Cara Daftar Maybank2u Online Banking

Posted on

Ramai yang bertanya cara daftar Maybank2u online banking? Sebenarnya terdapat dua cara yang boleh Anda lakukan untuk mendaftar internet banking Maybank.

Pada masa ini hampir semua bank memberikan kemudahan transaksi melalui internet banking. Perkhidmatan ini juga ditawarkan oleh Maybank dengan ciri Maybank2u yang boleh digunakan untuk pelbagai keperluan transaksi, seperti semak baki, transfer duit, membayar bil, dan sebagainya.

Berikut adalah tutorial cara register internet banking Maybank2u secara lengkap.

Langkah-langkah mendaftar untuk perbankan internet Maybank2u tidak sukar.

Anda boleh daftar perbankan internet melalui customer service di bank terdekat, melalui mesin ATM, atau melalui aplikasi App Maybank, yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.

Cara Daftar Maybank2u
Cara Daftar Maybank2u

Apa Itu Maybank2u

Maybank adalah salah satu bank terkemuka di Malaysia yang merupakan sebahagian daripada kumpulan Malayan Banking Berhad (Maybank), salah satu kumpulan penyedia perkhidmatan kewangan terbesar di ASEAN.

Online banking atau perbankan online sekarang ini semakin populer di Malaysia kerana setiap bank mempunyai perkhidmatan tersebut bagi memudahkan aktiviti kewangan secara online. Maybank memperkenalkan Mayban2u (M2U) sebagai salah satu bentuk kemudahan untuk para pelanggan dalam urusan transaksi kewangan mereka.

Berikut adalah ciri-ciri Maybank2u:

  • Pembayaran bil (air, elektrik, dan banyak lagi)
  • Pembayaran hutang sewa, beli kereta, perumahan dan banyak lagi.
  • Pengiriman wang dalam dan luar negeri, dan banyak lagi
  • Check baki Maybank2u dalam akaun
  • Print penyata bank
  • dan banyak lagi

Syarat Daftar Maybank2u

Apa sahaja syarat yang diperlukan sebelum mendaftar maybank2u? Untuk mendaftar Maybank2u Anda hanya perlu sediakan:

  • Kad debit/kredit Maybank
  • No Telefon yang telah berdaftar di sistem Maybank
  • Mempunyai akaun semasa atau simpanan Maybank

Cara Daftar Maybank2u di ATM

Anda boleh daftar internet banking secara mandiri dengan melawat ATM maybank terdekat, kemudian mengikuti arahan yang telah dipaparkan pada skrin mesin ATM.

  1. Pergi ke mesin ATM Maybank terdekat
  2. Masukkan kad ATM dan PIN
  3. Pilih menu Maybank2U
  4. Pilih menu untuk daftar TAC
  5. Masukkan nombor ponsel Anda dan pilih YES
  6. Seterusnya masukkan PIN Maybank2u
  7. Selesai

Daftar Maybank2u Online Banking di Aplikasi Maybank MY

Maybank telah menyediakan perkhidmatan ini untuk masa yang lama. Tetapi tidak semua orang tahu bagaimana menggunakan aplikasi Maybank.

Sila muat turun aplikasi Maybank MY di Google Playstore atau App Store seterusnya ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Buka aplikasi Maybank MY
  2. Klik menu Daftar Maybank2u
  3. Masukkan nombor akaun maybank, nombor ATM dan PIN ATM Anda
  4. Pilih mata uang Ringgit (MYR)
  5. Centang bersetuju dengan Syarat dan Ketentuan
  6. Masukkan User ID dan Password yang Anda ingin gunakan
  7. Pilih gambar keselamatan
  8. Sahkan bahawa nombor handphone dan alamat e-mel yang anda gunakan adalah betul. Kemudian pilih Next
  9. Masukkan kod TAC yang dihantar ke nombor handphone Anda
  10. Selesai

Cara Aktifkan Maybank2u Online Banking

Selepas Anda melakukan daftar online banking melalui ATM, seterusnya Anda perlu aktifkan perkhidmatan internet banking melalui laman rasmi web maybank2u. Sila ikuti langkah-langkah cara aktifkan akaun maybank2u secara online di bawah:

  1. Buka laman https://www.maybank2u.com.my
  2. Klik Register Now
  3. Masukan nombor ATM/Debit/Credit
  4. Masukan PIN (6 digit) yang Anda daftarkan di mesin ATM/Maybank Branch, klik next
  5. Masukan username dan password, confirm password, email dan TAC, klik next
  6. Masukkan security questions untuk keselamatan
  7. Selesai

Sekarang Anda boleh membuat semak baki akaun maybank secara online serta membuat pelbagai transaksi lainnya seperti top up kredit, bayar bil elektrik, cek statement dan lain-lain.

Login Maybank2u

Selepas Anda berjaya mendaftar dan aktifkan perkhidmatan Maybank2u, sila cuba log masuk bagi pastikan bahawa Anda betul-betul sudah boleh log masuk sistem Maybank2u.

Langkah cara login Maybank2u:

  1. Lawati laman web https://www.maybank2u.com.my
  2. Masukkan Username (ID Pengguna)
  3. Pada laman seterusnya, pastikan gambar yang terpapar serta phrase adalah betul seperti yang Anda pilih untuk akaun Anda semasa pendaftaran akaun Maybank2U anda.
  4. Masukkan password
  5. Tahniah, Anda berjaya login Maybank2u

Tak Boleh Login Maybank2u

Selepas Anda berjaya mendaftar Maybank2u namun Anda menghadapi masalah login semasa cuba log masuk, Anda boleh hubungi Maybank carelin pada talian Customer Care Hotline : 1-300 88 6688 (Malaysia) dan +603-7844 3696 (Luar Negara)

Soalan Lazim

Berikut adalah senarai soalan lazim yang kerap ditanyakan:

Saya sudah register online m2u tanpa menukar nombor TAC yang sudah mati, tapi tak boleh guna sebab no telefon tak sama, boleh tak nak tukar no TAC atas mesin ATM?

Tukar nombor telefon, bukan no TAC. No TAC itu seperti no PIN tapi diberi melalui SMS dari bank, jadi tak boleh tukar no TAC lagipun no itu sentiasa berubah setiap kali kita Request for TAC.
Tetapi boleh tukar no telefon di ATM.

Untuk kemaskini no telefon Maybank boleh ikuti cara berikut:

  1. Sila pergi ke ATM Maybank terdekat
  2. Masukkan kad ATM debit/kredit dan PIN Anda
  3. Apabila paparan Menu Utama ditayangkan, sila pilih Maybank2U/Phone Banking/ATM SMS Alerts.
  4. Pilih menu Kemaskini Tel. Bimbit M2U TAC.
  5. Pada ruangan yang diberikan pada laman seterusnya, masukkan nombor telefon bimbit anda yang sah dan aktif. Kemudian, tekan Ya.
  6. Proses mendaftar nombor telefon anda selesai.

Macam mana nak tukar nombor telefon yang lama kepada yang baru melalui online sebab nombor telefon yang lama itu sudah tidak aktif lagi?

Untuk kemaskini no telefon baru melalui online tidak dapat dilakukan sebab kemaskini atau tukar nombor telefon hanya boleh melalui ATM dan Bank.

Saya ada cuba buat maybank2u tetapi ada kesilapan jadi saya berhenti takut kena block ACC. Ada kah ACC saya sudah kena block?

Sekiranya terjadi kesilapan semasa mendaftar Maybank2u, Anda tak perlu risau sebab akaun (ACC) Anda tidak kena block. Sila hubungi customer service Maybank untuk selesaikan proses pendaftaran Maybank2u.

Saya lupa password Maybank2u apa perlu buat?

Jika Anda lupa password Maybank2u, Anda boleh gunakan ciri reset password Maybanku guna dapatkan semula hak akses account Anda.

Itulah tutorial bagaimana nak daftar maybank2u secara online, semoga maklumat yang kami kongsi boleh bermanfaat untuk Anda.