Cara Daftar CIMB Clicks di Telefon dan Melalui Website

Untuk perkongsian kali ini kami akan kongsikan cara untuk daftar CIMB Clicks online banking. So kepada Anda yang nak mendaftar CIMB Clicks tapi Anda tak tahu bagaimana cara-caranya, Anda boleh ikuti step yang kami tunjukkan dalam artikel ini.

Dan kami harap artikel ini dapat membantu Anda semua. Berikut panduan cara daftar CIMB Clicks di telepon dan melalui website.

Cara Daftar CIMB Clicks di Telefon
Cara Daftar CIMB Clicks di Telefon

Manfaat CIMB Clicks

CIMB Clicks merupakan kemudahan perbankan internet yang disediakan oleh CIMB Bank untuk setiap pelanggan.

Ada banyak ciri dan fungsi menarik yang dimuatkan untuk memudahkan pelanggan melakukan transaksi kewangan antaranya:

  • Semak baki akaun, lihat sejarah transaksi, muat turun ePenyata dan banyak lagi sepanjang 24/7, semuanya di sini.
  • Pindahan wang ke penerima tempatan dan luar negara secara mudah. Dengan DuitNow, Anda boleh memindahkan wang melalui nombor telefon mudah alih penerima.
  • Lebih 2,000 pengeluar bil JomPAY di seluruh negara. Bayar serta-merta atau jadualkan terlebih dahulu supaya Anda tidak akan terlepas tarikh akhir
  • Tidak perlu risau kekurangan kredit kerana Anda boleh menambah nilai dengan serta-merta dan secara selamat, melalui CIMB Clicks.
  • Lakukan penempatan deposit tetap, pembelian unit amanah, pelaburan emas, eIPO, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), CIMB TravelCurrency dan banyak lagi.
  • QR Pay, lakukan pembayaran tanpa tunai dengan segera semasa Anda membuat pembayaran dengan aplikasi CIMB Clicks. Hanya imbas, bayar dan keluar.
  • Ganjaran, lihat dan tebus Mata ganjaran / Junior Points / Youth Points yang Anda perolehi untuk ganjaran hebat.
  • Dan banyak lagi.

Syarat Daftar CIMB Clicks

Berikut beberapa syarat yang Anda perlukan sebelum membuat pendaftaran.

  • Anda mempunyai akaun CIMB
  • Mempunyai nombor kad debit atau kredit CIMB
  • Mempunyai No. Kad Pengenalan/No. Pasport/No. Tentera Anda

Cara Daftar No Telefon dan PIN di ATM CIMB

Langkah pertama, Anda perlu ke mesin ATM CIMB terlebih dahulu untuk mendapatkan PIN dan daftar no telefon, sila ikuti langkah berikut.

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM CIMB terdekat
  2. Masukkan kad debit dan no PIN ANda
  3. Tekan Branchless Banking
  4. Tekan Pendaftaran CIMB Clicks
  5. Masukkan nombor telefon dan tetapkan 6 digit no PIN
  6. Masukkan password sementara. Password ini boleh diubah kemudian secara online.
  7. Masukkan no telefon.
  8. Cetak resit bukti pendaftaran untuk rujukan Anda.
  9. Kod pengaktifan akan dihantar ke handphone Anda.

Cara Daftar CIMB Clicks di Telefon

Tahukan Anda pendaftaran akaun CIMB Clicks boleh dilakukan melalui telefon bimbit? Berikut langkah-langkahnya.

  1. Muat turun aplikasi CIMB Clicks di Google Playstore atau App Store Cara Daftar CIMB Clicks di Telepon
  2. Buka/lancar aplikasi dan pilih Register User
  3. Masukkan nombor kad debit atu kredit dan nombor PIN ATM Pendaftaran CIMB Clicks di Telefon
  4. Masukkan teks yang tertera dalam kotak dan klik Next untuk teruskan
  5. Anda akan menerima kod pengaktifan sekali guna melalui SMS
  6. Isi kod dan klik Continue
  7. Isi butiran Anda
  8. Masukkan ID Pengguna
  9. Masukkan Kata Laluan, kata laluan yang bagus perlu ada 8 hingga 20 aksara, huruf besar dan kecil, nombor dan sekurang-kurangnya 1 simbol. Contoh UpinPandai12#$
  10. Pastikan kata laluan Anda berbeza dari ID Pengguna dan SecureWord Anda
  11. Masukkan Nama Ibu
  12. Masukkan Alamat e-mel
  13. Masukkan SecureWord dengan 4 hingga 10 aksara, gabungan huruf dan nombor. Ingat, SecureWord bukan kata laluan CIMB Clicks Anda
  14. Klik I agree & Submit
  15. Tahniah, Anda telah berjaya mendaftar CIMB Clicks

Cara Daftar CIMB Clicks di Website

Selain daftar menggunakan telefon, Anda juga boleh daftar CIMB Clicks melalui laman website, berikut langkah-langkahnya.

  1. Layari laman CIMB Clicks di https://www.cimbclicks.com.my/
  2. Klik Register
  3. Pilih CIMB ATM/DEBIT & Credit Card
  4. Masukkan nombor kad debit/kad kredit (16 digit)
  5. Masukkan nombor PIN kad debit/kad kredit (6 digit)
  6. Masukkan tulisan CAPTCHA pada skrin
  7. Selepas itu, tandakan pada kotak persetujuan Terma dan Syarat, klik Next
  8. Masukkan kod pengaktifan OTP yang dihantar ke nombor telefon Anda
  9. Cipta CIMB Clicks ID dan Password Anda. Contoh CIMB Clicks ID UpinIp2003 dan contoh Password Keris!@#$12
  10. Masukkan nama ibu, emel dan juga perkataan keselamatan
  11. Abaikan bahagian Introducer’s Details (tak perlu isi apa-apapun), klik I Agree & Submit
  12. Selesai

Kami nasihatkan Anda untuk menggunakan laptop atau komputer agar proses pendaftaran berjaya.

Anda juga boleh mendaftar untuk CIMB Clicks menggunakan Akaun Pinjaman/Pembiayaan, Unit Amanah atau Pelaburan Berstruktur.

Cara Login CIMB Clicks

Selepas selesai proses pendaftaran CIMB Clicks, Anda boleh terus log masuk ke akaun Anda untuk menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan.

  1. Layari laman CIMB Clicks di https://www.cimbclicks.com.my
  2. Masukkan User ID
  3. Klik Login
  4. Pastikan gambar SecureWord sama dengan SecureWord yang Anda tetapkan
  5. Setelah itu, klik pada kotak Yes, This is my SecureWord
  6. Masukkan Password
  7. Klik Login
  8. Tahniah, Anda berjaya log masuk CIMB Clicks

atau log masuk di telefon

  1. Buka atau lancar aplikasi CIMB Clicks
  2. Masukkan User ID dan Password
  3. Selesai

Soalan Lazim

Berikut adalah beberapa soalan lazim mengenai CIMB Clicks.

1. Kenapa bila saya dah isi bahagian User ID dan Password tu kat bawah ada mintak orang bank punya ID, Email dengan area dan cawangan bank?

Anda boleh abaikan sahaja ye untuk bahagian introducer tu, boleh terus ke next step

2. Saya nak register tapi bila nak next dia cakap no pin ATM yang saya isi tu salah padahal kalau dekat bank no pin yang sama saya gunakan betul, ape masalahnye tu ye?

Rasanya sistem yang bermasalah, Anda cuba semula ye, kalau tak jadi lagi Anda boleh call center CIMB ataupun Anda ke kaunter untuk buat no pin yang baru

3. Selepas kita sudah daftar no HP kita di ATM, berapa lama kita kena tunggu baru ada SMS yang kita terima?

Sehari sahaja, kalau still tak dapat jugak SMS tu kami rasa elok Anda kaunter ye. Atau baca cara tukar no telefon CIMB.

4. Kalau nak kemaskini nombor telefon baru, boleh call cimb click tolong buat tak? Atau kena pergi sendiri ke kaunter?

Kena melalui mesin ATM atau kunjungi cawangan CIMB terdekat

5. Jika no telefon lama dah tak pakai macam mana ya?

Anda kena kemaskini nombor telefon yang baru ye, boleh buat pengemaskinian melalui kaunter cimb ye

6. Saya dah siap masuk no kad dan password tick dan next tak boleh pun?

Masalah sistem rasanya tu, Anda cuba buat semula diluar waktu puncak contohnya pukul 7 pagi