Cara Buka Akaun BSN Secara Online dan Walk-in

Macam mana cara buka akaun BSN dan daftar BSN online di Bank Simpanan Nasional? Dengan mempunyai akaun bank BSN Anda boleh gunakan untuk keperluan simpan wang, terima duit dan banyak lagi.

Selain itu, sekiranya Anda telah mendaftar perkhidmatan BSN online, Anda tak perlu kena pergi ke mesin ATM BSN hanya untuk sekadar check baki akaun BSN, sila gunakan MyBSN sahaja.

Ramai yang bertanyakan nak buka akaun simpanan, kena buat temujanji BSN ke? Untuk makluman, tiada temujanji secara atas talian. Anda boleh hadir terus ke cawangan BSN bagi melakukan urusan permohonan pembukaan akaun tersebut.

Cara Buka Akaun BSN
Cara Buka Akaun BSN

Cara Buka Akaun BSN Walk-in

Pemohon perlulah hadir ke cawangan BSN bagi memohon membuka akaun. Langkah membuka akaun simpanan BSN

  1. Kunjungi cawangan BSN terdekat dengan membawa IC dan RM50 dan bil elektrik untuk dokumen sokongan.
  2. Ambil nombor giliran
  3. Selepas nombor giliran Anda dipanggil, beritahu pegawai bank bahawa Anda ingin buka akaun simpanan BSN
  4. Pegawai bank akan minta IC, RM50 dan bil elektrik Anda.
  5. Pegawai bank akan berikan borang untuk Anda isikan, bagi balik borang tersebut selepas Anda isikan.
  6. Anda akan diberikan buku bank/buku simpanan dan kad debit
  7. Selesai

Untuk makluman, Anda dinasihatkan untuk membawa syarat-syarat dan dokumen di bawah ini sebelum pergi ke cawangan BSN.

Syarat Buka Akaun BSN Untuk Warga Negara Malaysia

Jika Anda merupakan warganegara Malaysia, Anda perlu bawa syarat-syarat dan dokumen berikut:

  • IC/Kad Pengenalan
  • Wang RM50
  • Bil Elektrik

Syarat Buka Akaun BSN Untuk Warga Negara Asing

Bagi Anda bukan warga negara Malaysia yang ingin buka akaun Bank Simpanan Nasional, Anda perlu menyediakan syarat-syarat dan dokumen yang diperlukan semasa pembukaan akaun.

  • Bekerja di Malaysia.
  • Surat pengesahan majikan.
  • Alamat tetap.
  • Bil ultiliti (bil air/bil elektrik)
  • Visa dan Pasport belum tamat tempoh.

Cara Buat BSN Online

Anda dinasihatkan melalukan pendaftaran perbankan internet myBSN menggunakan komputer/laptop. Selain itu, pastikan bahawa Anda telah mengemaskini nombor telefon bimbit untuk One Time Password (OTP) melalui Cawangan BSN berdekatan. Sila bawa bersama kad pengenalan untuk proses pengesahan.

Sekiranya Anda telah buka akaun bank BSN dan ingin mengetahui cara daftar BSN online (MyBSN), Anda boleh ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web www.mybsn.com.my
  2. Klik pendaftaran Kali Pertama/Register
  3. Baca terma dan syarat dengan teliti. Skrol ke bawah dan klik Accept
  4. Masukkan nombor kad debit /kredit, nombor PIN (untuk kad debit sahaja), tarikh luput dan CVV2.
  5. Masukkan nombor kad pengenalan baru atau kad pengenalan lama atau nombor passport
  6. Masukkan nama pengguna Anda, kata laluan dan request OTP number .
  7. Masukkan nombor OTP dan pilih imej online Anda.
  8. Klik login kali pertama dan.
  9. Masukkan butir-butir peribadi Anda.
  10. Dah selesai.

Selepas pendaftaran pertama kali berjaya dilakukan melalui www.mybsn.com.my, Anda perlu menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di 1300881900 untuk membuat pengesahan bagi mengaktifkan akaun perbankan internet Anda dan membolehkan urusan perbankan dapat dilakukan melalui myBSN.

Syarat Daftar BSN online

Apa sahaja syarat yang diperlukan untuk mendaftar BSN online? Syarat yang diperlukan untuk mendaftar BSN online:

  • Kad ATM/Debit BSN
  • No Telefon yang telah berdaftar

Kelebihan BSN Online (MyBSN)

Perlu Anda ketahui bahawa BSN online berbeza dengan akaun BSN. Melalui BSN online (online banking/perbankan internet) atau dikenali juga sebagai MyBSN Anda boleh melakukan perkhidmatan kewangan secara online seperti:

  • Pertanyaan Baki
  • Pemindahan Dana
  • Pembayaran Bil
  • Pembayaran Kad Kredit
  • Pembelian SSP
  • Pembelian Pin
  • dan banyak lagi.

BSN online merupakan portal internet yang mengandungi semua perkara tentang BSN termasuklah maklumat korporat serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Waktu Operasi BSN

Ambil perhatian, sila kunjungi bank pada waktu opearsi BSN berikut:

Semua Negeri kecuali Kelantan, Terengganu & Johor

  • Isnin – Khamis: 10:00AM – 3:00PM
  • Jumaat: 10:00AM – 3:00PM
  • Sabtu/Ahad/Cuti Umum: TUTUP

Kelantan dan Terengganu

  • Ahad- Rabu: 10:00AM – 3:00PM
  • Khamis: 10:00AM – 3:00PM
  • Jumaat/Sabtu/Cuti Umum: TUTUP

Cara Buka Akaun BSN Online

Ramai yang bertanyakan, macam mana cara buat akaun BSN secara online. Kami telah confirm kepada pihak BSN, bahawa bagi urusan membuka akaun BSN, ia boleh dilakukan melalui cawangan BSN sahaja buat masa ini.

Sila bawa syarat yang telah kami kongsikan di atas sebelum pergi ke cawangan BSN.

Soalan Lazim

Berikut adalah senarai soalan lazim mengenai cara buat akaun BSN.

1. Kalau buka akaun BSN bagi anak umur 17 tahun, perlu dokumen apa sahaja dan perlu ke penjaga pergi bersama?

Pemohon perlu ke cawangan BSN bagi memohon membuka akaun simpanan individu tersebut. Sila bawa bersama kad pengenalan dan deposit minimum pembukaan akaun simpanan individu RM 50.00.

Dokumen tambahan adalah digalakkan sebagai sokongan pembukaan akaun tersebut dan penjaga tidak diperlukan.

2. Saya still tak boleh buka akaun BSN, sebab tak bekerja. Pegawai bank cakap bahawa untuk buka akaun BSN saya mesti bekerja, apa perlu buat?

Segala kesulitan amat dikesali ketika berurusan di cawangan BSN. Untuk makluman Anda, urusan permohonan pembukaan akaun simpanan di BSN boleh dilakukan seperti biasa.
Walau bagaimanapun, pihak cawangan perlulah mengesahkan tujuan pembukaan akaun tersebut dilakukan terlebih dahulu.

Anda juga boleh kemukakan dokumen tambahan lain yang berkaitan sebagai sokongan pembukaan akaun anda tersebut.

3. Saya nak buka akaun simpanan untuk anak umur 13 tahun. Apakah dokumen yang diperlukan. Bolehkah dapat kad ATM untuk remaja?

Pemohon perlulah hadir ke cawangan BSN bagi memohon membuka akaun simpanan individu tersebut. Sila bawa bersama kad pengenalan dan deposit minimum pembukaan akaun RM 50.00.
Ya, syarat umur minimum untuk memohon kad debit BSN adalah 13 tahun.

4. Boleh ke saya buka akaun BSN untuk simpanan untung berniaga, dan saya lampirkan dokumen sokongan saya ialah sijil SSM?

Anda boleh memohon membuka akaun simpanan di BSN. Bagi pembukaan akaun simpanan individu anda perlu hadir ke cawangan BSN dengan membawa bersama kad pengenalan beserta minimum deposit RM50.00. Dokumen tambahan tersebut adalah digalakkan untuk sokongan pembukaan akaun anda.

5. Tadi saya pergi BSN. Dan mereka meminta bil elektrik kenapa ye?

Dokumen seperti bil utiliti adalah sebagai sokongan pembukaan akaun anda tersebut sekiranya alamat kediaman anda berbeza dengan alamat di kad pengenalan.

6. Saya mau buka akaun BSN tapi tidak bekerja boleh ke?

Anda boleh memohon membuka akaun simpanan di BSN. Walau bagaimanapun, kelulusan adalah bergantung kepada semakan kelayakan anda di cawangan.

Bagi pembukaan akaun simpanan individu anda perlu hadir ke cawangan BSN dengan membawa bersama kad pengenalan beserta minimum deposit RM50.00. Dokumen tambahan adalah digalakkan untuk sokongan pembukaan akaun anda.

7. Saya nak buat akaun bank untuk anak setahun ke atas perlu dokumen apa ya?

Sila bawa kad pengenalan pemohon, penjaga, sijil lahir sebagai sokongan dan deposit minimum pembukaan akaun RM 50.00. Dokumen tambahan seperti bil elektrik adalah digalakkan sebagai sokongan pembukaan akaun anda.

8. Boleh ke pemilik akaun BSN mempunyai 2 akaun?

Ya pelanggan boleh mempunyai akaun simpanan lebih daripada satu di BSN.

Sila mulakan simpan wang melalui ATM, CDM secara online atau di ejen Bank BSN. Anda juga boleh semak penyata akaun Anda dari semasa ke semasa melalui www.mybsn.com.my

Untuk makluman, pengguna MyBSN perlu berumur 18 tahun ke atas.

Maklumat Lanjut

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di talian 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara). Talian ini dibuka 24 jam sehari.

Itu sahaja perkongsian kali ini mengenai cara buka akaun BSN, semoga perkongsian diatas bermanfaat.