Cara Daftar No Telefon BSN Online

Semua bank di Malaysia kini mempunyai perbankan internet, salah satunya BSN. Bank Simpanan Nasional (BSN) mempunyai perkhidmatan BSN Online atau dikenali MyBSN yang boleh memudahkan pelanggan melakukan transaksi melalui smartphone atau komputer riba.

MyBSN sangat berguna kerana boleh membantu pelanggan untuk membuat sebarang transaksi yang boleh dilakukan dalam masa yang singkat dan selamat.

Untuk boleh menggunakan perkhidmatan BSN online Anda mesti mempunyai nombor telefon bimbit yang didaftarkan dengan kad ATM BSN dan akaun BSN melalui proses pendaftaran di bank.

Daftar No Telefon BSN Online
Daftar No Telefon BSN Online

Cara Daftar No Telefon BSN Online

Ramai yang bertanyakan macam mana cara daftar no telefon BSN melalui online atau boleh ke daftar nombor HP BSN guna mesin ATM? Berikut kami kongsikan langkah-langkah cara register no telefon BSN yang betul.

Keperluan Daftar Nombor Telefon BSN

Jika Anda telah buka akaun BSN untuk pertama kali (first time) biasa nya pegawai bank akan daftarkan nomor telefon Anda sebagai salah satu syarat permohonan buat akaun BSN baru.

Namun, sekiranya nombor telefon Anda belum di daftarkan di Bank Simpanan Nasional, Anda mestilah mengemaskini no telefon BSN Anda.

Syarat yang perlu Anda sediakan untuk kemaskini no telefon BSN:

  • Kad ATM Debit/Credit
  • Buku Simpanan (jika Anda tidak mempunyai kad ATM)
  • No telefon baru.
  • Wang bila diperlukan.

Langkah Daftar No Telefon BSN

Untuk makluman, cara tukar no telefon BSN online atau cara kemaskini no telefon BSN untuk sekarang ini belum dapat dilakukan melalui online. Sudah sejak lama mengemas kini nombor telefon bimbit melalui mesin ATM BSN atau melalui MyBSN tidak disediakan.

Apabila Anda ingin menukar nombor telefon lama dengan nombor telefon baru, sila lawati mana-mana cawangan BSN untuk mengemaskini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Contact Centre BSN di 1300 88 1900.

  1. Kunjungi ke mana-mana cawangan BSN terdekat
  2. Ambil nombor giliran untuk tujuan customer service
  3. Selepas nombor giliran Anda di panggil, berikan kad ATM dan nomor telefon baru Anda, minta kepada pegawai bank untuk kemaskini no telefon BSN lama atau minta daftarkan no telefon baru untuk keperluan BSN online (MyBSN)
  4. Pegawai banak akan berikan Anda borang untuk Anda isi, lengkapkan borang tersebut lalu berikan kepada pegawai bank.
  5. Tunggu 3 minit, pegawai bank akan daftar no telefon BSN Anda.
  6. Setelah itu, Anda dinasihatkan untuk membuat pengemaskinian atau penukaran no HP BSN lama dengan yang baru, Anda dinasihatkan untuk log masuk atau mendaftar MyBSN Anda dalam tempoh 24 jam.

Waktu Operasi BSN

Anda dinasihatkan untuk membuat pengemaskinian no telefon atau mendaftar no telefon BSN pada hari bekerja bank, berikut adalah waktu operasi BSN.

Kelantan dan Terengganu

  • Ahad- Rabu: 10:00AM – 3:00PM
  • Khamis: 10:00AM – 3:00PM
  • Jumaat/Sabtu/Cuti Umum: TUTUP

Semua Negeri kecuali Kelantan, Terengganu & Johor

  • Isnin – Khamis: 10:00AM – 3:00PM
  • Jumaat: 10:00AM – 3:00PM
  • Sabtu/Ahad/Cuti Umum: TUTUP

Maklumat Lanjut

Sekiranya Anda mendapat masalah setelah membuat pertukaran no telefon BSN, Anda dapat menghubungi pusat khidmat pelanggan BSN di talian 1-300-88-1900

Itu sahaja perkongsian kali ini mengenai cara daftar no fon BSN online, semoga perkongsian diatas membantu Anda.