Cara Isi Borang Moratorium Public Bank

Moratorium merupakan penangguhan pembiayaan ansuran yang disediakan oleh Public Bank bagi pelanggannya yang terjejas COVID-19. Kemudahan ini diberikan kepada kategori yang sudah ditentukan oleh Public Bank, ada 2 jenis pilihan Moratorium yang dapat Anda pilih.

Pelanggan layak untuk Moratorium ialah akaun yang tidak tertunggak lebih dari 90 hari. Sesetengah pelanggan Public Bank sudah memohon Moratorium, namun belum faham cara isikan borang permohonan. Rujuk panduan di bawah ini mengenai cara isi borang Moratorium Public Bank yang betul.

Cara isi Borang Moratorium Public Bank

Kelayakan Moratorium Public Bank

Kategori yang layak menerima Moratorium Public Bank:

  • Individu
  • PKS (Mikro/Kecil/Sederhana)
  • 90 tunggakan bagi pinjaman/pembiayaan yang diluluskan sebelum 1 Julai 2021

Jenis Moratorium Public Bank

Jenis Moratorium yang ditawarkan oleh Public Bank:

  • Pilihan 1: Penangguhan pembayaran balik/pembayaran ansuran/faedah/keuntungan/sewa selama 6 bulan.
  • Pilihan 2: Pengurangan 50% ansuran bulanan selama 6 bulan.

Cara isi Borang Moratorium Public Bank

Ikuti langkah-langkah cara isi borang Moratorium Public Bank berikut:

  1. Lawati web rasmi Public Bank Click Here
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda/Pasport Pemohon. Cara Isi Borang Moratorium Public Bank
  3. Masukkan Nombor Akaun Public Bank Anda.
  4. Klik Submit.
  5. Masukkan kod OTP yang dihantar ke nombor handphone Anda melalui SMS.
  6. Akan dipaparkan maklumat borang Moratorium.
  7. Lengkapkan maklumat borang permohonan Moratorium Anda.
  8. Kemudian, Public Bank akan menghantar satu kod melalui email.
  9. Masukkan kod dari Email tersebut.
  10. Ikuti arahan seterusnya yang diberikan oleh Public Bank sehingga berjaya.
  11. Selesai.

Baca juga cara mohon penangguhan bayaran pinjaman Public Bank yang mudah diluluskan.

FAQ Moratorium Public Bank

Beberapa soalan lazim yang berkaitan dengan Moratorium Public Bank:

1. Bolehkah saya membatalkan PEMULIH ETRA ini selepas diluluskan?

Ya. Anda boleh menulis atau menghantar e-mel kepada cawangan pemegang akaun atau Pusat Kawalan Kredit untuk membatalkan pengaturan PEMULIH ETRA ini.

2. Adakah dokumen yang diperlukan untuk mohon Moratorium Public Bank?

Tiada dokumen diperlukan. Ini berdasarkan perakuan sendiri oleh pelanggan yang layak.

3. Adakah yang berlaku jika akaun saya tertunggak (lampau tempoh < 90 hari) pada waktu permohonan PEMULIH ETRA?

Sehingga 3 tunggakan ansuran bulanan akan dipermodalkan dalam pokok/disifarkan yang akan menjadi sebahagian daripada amaun lampau tempoh pinjaman/pembiayaan dengan lanjutan seterusnya tempoh pinjaman/pembiayaan.

Anda boleh tanya terus kepada pihak bank sebarang persoalan kepada bank yang Anda buat pinjaman dan loan termasuklah seperti cara memohon penangguhan bayaran kereta Public Bank.