Cara Dapatkan Penyata Bank Rakyat

Posted on

Penyata Bank Rakyat merupakan maklumat lengkap mengenai urus niaga yang telah Anda lakukan dalam tempoh masa tertentu. Penyata bank ini mempunyai banyak fungsi, salah satunya iaitu untuk melihat rekod transaksi Anda.

Penyata bank berbeza dengan mencetak buku simpanan. Dalam penyata bank, terdapat maklumat yang lebih terperinci, bukan hanya perbelanjaan dan pendapatan sahaja.

e-Statement merupakan laporan transaksi akaun bank, yang dapat diakses oleh pelanggan, pada bila-bila masa dan di mana saja, yang memungkinkan Anda mendapatkan maklumat terkini, yang tentunya akan sangat membantu menguruskan perniagaan Anda dan/atau merekod transaksi perbankan Anda.

Anda yang ingin print atau cetak penyata bank Rakyat boleh melakukannya dengan pelbagai cara.

Cara Dapatkan Penyata Bank Rakyat

Cara Cetak Penyata Bank Rakyat di ATM

Sila pergi ke mesin ATM bank Rakyat terdekat dengan membawa kad ATM. Seterusnya ikuti langkah dibawah:

  1. Masukkan kad ATM Bank Rakyat Anda
  2. Masukkan PIN ATM Anda
  3. Pilih Lain-Lain Urusniaga/Other
  4. Pilih Khidmat Penyata
  5. Pilih Penyata Mini
  6. Pilih Cetak
  7. Sila ambil resit yang keluar untuk melihat mini statement Bank Rakyat

Cara Dapatkan Penyata Bank Rakyat Online

Jika Anda mahu, Anda boleh dapatkan bank statement setiap bulan pada email Anda. Anda harus mendaftar iRakyat dahulu, cara daftar akaun bank Rakyat online.

Bagi Anda yang tidak mempunyai kad ATM Bank Rakyat, Anda boleh mendapatkan T-PIN di kaunter bersama-sama dengan MyKad untuk pengesahan. Setelah T-PIN diterima pelanggan perlu mendaftar melalui i-Rakyat.

Cara Dapatkan T-PIN Bank Rakyat

  1. Pergi ke mesin ATM Bank Rakyat terdekat untuk dapatkan T-PIN
  2. Masukkan Kad ATM dan PIN Bank Rakyat
  3. Pilih menu Others
  4. Pilih e-Statement Registration
  5. Masukkan 6 digit T-PIN sementara
  6. T-PIN berjaya dibuat

T-PIN perlu diambil di mesin ATM terlebih dahulu dan gunakan semasa pendaftaran dalam tempoh 24 jam.

Bagi Anda yang tidak mempunyai kad ATM Bank Rakyat, Anda boleh mendapatkan T-PIN di kaunter bersama-sama dengan membawa MyKad untuk pengesahan. Setelah T-PIN diterima pelanggan perlu mendaftar melalui i-Rakyat.

Cara Langgan Penyata Bank Rakyat Online

  1. Login internet banking i-Rakyat
  2. Pilih menu e-Statement
  3. Klik e-Statement Registration
  4. Masukkan T-PIN yang Anda buat di mesin ATM
  5. Untuk pilihan jenis berdaftar, pilih ATM Card / Credit Card / IC
  6. Masukkan nombor ATM Card / Credit Card / IC, klik Teruskan
  7. Masukkan Emel dan Password
  8. Pilih akaun e-penyata yang diperlukan, klik Teruskan
  9. e-Statement e-mel akan dihantar setiap bulan ke emel Anda

Cara Print Penyata Bank Rakyat Online

  1. Login internet banking i-Rakyat
  2. Pilih menu e-Statement > Pilih Account/Card
  3. Pilih penyata untuk bulan yang ingin dilihat
  4. Klik Buka/Open untuk melihat penyata Bank
  5. Klik Save dan Print

Itulah cara print statement bank Rakyat, sila pilih cara yang paling mudah.