Cara Dapatkan Penyata Ambank Online Statement Bank

Ambank menawarkan kemudahan kepada pelanggannya dalam menggunakan maklumat perbankan, salah satunya ialah penyata bank (e-Statement). Maklumat berkenaan transaksi yang telah dilakukan oleh pelanggan boleh dilihat dalam bentuk penyata bank atau sejarah transaksi untuk jangka masa tertentu.

Beberapa perkhidmtan perbankan yang boleh membantu pelanggan mendapatkan penyata bank Ambank termasuk apliaksi AmOnline, perbankan Internet dan melalui cawangan Ambank terdekat.

Berikut kami kongsikan langkah cara dapatkan penyata akaun Ambank melalui online.

Cara Dapatkan Penyata Ambank
Cara Dapatkan Penyata Ambank

Cara Dapatkan Penyata Akaun Ambank Online

Cara print penyata akaun Ambank online ini sangat mudah hanya perlu beberapa langkah sahaja, sila ikuti langkah berikut.

  1. Pertama sekali Anda perlu ke website AmBank online banking
  2. Kemudian Anda perlu Log masuk AmOnline seperti biasa
  3. Masukkan Username dan Password, klik Login.
  4. Klik Savings/Current Accounts Cara Dapatkan Penyata Ambank Online
  5. Klik eStatement Download Penyata Ambank
  6. Senarai statement bank akan dipaparkan untuk bulan-bulan sebelum ini
  7. Klik pada bulan statement yang Anda inginkan
  8. Secara automatik statement akan dipaparkan
  9. Untuk download penyata bank, sila klik butang download pada bahagian atas Print Penyata Akaun Ambank
  10. Dan bagi Anda yang ingin dapatkan penyata untuk bulan yang tiada pada senarai yang dipaparkan, Anda perlu ke kaunter Ambank untuk dapatkan penyata pada bulan-bulan tersebut.

Anda boleh gunakan peranti laptop, PC, tablet atau smartphone untuk mengakses laman AmOnline.

Nota: Sekiranya Anda tak jumpa butang eStatement, boleh hubungi customer service Ambank untuk semakan lanjut. Sepatutnya butang tersebut ada, eStatement akan ada dekat website setiap 6 bulan sekali.

Cara Dapatkan Resit Transaksi Ambank Yang Telah Lepas

Cara nak dapatkan resit transaksi senang je. Mula-mula sekali:

  1. Login AmOnline
  2. Scroll ke bawah, akan terpapar Recent AmOnline Transactions (Transaksi Terkini)
  3. Klik pada mana-mana transaksi yang Anda perlukan
  4. Kemudian dekat hujung Details Transaction tu klik View Receipt
  5. Secara automatik resit tersebut dimuat turun

Sekiranya Anda belum mempunyai akaun AmOnline, kami nasihatkan Anda untuk segera mendaftar perkhidmatan tersebut. Sila baca panduan cara daftar Ambank online.

Anda boleh menghubungi Ambank di +603-2178 8888 (Isnin – Ahad, 7.00 a.m. hingga 11.00 p.m.) dan pegawai perkhidmatan pelanggan Ambank yang mesra akan membantu Anda.