Cara Daftar MAE Maybank Aktifkan Cara Guna MAE

MAE Maybank merupakan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Maybank untuk pengguna Maybank dan pengguna bank lain tanpa perlu mempunyai akaun Maybank.

Ramai yang bertanyakan bagaimana cara daftar MAE Maybank dan cara guna MAE Maybank, berikut kami kongsikan langkah-langkah cara register MAE Maybank dan maklumat lengkap mengenai MAE Maybank.

Cara Daftar MAE Maybank
Cara Daftar MAE Maybank

Apa Itu MAE Maybank

MAE adalah singkatan kepada Maybank Anytime, Everyone, Maybank menawarkan bank digital yang mudah dibawa ke mana sahaja bersama tetapi dengan banyak ciri menarik seperti perbelanjaan dan menabung secara berkumpulan.

MAE menawarkan kemudahan bagi sesiapa sahaja untuk mendaftar termasuk orang yang tak ada akaun Maybank pun boleh gunakan MAE. MAE merupakan aplikasi e-dompet dari Maybank sama seperti Boost, Touch N’ Go eWallet, dan sebagainya.

Kelebihan MAE Maybank

Untuk makluman MAE Maybank menggunakan kaedah pembayaran cashless yang bersesuaian dengan teknologi masa kini sehingga Anda tak perlu bawa duit dalam dompet cukup gunakan MAE untuk perbelanjaan, keluar makan dan banyak lagi.

Berikut adalah kelebihan MAE yang pengguna boleh dapatkan dalam aplikasi MAE Maybank.

  • Top Up Wallet
  • Split Bill
  • Request Money
  • My QR

Kami akan menerangkan 2 ciri yang menarik iaitu Split Bill dan Track Amount.

Split Bill

Memudahkan pengguna berkongsi pembayaran selepas berbelanja di merchant atau kedai makan. Contoh, apabila Anda ke kedai makan, dan jumlah pembayaran adalah RM60 untuk 4 orang, maka anda dapat menggunakan ciri Split Bill dan menghantar notifikasi bayaran kepada kawan-kawan dengan mudah melaluinya.

Selain itu, MAE juga menyertakan sokongan menghantar notifikasi untuk pembayaran, sekaligus boleh memaksa kawan Anda membuat pembayaran hutang segera.

Track Amount

MAE membolehkan Anda track amount yang Anda spent di Spending Summary. Semua maklumat mengenai pembayaran atau perbelanjaan akan tertulis di situ. Jadi senang lah Anda nak pantau perbelanjaan Anda.

Cara Daftar MAE Tanpa Akaun Maybank

Berminat menggunakan aplikasi MAE Maybank? Jom tengok langkah cara daftar MAE Maybank berikut:

  1. Download MAE Maybank di Google Playstore atau App Store
  2. Selepas selesai download, buka aplikasi tersebut
  3. Sila login akaun online banking Maybank jika ada, sekiranya Anda tidak mempunyai akaun Maybank klik Apply for MAE
  4. Selepas itu sila isi maklumat Email, Negeri dan nombor Invite Code jika ada. Klik Continue
  5. Kemudian ambil gambar MyKad anda depan dan belakang bagi tujuan pengesahan. Cara Daftar MAE Tanpa Akaun Maybank
  6. Selepas itu buat atau cipta username dan password yang Anda mahu.
  7. Akaun MAE Anda akan diaktifkan. Anda boleh topup terus atau berbuat kemudian.
  8. Dah selesai

Perlu Anda ketahui, pengguna MAE tanpa Maybank akan diberikan penawaran kad debit digital daripada visa yang boleh digunakan untuk pelbagai transaksi online lain.

Kad debit digital ini mempunyai fungsi yang sama seperti kad debit visa yang lain, sebab pengguna dapat menggunakannya untuk membuat transaksi pembayaran pada terminal Maybank Pay dan Samsung Pay. Transaksi pembayaran pada web jual dan beli internet yang perlukan kad visa juga dapat dilakukan melalui kad debit digital ini.

Kami nasihatkan Anda untuk buat akaun Maybank sehingga Anda boleh dapatkan semua ciri dan kelebihan MAE. Baca cara buat akaun Maybank secara online dan walk-in.

Cara Daftar MAE Maybank

Sekiranya Anda adalah pelanggan atau pengguna Maybank2u, Anda boleh ikuti langkah berikut untuk dapatkan RM8 secara percuma.

  1. Download MAE Maybank di Google Playstore atau Apple Store
  2. Buka aplikasi MAE Maybank
  3. Apabila Anda pengguna Maybank2u, sila pilih Existing M2U dan selepas itu sambungkan dengan ID Maybank2u Anda seperti biasa. Klik More. Cara Daftar MAE
  4. Klik Apply, lepas tu masukkan butiran Anda seperti no telefon, nama dan sebagainya. Klik Apply for MAE, klik Next. Register MAE Maybank
  5. Masukkan password Maybank2u Anda
  6. Masukkan butiran peribadi seperti alamat email dan kod rujukan untuk dapatkan RM8 secara percuma
  7. Akaun MAE Anda berjaya diaktifkan. Sekarang Anda boleh menggunakan aplikasi MAE untuk keperluan transaksi kewangan.

Cara Tukar MAE ke Patuh Shariah

Hebat betul MAE ni, sebab Anda boleh tukar account MAE menjadi shariah. Langkah cara tukar MAE ke patuh shariah:

  1. Anda boleh gunakan aplikasi Maybank2u untuk tukar ke patuh shariah
  2. Log masuk Maybank2u
  3. Klik Profile
  4. Klik Switch to shariah-compliant
  5. Klik Agree & Confirm untuk pengesahan
  6. Anda akan dipaparkan notifikasi Your MAE Account will be Shariah-compliant by tomorrow
  7. Selesai

Sekiranya mahu tukar transfer limit MAE boleh baca artikel MAE Maybank transfer limit.

Cara Transfer Duit MAE Maybank ke Akaun Lain

Ramai yang tak tahu bahawa MAE Maybank boleh transfer duit ke akaun lain. Kami akan ajar dan tunjukkan langkah-langkah cara transfer duit dari MAE ke akaun bank lain.

  1. Buka aplikasi MAE Maybank
  2. Pilih Transfer.
  3. Masukkan password Anda
  4. Pilih sama ada anda mahu membuat transfer DuitNow atau Instant Transfer
  5. Selepas itu pilih bank yang Anda ingin transfer duit e-wallet.
  6. Masukkan account number dan jumlah yang mahu anda transfer.
  7. Masukkan recipient reference (rujukan), lalu pilih Funds Transfer
  8. Pastikan maklumat yang Anda masukkan dah betul lalu klik Transfer Now
  9. Klik Approve untuk pengesahan.
  10. Selesai

Cara Buat Kad Fizikal MAE Maybank

Sekiranya Anda ingin dapatkan kad fizikal MAE Maybank boleh ikuti langkah berikut:

  1. Log masuk Maybank2u
  2. Klik Cards
  3. Klik MAE Debit Card
  4. Pilih Apply For Physical MAE Card
  5. Selepas itu kad akan di hantar ke alamat rumah Anda

Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga bermanfaat.