Cara Buka Akaun Hong Leong Bank Online dan Walk-in

Bagaimana cara buka akaun Hong Leong Bank online dan walk-in? Sekiranya Anda ingin membuka akaun HLB, Anda boleh membuat permohonan secara online atau melalui cawangan HLB terdekat.

Untuk membuka akaun HLB diperlukan syarat dan kelayakan agar permohonan Anda boleh segera diluluskan.

Dibawah kami kongsikan langkah-langkah cara pembukaan akaun HLB secara online dan walk-in.

Cara Buka Akaun Hong Leong Bank
Cara Buka Akaun Hong Leong Bank

Cara Buka Akaun Hong Leong Bank

Anda boleh kunjungi cawangan Hong Leong Bank yang berdekatan untuk pembukaan akaun.

Syarat Buka Akaun Hong Leong Bank

Syarat-syarat untuk membuka akaun simpanan ialah seperti berikut:

  • 18 tahun dan ke atas.
  • Minimum RM200 untuk membuka akaun.

Sila mengunjungi cawangan Hong Leong Bank yang berdekatan dengan alamat rumah atau pejabat Anda dan sila bawa bersama:

  • Kad Pengenalan
  • Surat Lantikan Bekerja dari majikan
  • Penyata Gaji atau Bil utiliti untuk tujuan pengesahan

Langkah-langkah pembukaan akaun HLB di cawangan/kaunter.

  1. Pergi ke mana-mana cawangan HLB terdekat dengan membawa syarat diatas.
  2. Sila pergi jam 7 pagi untuk dapatkan no giliran.
  3. Beritahu guard/staff bank bahawa Anda ingin buka akaun HLB.
  4. Isikan borang yang diberikan oleh pegawai, isikan maklumat dengan betul.
  5. Pegawai bank akan minta kad pengenalan dan dokumen sokongan.
  6. Tunggu beberapa minit, akaun HLB Anda dah siap. Anda akan diberikan kad debit ATM.
  7. Selesai.

Waktu Operasi Hong Leong Bank

Waktu operasi cawangan di seluruh negara akan bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 3.00 petang, berkuatkuasa dari 23hb Mac 2020 sehingga 31hb Mac 2020.

Keutamaan akan diberikan kepada pelanggan warga emas, pelanggan wanita yang hamil serta pelanggan kelainan upaya.

Jenis Akaun Simpanan HLB

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai akaun Deposit Hong Leong Bank, sila lihat jenis akaun simpanan berikut:

1. Akaun Simpanan

Akaun Simpanan HLB menawarkan faedah harian bagi setiap ringgit yang Anda memiliki dalam baki akaun.

1. Kelebihan

Sekiranya Anda membuka akaun HLB, berikut senarai kelebihan yang diberikan oleh HLB.

  • Perolehi Faedah bagi Setiap Ringgit. Faedah dikira secara harian dan dibayar setiap setengah tahun.
  • Mudah Untuk Dibuka. Pembukaan akaun simpanan dengan deposit serendah RM200.
  • Penyata Bulanan. Jejaki kewangan anda dengan e-penyata bulanan melalui perbankan dalam talian Hong Leong Connect yang boleh diakses bila –bila masa (24/7).
  • Akses Mudah. Akses dan urus akaun Anda melalui Connect dalam talian atau aplikasi perbankan mudah alih, mesin ATM dan cawangan-cawangan di seluruh negara.
  • Pembayaran Bil Yang Mudah. Pembayaran bil boleh dibuat terus daripada akaun Anda melalui Hong Leong Connect atau arahan tetap.

2. Kelayakan

Berikut adalah kelayakan untuk pembukaan akaun HLB.

  • Pemegang akaun sama ada nama tunggal atau nama bersama.
  • Individu, persatuan, kelab dan pertubuhan boleh memohon.
  • 18 tahun dan ke atas.
  • Minimum RM200 untuk membuka akaun.

2. Akaun Simpanan Asas

Akaun Simpanan Asas HLB boleh dibuka dengan deposit serendah RM20 dan ia memberikan faedah harian bagi setiap ringgit yang Anda memiliki dalam baki akaun.

1. Kelebihan

  • Pemohon boleh buka akaun melalui online menggunakan telefon bimbit
  • Tiada pengeluaran dan yuran tahunan (kad debit)
  • Pemohon boleh buka akaun simpanan dengan deposit RM20
  • Pelanggan akaun HLB boleh jejaki kewangan dengan e-penyata bulanan melalui perbankan dalam talian Hong Leong Connect yang boleh diakses bila –bila masa (24/7).
  • Akses dan urus akaun Anda melalui Connect dalam talian atau aplikasi perbankan mudah alih, mesin ATM dan cawangan-cawangan di seluruh negara.
  • Perolehi faedah. Faedah dikira secara harian dan dibayar setiap setengah tahun.

2. Kelayakan

  • Warganegara Malaysia dan penduduk tetap berumur 18 tahun ke atas.
  • Pemegang akaun boleh bernama tunggal atau bersama

3. Akaun Simpanan Premium

Dapatkan fleksibiliti dan kadar faedah tinggi daripada akaun simpanan Anda.

1. Kelebihan

  • Perolehi kadar faedah tinggi berdasarkan bilangan hari yang disempurnakan. Untuk pengeluaran awal:
  • Tiada pembayaran faedah bagi perletakan kurang daripada 15 hari yang disempurnakan.
  • 1/3 daripada faedah akan dibayar bagi perletakan 15 hari dan lebih yang disempurnakan.
  • Slip makluman akan dikeluarkan kepada pelanggan bagi setiap transaksi.
  • Pengeluaran tidak boleh dibuat melalui debit terusatau menurut arahan tetap. Semua dana yang dikeluarkan akan dikreditkan ke dalam Akaun Semasa atau Simpanan yang dinamakan. Pengeluaran sebahagian daripada amaun deposit adalah tidak dibenarkan.
  • Jumlah deposit minimum RM10,000 sehingga maksimum RM2 juta bagi setiap pelanggan. Hanya perlu pindahkan dana daripada mana-mana Akaun Semasa atau Simpanan Hong Leong kepada Akaun Simpanan Premium.
  • Faedah harian dibayar setelah menyempurnakan tempoh simpanan dan dikreditkan secara automatik ke dalam Akaun Semasa atau Simpanan yang dinamakan berserta dengan jumlah pokok.

2. Kelayakan

  • 18 tahun dan ke atas.
  • Untuk individu, sama ada nama tunggal atau nama bersama.

3. Kadar Faedah

Berikut kadar faedah yang ditawarkan oleh HLB berdasarkan bilangan hari yang disempurnakan.

Tempoh Simpanan Kadar Faedah (setahun)
31 – 90 hari 0.35%
91 – 150 hari 0.50%
151 – 179 hari 0.65%

Untuk pengeluaran awal:

  • Kurang daripada 15 hari yang disempurnakan – tiada pembayaran faedah.
  • 15 hari dan lebih yang disempurnakan – faedah akan dibayar seperti berikut:
Tempoh Simpanan Kadar Faedah (setahun)
31 – 90 hari 0.12%
91 – 150 hari 0.17%
151 – 179 hari 0.22%

4. Akaun Simpanan Junior

Buka Akaun Simpanan Junior dan pupuk amalan menabung anak Anda sambal perolehi pulangan simpanan yang tinggi. Mulai memupuk tabiat simpanan anak Anda sekarang.

1. Kelebihan

  • Buka akaun anda dengan hanya RM1.
  • Kadar faedah simpanan yang tinggi untuk RM50,000 pertama (bersamaan dengan kadar deposit tetap 1 bulan). Faedah dikira secara harian dan dikreditkan secara bulanan.

2. Kelayakan

  • Kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.
  • Mesti ditemani oleh ibu bapa atau penjaga sah.

3. Kadar Faedah

Berikut kadar faedah yang diberikan untuk akaun simpanan junior

Julat Baki Kadar Faedah (setahun)
RM50,000 yang pertama 1.25%
Melebihi RM50,000 0.00%

5. Akaun Simpanan Harvest

Akaun Simpanan Harvest adalah akaun simpanan berfaedah tinggi yang memberi pulangan harian untuk baki simpanan Anda. Eksklusif untuk warga emas berusia 50 tahun dan ke atas.

1. Kelebihan

  • Perolehi Faedah bagi Setiap Ringgit. Faedah dikira secara harian dan dikreditkan setiap bulan.
  • Cawangan-cawangan di seluruh negara, ATM, Hong Leong Connect, dan Talian Perbankan khusus di 03-7626 8800.
  • Nikmati 0.5% pulangan tunai bulanan bagi pembiayaan kesihatan, perubatan dan farmaseutikal dengan menggunakan Kad Debit Hong Leong Bank Anda. Pulangan tunai maksimum dihadkan kepada RM100 setiap bulan.
  • Jejaki kewangan Anda dengan e-penyata bulanan melalui perbankan dalam talian Hong Leong Connect yang boleh diakses bila-bila masa (24/7).
  • Kadar Faedah Simpanan Eksklusif Bulan Hari Jadi. Dapatkan sehingga 3.00% setahun untuk simpanan 1-bulan semasa bulan hari jadi Anda dengan melalui Perbankan Dalam Talian Hong Leong Connect.

2. Kelayakan

  • 50 tahun dan ke atas.
  • Untuk individu, sama ada secara tunggal atau bersama.
  • Minimum RM1,000 untuk deposit pembukaan akaun.

3. Kadar Faedah

Julat Baki Kadar Faedah (setahun)
Sehingga RM200,000 0.00%
Melebihi RM200,000 0.50%

Akaun Simpanan Harvest – Deposit Ganjaran Hari Jadi

  • Tempoh Simpanan: Satu (1) bulan dari Tarikh Peletakan
  • Kadar Deposit: 3.00% setahun
  • Kadar Efektif Deposit:  3.00% setahun
  • Amaun Peletakan Minimum Deposit: RM5,000
  • Amaun Peletakan Maksimum Deposit: RM50,000

Untuk pengeluaran awal

  • Kurang daripada 15 hari sempurna – tiada faedah akan dibayar.
  • 15 hari sempurna dan ke atas – kadar efektif 0.70% setahun akan dibayar.

Cara Buka Akaun Hong Leong Bank Online

HLB menawarkan pembukaan akaun bank secara online. Berikut langkah-langkahnya.

  1. Kunjungi laman web https://www.hlb.com.my/ms/personal-banking/deposits.html
  2. Pilih jenis Akaun Simpanan yang Anda inginkan
  3. Klik butang Mohon Segera
  4. Masukkan Poskod, klik Seterusnya
  5. Pilih Mohon Online (aktifkan akaun di cawangan)
  6. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Cara Buka Akaun Hong Leong Bank Secara Online
  7. Masukkan Maklumat Peribadi Anda seperti Nombor Kad Pengenalan, No Telefon, Email dan Alamat
  8. Masukkan Maklumat Pekerjaan
  9. Ikuti langkah seterusnya

Buka Akaun HLB Melalui Aplikasi Apply@HLB Hong Leong Bank

Jika Anda 18 tahun ke atas dan tidak pernah membuka akaun dengan Hong Leong Bank, Anda boleh membuat pembukaan akaun secara mudah dengan aplikasi Apply@HLB Hong Leong Bank.

Sila rujuk kepada maklumat berikut untuk maklumat lanjut.

  1. Pertama sekali, muat turun aplikasi Apply@HLB Hong Leong Bank di Google Playstore atau App Store
  2. Buka aplikasi Apply@HLB Hong Leong Bank
  3. Masukkan nombor NRIC
  4. Pilih jenis akaun simpanan Cara Buka Akaun Hong Leong Bank Online
  5. Masukkan maklumat peribadi Anda Pembukaan Buka Akaun Hong Leong Bank Online
  6. Daftar HLB Connect
  7. Ikuti langkah seterusnya, selepas itu tunggu status permohonan Anda.
  8. Sekiranya permohonan Anda diluluskan, HLB akan hantar kad debit dalam masa 14 hari.

Untuk makluman, kelulusan bagi pembukaan adalah tertakluk kepada budi bicara bank.

Semak Status Permohonan HLB

Sekiranya Anda ingin mengetahui status permohonan Anda, Anda boleh ikuti langkah berikut:

  1. Buka pautan Jejaki Permohonan Saya
  2. Masukkan nombor kad pengenalan atau Pasport (bagi bukan warganegara Malaysia)
  3. Klik Teruskan

Apabila Anda Anda menghadapi kesukaran, sila hubungi pegawai bank yang telah membantu Anda membuat permohonan atau hubungi kami di 03-7626 8899

Soalan Lazim

Berikut adalah senarai soalan lazim mengenai pembukaan akaun Hong Leong Bank.

1. Siapa yang layak memohon akaun HLB melalui aplikasi Apply@HLB?

Penduduk Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas, yang mempunyai akaun bank sedia ada.

2. Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon akaun HLB melalui Apply@HLB?

HLB hanya memerlukan MyKad (NRIC) Anda. Pada masa ini, kad lain seperti MyKid, MyPR, MyKAS, MyPolis dan MyTentera tidak diterima.

3. Bolehkah saya memilih untuk tidak menyediakan nama pengguna dan kata laluan HLB Connect saya semasa memohon akaun HLB?

Menyediakan nama pengguna dan kata laluan HLB Connect adalah sebahagian daripada proses permohonan. Anda memerlukan HLB Connect App / Online untuk mengurus akaun Anda setelah ia berjaya dibuka.

Contoh menyemak baki, membuat pembayaran dan pemindahan online dan juga mengeluarkan wang dari ATM HLB menggunakan ciri Pengeluaran Connect ATM sementara menunggu kad debit Anda tiba.

4. Berapa lama tempoh permohonan saya untuk akaun HLB?

Permohonan Anda akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja selepas Anda berjaya menghantar permohonan Anda. E-mel dan SMS akan dihantar kepada Anda. SMS memberitahu Anda bahawa akaun Anda akan diproses dalam masa 3 hari bekerja.

5. Macam mana saya akan tahu bahawa permohonan saya berjaya? Adakah saya akan menerima e-mel atau SMS daripada HLB untuk memberitahu saya apabila saya boleh mendepositkan wang ke akaun HLB saya?

Sistem akan menghantar pemberitahuan e-mel dan SMS kepada Anda setelah permohonan berjaya dan pada masa yang sama akan memaklumkan Anda untuk buat deposit akaun dalam masa 7 hari.

6. Adakah saya akan mendapat pemberitahuan melalui e-mel atau SMS dan bila HLB Connect saya diaktifkan?

Setelah akaun Anda berjaya melakukan deposit, e-mel dan SMS akan dihantar untuk memberitahu Anda bahawa akaun Anda telah berjaya diaktifkan.

7. Macam mana cara aktifkan kad debit saya?

Anda boleh mengaktifkan kad debit Anda dalam HLB Connect Online dengan mengikuti langkah mudah berikut:

  1. Log masuk
  2. Klik Other Services
  3. Klik Activate Card pada Kad Debit / ATM dan ikut arahan yang diberikan.

Maklumat Lanjut

Untuk semua pertanyaan perbankan Anda, hubungi HLB di 03 7626 8899

Pegawai Perhubungan Pelanggan HLB tersedia dari 9 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Sabtu. Perkhidmatan pelaporan kad hilang dan transaksi penipuan tersedia 24/7.

Untuk pertanyaan berkaitan media, hubungi HLB 03 2081 8888

Untuk kutipan pinjaman runcit dan pertanyaan berkaitan pemulihan, sila hubungi Jabatan Kutipan di 03 7959 1888 atau e-mel CollsCustomerFeedback@hlbb.hongleong.com.my

Pegawai HLB bertugas dari 8.45 pagi hingga 5.45 petang, Isnin hingga Khamis dan dari 8.45 pagi hingga 4.45 petang pada hari Jumaat.