ke Bank Rakyat

Transaksi pemindahan wang kini lebih mudah dan lebih praktikal. Bagaimana tidak? Kini urusan perbankan boleh dilakukan tanpa perlu kena pergi ke bank atau mesin ATM, cukuplah dengan menggunakan internet banking transaksi boleh dilakukan.

Ramai yang bertanyakan bagaimana cara nak buat pindahan dari bank rakyat ke bank rakyat orang lain. Dalam artikel ini, kami buatkan khas kepada Anda yang ingin membuat pemindahan wang atau transfer dari akaun bank Rakyat Anda ke akaun bank rakyat orang lain dengan menggunakan irakyat.com.my

Sebelum buat pemindahan wang melalui iRakyat, pastikan bahawa Anda sudah mempunyai akaun profil di iRakyat, jika belum mempunyai akaun iRakyat sila baca panduan cara daftar internet banking Bank Rakyat.

Cara transfer duit dari Bank Rakyat ke Bank Rakyat orang lain menggunakan online banking sangat mudah. Cukup dengan mengikuti langkah-langkah yang kami sediakan, untuk maklumat lebih terperinci, sila rujuk penjelasan penuh dalam artikel berikut.

Cara Transfer Dari Bank Rakyat
Cara Transfer Dari Bank Rakyat

Cara Transfer Duit Dari Bank Rakyat ke Bank Rakyat

Bagi Anda yang sudah mempunyai akaun iRakyat dapat terus mengikuti langkah-langkah berikut.

  1. Untuk permulaan Anda perlu buka dulu website irakyat.com.my
  2. Lepas itu Anda masukkan Username dan klik Login
  3. Sila pastikan Pharse keselamatan dan Gambar keselamatan adalah betul, kalau semuanya betul dan tepat Anda masukkan Password iRakyat Anda Cara Transfer Duit Dari Bank Rakyat ke Bank Rakyat Orang Lain
  4. Kemudian Anda klik Login
  5. Di paparan utama ini, jika kita membuat pemindahan wang, kita akan gunakan fungsi Fund Transfer dan untuk buat pemindahan wang dari bank Rakyat ke bank Rakyat orang lain, kita akan gunakan Third Party Account Transfer Duit Dari Bank Rakyat ke Bank Rakyat
  6. Dekat bahagian From Account, kita klik pada Account bank Rakyat kita.
  7. Selepas itu kita perlu masukkan no akaun Bank Rakyat yang kita nak transfer pada bahagian Other Bank Rakyat Account.
  8. Masukkan jumlah wang yang kita nak transfer Cara Transfer Wang Dari Bank Rakyat ke Bank Rakyat
  9. Di bahagian rujukan, Anda bebas taip apa-apa sahaja. Contoh: Wang Belanja
  10. Bahagian Other Payments Details dan Alert Recipient by kita boleh abaikan sahaja.
  11. Bila kita dah siap isi semua butiran maklumat yang di minta, kita perlu klik butang Submit.
  12. Pada bahagian Confirmation, sila semak kembali butiran maklumat dan pastikan semua butiran maklumat tersebut dah betul.
  13. Dan kalau dah betul, Anda klik butang Request TAC
  14. Nombor TAC akan di hantar ke no SMS Anda, so pastikan Anda semak SMS Anda dan bila Anda sudah dapatkan TAC tu. Sila masukkan TAC tersebut. Klik Confirm Transfer Wang Dari Bank Rakyat ke Bank Rakyat
  15. Jika Anda sudah klik Confirm, pastikan dia akan keluar transaksi berjaya
  16. Untuk dapatkan Receipt, Anda klik pada butang Get Receipt
  17. Selesai

Cara Instant Transfer Bank Rakyat

Untuk maklumat bahawa sekarang ini IBFT atau Instant Transfer Bank Rakyat teleha digantikan menjadi DuitNow. Kami akan kongsikan cara instant transfer Bank Rakyat menggunakan DuitNow.

Syarat

Sebelum gunakan perkhidmatan DuitNow, Anda perlu sediakan senarai keperluan di bawah:

  • Anda mesti mempunyai akses ke akaun online bankingi-Rakyat
  • Buat proses pendaftaran DuitNow secara online
  • Anda perlu mendaftar DuitNow walaupun sudah mempunyai akaun online banking Bank Rakyat.

1. Cara Daftar DuitNow Bank Rakyat

Langkah pertama sebelum gunakan DuitNow, Anda mesti daftar dan aktifkan DuitNow terlebih dahulu.

  1. Layari laman web https://www.irakyat.com.my
  2. Log masuk akaun iRakyat Anda
  3. Pilih DuitNow.
  4. Pilih DuitNow ID Registration.
  5. Klik Next.
  6. Pilih DuitNow ID Type,  Mobile number (nombor telefon) atau  I/C Number (MyKad).
  7. Pilih Receiving Account.
  8. Klik pada kotak I hereby agree to Terms & Conditions. Klik Next.
  9. Klik Request TAC. Masukkan kod TAC yang dihantar ke no telefon Anda pada ruangan TAC number. Klik Confirm.
  10. Sistem akan paparkan DuitNow ID Registration successful yang menunjukkan bahawa pendaftaran Anda dah berjaya.
  11. Klik OK
  12. Sampai sini, proses daftar DuitNow dah selesai.

2. Cara Instant Transfer Bank Rakyat Guna DuitNow

Selepas Anda mendaftar perkhidmatan DuitNow, sekarang Anda boleh membuat transaksi guna DuitNow.

  1. Log masuk aka iRakyat
  2. Pilih DuitNow.
  3. Pilih DuitNow pada ruangan Please select your preferable DuitNow features. Klik Next
  4. Masukkan maklumat yang terpapar seperti berikut:
    • Transfer from (pilih Savings Akaun anda).
    • Amaun (RM).
    • Transfer To (pilih New DuitNow ID dan pilih Account Number).
    • Pada ruang Beneficiary Details, masukkan maklumat penerima anda.
    • Masukkan no akaun penerima pada ruang Beneficiary Account Number.
    • Pada ruang Beneficiary Account Type, pilih Savings Account.
    • Pada medan Beneficiary Bank, pilih bank penerima.
    • Masukkan nama penerima pada ruang Beneficiary Name.
    • Masukkan rujukan penerima pada ruang Recipient Reference.
    • Pada ruang Payment Type pula, pilih Fund Transfer.
    • Letakkan Fund Transfer pada ruang Remark.
    • Pada ruang Effective Date, pilih Immediately (hari ini).
    • Klik pada kotak I hereby agree to Terms & Conditions.
    • Klik Next.
  5. Check semula maklumat yang telah Anda isikan, sekiranya dah betul. Klik Request TAC.
  6. Masukkan TAC Number yang telah dihantar ke no telefon anda. Klik Submit.
  7. Transaksi telah berjaya.

Caj Instant Transfer DuitNow

Sehingga kini takde ada apa-apa caj yang dikenakan untuk penerimaan dan pemindahan wang menggunakan Instant Transfer Duit Now dengan jumlah sehingga RM5,000.

Namun, apabila mahu terima atau hantar wang yang berjumlah lebih dari RM5,000, caj minima 50 sen akan dikenakan. Caj ini hanya terpakai untuk pengguna akaun bank individu, dan bukan akaun perniagaan.

Sekiranya ada pembaharuan informasi mengenai caj instant transfer Bank Rakyat, artikel ini akan kami perbaharui.

Baca juga panduan cara kemaskini no telefon Bank Rakyat untuk keperluan TAC. Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga bermanfaat.