Cara Menggunakan Bank Islam Online Banking BIMB

Jom kita bincang pasal cara menggunakan Bank Islam online banking ni. Memang zaman sekarang, semua orang dok guna online banking kan? Tapi, ada gak yang tak clear camna nak guna betul-betul, terutamanya kalau Anda tengah guna platform dari Bank Islam.

Mesti ramai yang pening kepala tak paham benda alah ni, especially bila kena buat pindah duit, check baki, atau bayar bil online. Ada la jugak yang dok cari-cari cara senang nak guna online banking Bank Islam ni tapi tak jumpa.

So, aku nak kongsi la dengan Anda panduan langkah demi langkah cara guna Bank Islam online banking ni. First thing first, Anda kena tau macamana nak daftar. Aku akan tunjuk pengalaman aku cara daftar Bank Islam online banking Anda dengan mudah.

Lepas tu, bila dah ada akaun, aku akan guide Anda macamana nak log in betul-betul. Tak nak la Anda terkelam-kelam dalam tu, kan?

Cara Menggunakan Bank Islam Online Banking
Cara Menggunakan Bank Islam Online Banking

Login Bank Islam Online Banking

Untuk dapat membuat transaksi secara online di bankislam.biz, pastikan Anda sudah log masuk di sistem Bank Islam.

Berikut merupakan langkah-langkah cara login Bank Islam online banking.

  1. Buka laman website Bank Islam https://www.bankislam.biz
  2. Klik Internet Banking Login
  3. Masukkan User ID dan Password Anda
  4. Selesai

Selepas Anda berjaya log masuk sistem Bank Islam online banking, Anda boleh buat sebarang transaksi contoh semak baki akaun Bank Islam online.

Account Summary

Pada menu ini Anda boleh dapatkan sejarah transaksi duit keluar dan masuk. Sejarah akaun Anda tersedia untuk dilihat sehingga 3 bulan dan aktiviti kad BIC Anda tersedia untuk dilihat sehingga 12 bulan

Ikuti langkah di bawah untuk melihat sejarah transaksi Bank Islam Anda:

  1. Pertama sekali, sila log masuk akaun Bank Islam online Anda.
  2. Selepas itu klik Account Summary ringkasan akaun Anda akan dipaparkan
  3. Klik Account Number untuk melihat butiran akaun Anda
  4. Klik Account History untuk melihat sejarah transaksi akaun Anda
  5. Klik Account Group untuk melihat senarai deposit berjangka dan pelaburan Anda
  6. Klik Certificate Number untuk melihat butiran sijil Anda
  7. Klik bahagian Bank Islam Card-i untuk melihat Ringkasan Kad BIC
  8. Klik Card Number untuk melihat butiran dan aktiviti kad Anda
  9. Print transaksi untuk rekod Anda sendiri

Download Penyata Bank

Bank statement atau dikenali penyata bank merupakan rekod transaksi kewangan dalam akaun. Pengeluaran wang di ATM, transfer wang, bayar bil dan semua transaksi yang berlaku di akaun Anda akan di rekodkan secara detail.

Anda boleh mencuba ciri ini dengan syarat e-penyata tersedia selepas Anda melanggan perkhidmatan E-Penyata. Jika Anda belum melanggan perkhidmatan E-Penyata, sila teruskan ke E-Statement Maintenance terlebih dahulu

Untuk melihat e-penyata, Anda perlu memasang/install Adobe Acrobat Reader pada komputer Anda. Jika Anda tidak mempunyai software tersebut, sila muat turun percuma dari www.adobe.com dan ikut arahan pada skrin.

Ikuti langkah di bawah:

  1. Pilih E-Penyata/E-Statement
  2. Pilih Download
  3. Pilih Account / Card daripada senarai
  4. Klik Submit
  5. Senarai akaun E-Penyata Anda akan dipaparkan
  6. Pilih dan klik pada Tarikh Penyata tertentu untuk memuat turun E-Penyata Anda ke komputer Anda
  7. Pilih Open untuk melihat pada komputer Anda
  8. Pilih Save dan ikut arahan pada skrin untuk menyimpan salinan PDF E-Penyata pada komputer Anda untuk tujuan penyimpanan rekod

Cara Transfer Bank Islam (Funds Transfer)

Amaun pindahan wang tertakluk kepada jumlah had agregat harian Own Account Transfer

Untuk buat pindahan dana atau tranfer duit, sila ikuti langkah di bawah:

  1. Pilih Within Bank Islam
  2. Pilih Own Account
  3. Pilih From Account daripada senarai (dari akaun)
  4. Pilih To Account daripada senarai (tujuan transfer)
  5. Masukkan Transfer Amount/Jumlah duit yang ingin di hantar
  6. Tarikh Berkuatkuasa ditetapkan secara default kepada Hari Ini (Today). Untuk menetapkan permintaan bertarikh masa hadapan, klik pada Penyemak Tarikh (Date Checker)
  7. Masukkan Perihalan Pemindahan untuk rujukan, contoh transfer gaji
  8. Klik Transfer untuk meneruskan ke halaman seterusnya
  9. Sahkan Butiran Pemindahan
  10. Klik Confirm
  11. Cetak transaksi untuk rekod Anda sendiri

Cara Transfer Bank (Within Bank Islam to Third Party Account)

Ikuti langkah di bawah:

  1. Pilih Dalam Bank Islam/Within Bank Islam
  2. Pilih Akaun Pihak Ketiga/Third Party Account
  3. Pilih Daripada Akaun/From Account daripada senarai
  4. Pilih Jenis Pemindahan/Transfer Type daripada senarai
  5. Masukkan Jumlah Pindahan/Transfer Amount
  6. Tarikh Berkuatkuasa (Effective Date) ditetapkan secara lalai kepada Hari Ini. Untuk menetapkan permintaan bertarikh masa hadapan, klik pada Penyemak Tarikh (Date Checker)
  7. Pilih Jenis Penerima/Recipient Type
  8. Jika Jenis Penerima = Penerima Terbuka (Open Recipient), masukkan Akaun Penerima
  9. Jika Jenis Penerima = Penerima Kegemaran (Favourite Recipient), pilih Penerima Kegemaran daripada senarai juntai bawah
  10. Masukkan Rujukan Penerima/Recipient Reference
  11. Masukkan Butiran Pembayaran Lain/Other Payment Details
  12. Masukkan E-mel Penerima
  13. Klik Transfer untuk meneruskan ke halaman seterusnya
  14. Sahkan Butiran Pemindahan
  15. Klik Request Kod i-Access
  16. Kod i-Access 10 aksara unik akan dihantar ke nombor mudah telefon Anda yang berdaftar melalui SMS
  17. Sahkan 4 aksara pertama pada skrin dan masukkan 6 digit terakhir untuk melengkapkan permintaan transaksi Anda
  18. Klik Sahkan untuk menyerahkan permintaan Anda untuk pemprosesan
  19. Cetak transaksi untuk rekod Anda sendiri

Nota:

  • IAC diperlukan untuk Penerima Terbuka (Open Recipient)
  • Amaun pindahan tertakluk kepada jumlah agregat harian Pihak Ketiga Dalam Bank Islam, Interbank GIRO (IBG) dan Had Pindahan Segera Antara Bank (IBFT) Anda
  • Sila pastikan Anda telah memasukkan butiran yang betul
  • Dana akan tersedia dalam akaun Penerima serta-merta selepas selesai pemindahan
  • Butiran pemindahan Anda akan disediakan kepada Penerima

Cara Instant Transfer dan IBG Transfer Bank Islam

Sekiranya Anda ingin buat instant transfer atau IBFT Bank Islam, boleh ikuti langkah berikut:

  1. Log masuk Bank Islam online banking
  2. Pilih Funds Transfer/Interbank
  3. Pilih Instant Transfer (IBFT)/IBG Transfer
  4. From Account, sila pilih dari akaun mana yang ingin Anda gunakan untuk pemindahan dana
  5. Transfer Type, pilih jenis transfer
  6. Transfer Amount, masukkan jumlah wang yang ingin di transfer
  7. Amaun Caj akan dipaparkan
  8. Tarikh Berkuatkuasa (Effective Date) ditetapkan secara lalai kepada Hari Ini. Untuk menetapkan permintaan bertarikh masa hadapan, klik pada Penyemak Tarikh (Date Checker)
  9. Pilih Jenis Penerima/Recipient Type
  10. Jika Jenis Penerima = Penerima Terbuka (Open Recipient), masukkan Akaun Penerima
  11. Jika Jenis Penerima = Penerima Kegemaran (Favourite Recipient), pilih Penerima Kegemaran daripada senarai juntai bawah
  12. Masukkan Rujukan Penerima/Recipient Reference
  13. Masukkan Butiran Pembayaran Lain/Other Payment Details
  14. Masukkan E-mel Penerima
  15. Request TAC, masukkan kod TAC untuk pengesahan.
  16. Klik Confirm, selesai.

Tips Keselamatan

Berikut adalah beberapa tips untuk menjaga keselamatan akaun Anda:

  1. Muat turun aplikasi hanya dari App Store (untuk iOS) atau Google Play (untuk Android).
  2. Jangan dedahkan kata laluan anda kepada sesiapa.
  3. Ingatlah kata laluan anda – jangan simpan atau tulis di mana-mana tempat.
  4. Jangan gunakan kata laluan yang mudah diteka, seperti:
    • Nama
    • Nombor kad pengenalan
    • Nombor telefon bimbit
    • Alamat
    • Tarikh lahir, hari jadi, dan sebagainya.
  5. Pastikan Private Word adalah perkataan yang anda tetapkan dan muncul di halaman log masuk.
  6. Pastikan 4 huruf Kod Keselamatan yang anda terima adalah sama dengan yang dipaparkan dalam aplikasi perbankan ini.
  7. Pantau peranti anda semasa menggunakan aplikasi perbankan ini.
  8. Gunakan fungsi kunci dalaman (built-in lock) dalam peranti anda – tetapkan perlindungan kata laluan.
  9. Jangan gunakan peranti mudah alih yang telah dijailbreak atau di-root (sistem operasi yang diubah suai).

Jadi, lepas Anda baca artikel ni, confirm la Anda boleh jadi pro online banking Bank Islam. Tak payah pening kepala dah nak uruskan duit Anda. Jom sama-sama explore kemudahan teknologi ni dan jadikan hidup Anda lagi senang!