Cara Daftar Secure2u Maybank Aktifkan Guna Maybank2u

Izinkan kami kongsikan panduan cara daftar Secure2u Maybank dan cara aktifkan secure2u Maybank. Bermula pada Mac 2022, kebanyakan transaksi yang ingin Anda lakukan melalui Maybank2u perlu mendapatkan pengesahan transaksi melalui Secure2u.

Contohnya macam ini, jika Anda ingin membuat pemindahan wang daripada akaun Maybank Anda ke akaun Bank Islam. Pada bahagian bawah secara automatik sistem akan paparkan bahawasanya, Anda perlu mendownload aplikasi Maybank2u dan Anda juga perlu membuat pendaftaran Secure2u.

Cara Aktifkan Secure2u Maybank

Jadi kepada Anda yang belum membuat pendaftaran secure2u ataupun Anda dah daftar sebelum ini, tapi Anda dah pun disable kan fungsi secure2u, Anda perlulah membuat pendaftaran semula ataupun mengaktifkan semula fungsi secure2u.

Cara Daftar Secure2u Maybank
Cara Daftar Secure2u Maybank

Apa Itu Secure2u

Secure2u merupakan ciri-ciri keselamatan berbentuk digital yang lebih menjimatkan masa berbanding SMS TAC/OTP yang kebiasannya mengambil masa yang agak lama.

Sistem Secure2u lebih menjimatkan masa berbanding SMS TAC di mana SMS TAC/OTP yang diterima oleh pengguna telah melebihi tempoh masa yang ditetapkan. Hal ini tentu sahaja akan menyebabkan pengguna perlu membuat permintaan semula TAC bagi meneruskan transaksi di Maybank2u.

Berikut merupakan senarai perkhidmatan Secure2u Maybank:

  • Maklumat baki akaun
  • Hantar dan meminta wang, kapan dan di mana sahaja
  • Bayar bil dengan rakan dan keluarga
  • Tempah penerbangan dan tiket movie
  • Pembayaran bil (elektrik, kad kredit, dll.)
  • Beli kredit dan top up
  • Buka akaun serta-merta pada secure2u

Baca juga, cara atasi masalah tak terima notifikasi Secure2u Maybank.

Cara Daftar Secure2u Maybank

Dan untuk mengaktifkan fungsi secure2u ini, Anda tak boleh menggunakan website Maybank2u, Anda perlulah menggunakan aplikasi Maybank2u.

  1. Jadi langkah pertama yang perlu Anda buat adalah Anda perlu unintsall terlebih dahulu aplikasi Maybank2u yang Anda dah pun install dekat telefon bimbit Anda. Lepas Anda dah uninstall, Anda perlu ke Google Playstore untuk Anda install semula aplikasi Maybank2u Anda. Cara Uninstal Maybank2u
  2. Lepas Anda dah install aplikasi Maybank2u, Anda boleh lah membuat pendaftaran akaun Maybank2u dan juga Anda boleh lah membuat pendaftaran untuk secure2u. Cara Instal Maybank2u
  3. Buka aplikasi Maybank2u Anda, kemudian klik Get Started.
  4. Seterusnya Anda perlu login akaun Maybank2u Anda. Klik Maybank2u. Cara Daftar Maybank2u Online
  5. Kemudian, seperti biasa masukkan username, pastikan frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik Yes.
  6. Lepas tu, masukkan password untuk Maybank2u Anda. Klik Login.
  7. Akan keluar paparan What Is Secure2u, klik Next.
  8. Klik Register
  9. Klik Confirm untuk Anda mengesahkan nombor telefon Anda. Anda akan menerima SMS yang mengandungi nombor OTP.
  10. Masukkan nombor OTP yang Anda terima tadi, klik OK.
  11. Seterusnya Anda perlu masukkan nombor kad pengenalan Anda, klik Submit.
  12. Tahniah, Anda berjaya mengaktifkan fungsi secure2u untuk Maybank2u Anda. Klik Done.
  13. Sekarang Anda boleh pun membuat sebarang transaksi yang ingin Anda lakukan melalui Maybank2u Anda.

Nota: Sekiranya Anda mempunyai nombor telefon baharu untuk digunakan di Maybank2u Anda, Anda dikehendaki untuk pergi ke cawangan maybank terdekat atau hubungi khidmat pelanggan Maybank untuk kemaskini nombor telefon.

Baca juga, kenapa tak dapat nombor TAC Maybank2u.

Soalan Lazim

Berikut senarai soalan lazim mengenai Secure2u Maybank.

1. Jadi lepas install aplikasi secure2u, nak transfer online guna aplikasi secure2u atau website Maybank2u?

Kalau lepas Anda install apps Maybank2u, Anda boleh pilih bebas nak lalukan transaksi melalui apps ataupun website.

2. Sekiranya tak install aplikasi Maybank2u, memang tak boleh transfer online guna website M2U ke?

Buat masa nie kebanyakan transaksi mesti dapatkan pengesahan secure2u dan secure2u tu hanya melalui aplikasi maybank2u.

3. Kenapa bila buat secure2u tu dekat bahagian masukkan nombor ID tu dia cakap unsuccessful, saya dah masukkan no IC tapi tak boleh.

Anda cuba masukkan nombor IC tanpa tanda “-” kalau tak jadi juga cuba Anda call customer service maybank ye

4. Kenapa masa nak transfer, dia tak mintak no TAC? Terus tekan approve, dia direct transfer, bahaya tak?

Memang tak dapat TAC dah, sekarang tekan approve je.

5. Sebelum ni dah aktif kan secure2u guna phone lama, tapi bila pakai phone baru kita nak trasnfer jadi tak boleh nak transfer, apa perlu buat?

Rasanya kena unistall dulu aplikasi maybank2u dekat phone lama lepas tu cuba install semula dekat phone baru. Next baru daftar secure2u untuk telefon baru ye, kalau masih tak boleh Anda cuba call customer service maybank ye

6. Dah buat, tapi time sampai dekat nak register secure2u tu, dia keluar menu utama balik, so macam mana ye?

Sistem bermasalah kot Anda, sila cuba buat semula ye