Cara Mohon Kad Kredit Public Bank

Ramai yang bertanyakan, macam mana cara mohon kad kredit Public Bank, disini kami akan kongsikan maklumat detail syarat, kelebihan, jenis kad kredit dan cara apply kad kredit Public Bank. Public Bank merupakan salah satu bank terbaik di Malaysia yang menyediakan produk kad kredit. Seperti kad kredit secara amnya, kad kredit daripada Public Bank mempunyai ciri yang bermanfaat untuk penggunanya.

Lebih-lebih lagi bagi pelanggan yang mempunyai pekerjaan atau aktiviti yang memerlukan mobiliti di luar negara, dengan adanya kad kredit ini, tidak perlu bingung mencari money charge.

Kad kredit merupakan produk yang berkesan dan praktikal sebagai instrumen/alat pembayaran bukan tunai (non cash). Berbanding dengan perlu membawa wang tunai ke mana-mana, sudah tentu dengan kad kredit ia akan lebih selamat dan boleh digunakan di mana-mana sahaja.

Adakah Anda ingin membuat kad kredit? Jom, kenali lebih lanjut tentang produk kad kredit daripada Public Bank berikut.

Cara Mohon Kad Kredit Public Bank

1. Syarat Mohon Kad Kredit Public Bank

Berikut ini syarat-syarat mohon mengikut jenis pekerjaan masing-masing:

Syarat Umum

Di bawah ini merupakan syarat umum yang mesti sedia ada.

  • Salinan IC (kedua-dua belah pihak)
  • Salinan Pasport dan Permit kerja-hendaklah sah laku sekurang-kurangnya setahun (untuk warga asing/ekspatriat)

1. Pekerja Bergaji

  • Slip gaji bulan terkini dan/atau
  • Penyata EA terkini dan/atau
  • Penyata KWSP dan/atau
  • Surat Pekerjaan/Surat Pengesahan

2. Bekerja Sendiri

  • Penyata Cukai 1 tahun terkini dengan Resit Cukai

3. Pendapatan Berubah

6 bulan terkini daripada yang berikut:

  • Kerja lebih masa seperti yang tertera pada slip gaji
  • Penyata komisen/baucar
  • Penyata Yuran/baucar

3 tahun terkini daripada yang berikut:

  • Penyata dividen/baucar
  • Penyata/baucar faedah (keuntungan)

4. Pendapatan Lain

  • Perjanjian penyewaan dan/atau
  • Penyata Pencen/baucar dan/atau
  • Penyata Anuiti

5. Pendapatan Luar Negara

  • Slip gaji 3 bulan
  • Notis Penilaian 2 tahun terkini (untuk warga Singapura sahaja)
  • Surat Pekerjaan

2. Jenis Kad Kredit Public Bank

Pelbagai jenis Kad Kredit Public Bank yang dapat Anda pilih sesuai dengan keperluan Anda.

Public Bank Credit Bank:

Di bawah ini adalah senarai kad kredit terbaik yang ditawarkan oleh Public Bank.

  • PB Visa Infinite&PB World Mastercard
  • PB Visa Signature
  • PB Visa Platinum & PB Platinum Mastercard
  • PB Quantum
  • PB Visa Gold & PB Gold Mastercard
  • PB-AIA Visa Gold
  • PB-Petron Visa Gold

Public Islamic Bank Credit Card:

Jika Anda ingin menggunakan kad kredit Islam, Anda boleh pilih salah satu jenis kad di bawah ini.

  • Kad Kredit-i Public Islamic Bank Visa Platinum
  • Kad Kredit-i Public Islamic Bank Platinum Mastercard
  • Kad Kredit-i Public Islamic Bank Visa Emas
  • Kad Kredit-i Public Islamic Bank Mastercard Emas

3. Cara Mohon Kad Kredit Public Bank

Selepas Anda mengetahui jenis credit card Public Bank dan berminat untuk mohon kad kredit, Anda boleh ikuti langkah-langkah cara mohon kad kredit Public Bank berikut ini:

  1. Lawati pautan rasmi Public Bank
  2. Pilih Jenis Kad Kredit yang Anda inginkan.
  3. Pada Personal Data, masukkan maklumat Anda secara lengkap. Cara Mohon Kad Kredit Public Bank
  4. Selepas mengisi Personal Data, klik Next.
  5. Pada Residence, masukkan maklumat mengenai kediaman Anda.
  6. Klik Next.
  7. Kemudian, pada Profession, isikan mengenai profesi pekerjaan Anda secara detail. Proffesion Cara Mohon Kad Kredit Public Bank
  8. Pada Additional Information, isikan maklumat tambahan mengenai jumlah penghasilan dan Emergency Contact. Additional Infomation Kad Kredit Public Bank
  9. Seterusnya, pada Submit, baca kemudian scroll ke bahagian bawah.
  10. Klik, Yes, I Confirm.
  11. Masukkan Kod Capctha yang tersedia. Kod Captcha Kad Kredit Public Bank
  12. Klik Submit.
  13. Ikuti langkah-langkah seterusnya sehingga berjaya.
  14. Selesai.

Selepas Anda hantar borang permohonan online tersebut, pihak bank akan segera menghubungi Anda untuk proses interview dan pengesahan.

Itulah maklumat terkini mengenai bagaimana cara memohon kad kredit Public Bank, semoga bermanfaat.