Cara Daftar CIMB Clicks Online Internet Banking App

Transaksi perbankan kini menjadi lebih mudah dengan adanya perkhidmatan perbankan internet.

Perkhidmatan ini telah digunakan oleh hampir semua bank, baik bank negara dan swasta.

Dengan internet banking, pelanggan tidak perlu pergi jauh ke ATM atau bank untuk melakukan transaksi seperti cek baki, transfer atau topup.

Perkhidmatan ini juga boleh dinikmati oleh pelanggan CIMB Bank melalui ciri Cimbclicks.

Untuk menikmati perkhidmatan ini, Anda mesti mendaftar terlebih dahulu. Berikut adalah penjelasan mengenai cara daftar CIMB Clicks online.

Cara Daftar CIMB Clicks
Cara Daftar CIMB Clicks

Apa Itu CIMBClicks

CIMB Clicks merupakan platform perbankan atas talian (online banking) yang disediakan oleh CIMB Bank. Ia membolehkan pelanggan CIMB untuk mengakses dan menguruskan akaun mereka secara mudah dan selamat melalui internet.

Dengan menggunakan CIMB Clicks, pelanggan dapat melakukan pelbagai transaksi kewangan seperti semakan baki akaun, pemindahan wang, pembayaran bil, pelaburan, download penyata dan banyak lagi.

Melalui CIMB Clicks, pelanggan boleh mengakses perkhidmatan perbankan mereka dengan lebih mudah dan cekap tanpa perlu pergi ke cawangan fizikal bank.

CIMB Clicks memberi pelanggan kemudahan untuk berurusan dengan perbankan dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa selagi terdapat sambungan internet.

Kelebihan CIMB Clicks

Ada banyak fungsi menarik yang disediakan untuk memudahkan pelanggan dalam urusan kewangan mereka:

  • Anda boleh memeriksa baki akaun, melihat sejarah transaksi, dan memuat turun ePenyata serta pelbagai lagi, 24/7 dari satu tempat.
  • Anda boleh memindahkan wang secara mudah, sama ada di dalam negara atau antarabangsa. Dengan DuitNow, Anda boleh menggunakan nombor mudah alih penerima untuk membuat pemindahan tempatan yang lebih pantas.
  • Anda boleh membayar lebih 2,000 jenis bil melalui JomPAY di seluruh negara, termasuk bil utiliti, kad kredit, dan pinjaman.
  • Anda boleh memuat semula kredit dengan serta-merta dan selamat melalui CIMB Clicks.
  • Anda boleh meletakkan simpanan tetap, membeli unit amanah, melabur dalam emas, eIPO, ASNB, mata wang perjalanan, dan banyak lagi.
  • Anda boleh membuat pembayaran tanpa tunai dengan cepat apabila berurusan dengan pembayaran di kaunter menggunakan aplikasi CIMB Clicks.
  • Anda boleh menghantar wang Anda ke luar negara dengan selamat melalui Pemindahan Telegraf Asing atau SpeedSend.

Kelayakan

Sebelum menggunakan perkhidmatan internet banking Cimbclicks, pelanggan mesti mendaftar terlebih dahulu.

Tapi sebelum tu sila pastikan Anda dah mempunyai kelayakan berikut:

  • Nombor Kad debit/kredit CIMB* Anda dan PIN 6 digit.
  • No. Kad Pengenalan /No. Pasport /No. Tentera Anda
  • Anda juga boleh mendaftar untuk CIMB Clicks menggunakan Akaun Pinjaman/Pembiayaan, Unit Amanah atau Pelaburan Berstruktur.

Cara Daftar CIMB Clicks

Proses cara register internet banking Cimbclicks melalui laman web ini sebenarnya adalah satu langkah ke hadapan dari proses pendaftaran ATM. Dalam proses ini, akaun Anda akan diaktifkan.

  1. Buka laman web https://www.cimbclicks.com.my.
  2. Pilih Register for CIMB Clicks.
  3. Pilih klik CIMB ATM/DEBIT & Credit CardRegister Internet Banking CIMB Clicks
  4. Sila untuk memasukkan nombor kad ATM, PIN ATM 6 digit, kemudian masukkan kod yang dipaparkan pada skrin.Register Internet Banking CIMBClicks
  5. Selepas itu checklist terma dan syarat yang berlaku. Klik Next.
  6. Masukkan kod pengaktifan (OTP) yang telah dihantar pihak bank CIMB ke handphone Anda. Cara Aktifkan CIMB Clicks
  7. Masukkan User ID dan kata laluan Anda.
  8. Masukkan nama Ibu, email dan perkataan keselamatan.
  9. Bahagian Enter your introducer’s details (optional) tidak perlu diisi atau kosong saja.
  10. Klik I agree & submit
  11. Akhir sekali, Anda akan mendapat SMS mengesahkan pendaftaran Anda.
  12. Anda telah selesai dan sedia untuk menggunakan CIMB Clicks.

Kata laluan baru Anda mesti:

  • Tidak sama dengan 3 kata laluan terakhir Anda
  • Tidak sama dengan ID Pengguna Clicks atau SecureWord Anda
  • Contoh Password: Upinada25epal#

Gunakan frasa yang merangkumi nombor, simbol dan lain-lain untuk membuat kata laluan yang kukuh dan mudah diingat.

Cara Login CIMB Clicks

Cara login CIMB Clicks mudah sangat, kerana Anda sekarang sudah mempunyai akaun berdaftar sila cuba cara login CIMB Clicks online untuk pastikan Anda telah berjaya membuat akaun.

Berikut adalah langkah-langkah cara login ke CIMB Clicks:

  1. Buka browser, cakap apa nak guna punya browser, Chrome, Firefox, Edge, Safari, pilih je.
  2. Taip https://www.cimbclicks.com.my dalam address bar.
  3. Lepas dah sampai kat CIMB Clicks website, cari butang Login atau Sign In.
  4. Dah jumpa butang tu, tekan je. Sekarang, Anda kena masukkan username dan password Anda.
  5. Kalau login details betul, Anda akan masuk ke dalam akaun CIMB Clicks Anda.
  6. Kalau dah settle urusan, jangan lupa log out sebelum tutup browser.

Selepas Anda berjaya log masuk perbankan CIMB Clicks, sekarang Anda boleh melakukan pelbagai transaksi pada layanan internet banking bank CIMB seperti check balance, topup, bayar bil elektrik dan pelbagai transaksi lainnya.

CIMB Clicks Mobile App

Berikut adalah langkah-langkah untuk download CIMB Clicks Malaysia app di Playstore:

  1. Buka je Playstore dalam telefon pintar Anda.
  2. Dah dalam Playstore, search la CIMB Clicks Malaysia dalam search bar yang ada.
  3. Dah jumpa CIMB Clicks Malaysia app, tekan butang Install atau Pasang tu.
  4. Tunggu sekejap sambil app tu download dan install dalam telefon Anda. Pastikan Anda ada internet connection yang laju-laju sikit, tak nak tunggu berjam-jam kan?
  5. Bila dah habis download, tekan je butang Open/Buka.

Cara Daftar CIMB Clicks Melalui Mobile App

  1. Langkah pertama muat turun CIMB Clicks Mobile app di Google Playstore atau App Store.
  2. Lancarkan aplikasi CIMB Clicks.
  3. Pilih Register User.
  4. Masukkan No Kad Debit/Kredit dan PIN ATM Anda. Cara Daftar CIMB Clicks Melalui Mobile App
  5. Isikan Captcha. Klik Next.
  6. Lepas tu, Anda akan mendapatk SMS OTP/TAC di telefon.
  7. Isikan kod lepas tu klik Continue.
  8. Isikan maklumat peribadi Anda (User ID, Password, Email, Secure Word dan banyak lagi), klik I Agree & Submit.
  9. Tahniah, Anda berjaya aktifkan CIMB Clicks.

Baca cara semak baki akaun CIMB online

Berhati-hati semasa menggunakan perkhidmatan perbankan internet CIMB Clicks, jangan berikan user ID, kata laluan dan telefon bimbit kepada orang lain.

Sekiranya Anda mengalami masalah, sila hubungi customer service bank CIMB atau hubungi nombor rasmi bank CIMB di +603 6204 7788.