Cara Transfer Ambank ke Bank Lain Secara Online

Pada artikel kali ini kami akan membuat perkongsian berkaitan dengan bagaimana cara untuk membuat pindahan wang ataupun cara transfer duit daripada akaun Ambank ke akaun bank lain secara online.

Untuk membuat transfer daripada akaun Ambank Anda perlu ke portal Ambank online banking, pastikan Anda telah mendaftar perkhidmatan perbankan ini sebagai pengguna. Sekiranya Anda belum mempunyai akaun Ambank online banking, Anda boleh baca cara daftar Ambank online banking.

Cara Transfer Ambank ke Bank Lain
Cara Transfer Ambank ke Bank Lain

Cara Transfer Ambank ke Bank Lain

Selepas Anda mempunyai akaun Ambank online banking, boleh ikuti langkah dibawah.

  1. Klik pautan https://ambank.amonline.com.my/
  2. Masukkan Username dan Password Anda, klik Login
  3. Masukkan nombor TAC untuk tujuan keselamatan, nombor TAC ini akan dihantar ke SMS Anda. Sila semak SMS dan masukkan nombor TAC pada ruangan TAC, klik Confirm
  4. Ini adalah paparan utama dalam portal Ambank online banking ataupaun dikenali sebagai AmOnline Panduan Transfer Ambank ke Bank Lain
  5. Untuk membuat transfer ataupun pemindahan wang, Anda perlu klik pada bahagian Transfer Money
  6. Lepas tu pada bahagian atas klik Savings/Current Transfer Ambank ke Bank Lain
  7. Bank Name, pilih nama bank yang Anda nak membuat pemindahan (contoh: Maybank) Cara Transfer Wang Ambank ke Bank Lain
  8. Masukkan nombor akaun penerima
  9. Pada bahagian select a transfer method, pilih DuitNow
  10. Amount, masukkan jumlah yang Anda nak buat transfer, pilih Now
  11. Recipient Reference, boleh Anda abaikan
  12. Klik Continue
  13. Review & Confirm, Anda perlu semak lagi butiran maklumat yang Anda isi tadi, sekiranya maklumat tu dah betul, klik Agree & Continue
  14. Klik Request TAC, seperti biasa nombor TAC akan dihantar ke SMS Anda, masukkan nombor TAC pada ruangan TAC, klik Confirm
  15. Selepas itu, status transaksi berjaya akan dipaparkan Cara Transfer Duit Ambank ke Bank Lain
  16. Sekiranya Anda nak simpan resit transaksi tadi, Anda boleh klik View Receipt dan sekiranya Anda nak save/set akaun penerima tadi sebagai nombor favorite, Anda boleh klik pada bahagian Add to Favorite

Jika Anda menggunakan interbank giro (IBG), interbank giro adalah pemindahan biasa yang mana biasanya dia mengambil masa sikit untuk transferkan duit ke akaun penerima. Jadi kalau Anda nak membuat pemindahan instant transfer atau pemindahan segera sila gunakan kaedah DuitNow.

Kenapa guna ciri DuitNow? DuitNow menyediakan perkhidmatan yang mudah, cekap dan Ambank telah merekanya untuk dimasukkan ke dalam AmOnline dengan ciri-ciri yang lebih mudah difahami dan digunakan pelanggan.

Soalan Lazim

Berikut soalan lazim berkaitan dengan transfer Ambank.

1. Saya ada transfer duit tapi unsuccesful lalu baki duit yang ada dah tolak macam mana nak kembali kan ya ?

Sila cuba call Ambank customer service. Biasanya kalau unsuccessful Ambank akan refund balik ke akaun Anda, biasanya ambik masa 3 hingga 5 hari bekerja

2. Saya baru daftar online banking Ambank, macam mana cara check baki akaun?

Sila login dulu akaun Ambank online banking secara automatik ada terpapar baki akaun Anda.

3. Proses transfer Ambank memang lambat ke macam mana?

Biasanya tak sampai 5 minit pun kalau Anda pakai duitnow tapi kalau Anda pakai interbank giro lambat la sikit.