Cara Mohon Pinjaman GOpinjam TNG E-Wallet Online

Bagi Anda yang terdesak perlukan wang segera, Anda harus berhati-hati dengan tawaran pinjaman online yang menjanjikan pelbagai kemudahan.

Pada zaman ini, terdapat banyak kes perangkap pinjaman haram atau scammer. Agar Anda tidak terjerumus ke dalam perangkap yang merugikan, kami nasihatkan agar Anda membuat pinjaman di aplikasi pinjaman duit rasmi, salah satunya ialah GOpinjam TNG eWallet.

GOpinjam menawarkan pinjaman wang untuk rakyat Malaysia berpendapatan minima RM800 keatas. GOpinjam membolehkan Anda meminjam dari serendah RM100, selain itu Anda juga boleh buat pengeluaran wang segera ke akaun bank ataupun eWallet. Setelah Anda berjaya membuat pinjaman, Anda boleh buat bayaran balik dari 1 minggu sehingga 12 bulan.

Cara Mohon Pinjaman GOpinjam
Cara Mohon Pinjaman GOpinjam

Apa Itu GOpinjam TNG E-Wallet

GOpinjam ialah perkhidmatan yang disediakan oleh TNG Digital Sdn Bhd kepada pelanggan untuk akses dan permohonan pinjaman peribadi melalui ikon GOpinjam dalam aplikasi mudah alih TNG eWallet.

TNG eWallet bekerjasama dengan CIMB Bank Berhad untuk menawarkan CIMB e-Zi Tunai melalui GOpinjam. CIMB e-Zi Tunai ialah produk pinjaman peribadi asas yang tersedia dalam TNG eWallet melalui ikon GOpinjam.

Syarat Mohon Pinjaman GOpinjam TNG

Kelayakan untuk memohon GOpinjam pemohon mestilah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur antara 21 hingga 63 tahun.
  • Mempunyai pendapatan minimum RM800 sebulan.

Anda hanya perlu memuat naik salah satu daripada dokumen berikut melalui aplikasi TNG eWallet untuk membuktikan pendapatan Anda ye:

  • Slip gaji 1 bulan daripada syarikat yang berdaftar di Malaysia.
  • Dokumen penuh penyata KWSP yang menunjukkan caruman 3 bulan.
  • Resit akuan penerimaan e-filing Borang B/BE.

Faedah Pinjaman GOpinjam

Ciri-ciri dan faedah GOpinjam adalah seperti berikut:

  • Jumlah pinjaman fleksibel antara RM100-RM10,000 bergantung kepada kelayakan.
  • Tempoh pinjaman fleksibel antara 1 minggu hingga 1 tahun.
  • Syarat pendapatan rendah iaitu RM800 sebulan.
  • Pengeluaran serta merta apabila pinjaman diterima.

Cara Mohon Pinjaman GOpinjam TNG E-Wallet

GOpinjam yang boleh diakses melalui Touch ‘n Go eWallet dan dihantar sepenuhnya secara elektronik, menawarkan pinjaman peribadi serendah RM100 hingga maksimum RM10,000.

Berikut adalah step cara apply loan GOpinjam Touch n Go eWallet.

  1. Buka aplikasi TNG E-Wallet lalu klik ikon Gopinjam. Cara Mohon Pinjaman GOpinjam TNG E-Wallet
  2. Beritahu pendapatan bulanan Anda untuk mengira kelayakan pinjaman Anda. Mohon Pinjaman GOpinjam TNG E-Wallet
  3. Pilih jumlah pinjaman daripada RM100 – RM10,000.
  4. Pilih tempoh pembayaran balik dari 1 minggu – 12 bulan.
  5. Isi maklumat peribadi dan pilih baki eWallet atau Akaun Bank sebagai akaun Penerima.
  6. Semak butiran permintaan Anda dan klik pada butang Mohon Pinjaman Anda untuk menyerahkan. Cara Mohon Pinjaman GOpinjam TNG
  7. Setelah diluluskan, dapatkan pemberitahuan melalui SMS dan pemberitahuan tolak untuk menerima pinjaman. Status Kelulusan Pinjaman GOpinjam
  8. Klik pada butang Sahkan Penerimaan Anda untuk menerima pinjaman.
  9. Jumlah yang dikeluarkan akan dikreditkan serta-merta ke dalam baki penerimaan pilihan Anda.
  10. Selesai.

Soalan Lazim

Berikut adalah senarai soalan lazim mengenai GOpinjam TNG E wallet.

1. Kenapa takde GOpinjam dalam app TNG saya?

Anda boleh log out daripada applikasi Touch ‘n Go eWallet Anda dan upgrade Touch ‘n Go eWallet Anda kepada versi yang terbaru dan log in balik semula ye.

2. Dah berpuluh kali try tetap keluar paparan “Sorry, you’re unable to proceed”?

Sila hubungi Careline team TNG untuk bantuan selanjutnya.

3. Kenapa page di apps saya appear tak boleh pinjam?

Kemungkinan Anda telah melebihi had harian untuk klik ‘Kira’. Anda boleh melakukannya pada keesokan hari.

4. Kenapa bila saya masuk je pendapatan bulanan dia tls berlaku kesilapan semasa profil diakses?

Anda boleh cuba untuk log out apps Anda dan log in balik untuk re-apply dan isikan semula ye.

5. Kenapa xboleh check amount eligibility?

Seperti yang dinyatakan dalam screenshot, adakah Anda telah masukkan amount gaji yang betul ya? Ataupun kemungkinan Anda telah melebihi had harian untuk klik Kira. Anda boleh melakukannya pada keesokan hari ye.

6. Kenapa mohon RM1500 tak lulus?

Ini boleh disebabkan oleh banyak reason ye, anda boleh semak dengan CIMB bank untuk bantuan yang selanjutnya jika application anda kena reject ya.

7. Boleh cash out masuk akaun bank ke?

Lepas loan dah approved & masuk ke kredit eWallet Anda, Anda boleh pilih fungsi DuitNow untuk transfer duit ke bank anda ye.

8. Kalau dah lulus macam mana nak bayar balik?

Anda boleh rujuk artikel cara bayar pinjaman GOpinjam TNG E-Wallet.

9. Berapa lama boleh lulus ye?

Ada yang on the spot. Ada seminggu dua.

10. Jika bayar lebih dari bulanan yang diminta boleh tak? Macam kita ambil tempoh 6 bulan tapi bayar lebih untuk habiskan dalam masa 4 ke 5 bulan, boleh tak?

Boleh ja tapi rasa tak kurangkan interest.

Di zaman moden seperti hari ini, pinjaman dalam talian sememangnya memberikan penyelesaian yang mudah untuk atasi masalah kewangan Anda. Itu sahaja perkongsian kali ini mengenai cara apply pinjaman GOpinjam Touch n GO eWallet, semoga maklumat diatas bermanfaat untuk Anda.